Friday 1 May 2009

Kasut

Aku sayang gila kasut aku. Kerana aku susah nak beli kasut. Jika tidak kena dengan jiwa aku, aku susah nak pakai. Aku beli kasut yang murah, walaupun aku suka pada jenama. Jika ada sale, aku akan pergi. Bayangkan aku pernah menghabiskan masa 2 jam kerana memilih sepasang kasut. Aku rela pusing 1 pekan kerana inginkan kepuasan bila aku membeli. Aku bukan jenis tengok barang, main beli. Sebab banyak benda aku nilai sebelum aku beli. Dahulu, masa aku kecil-kecil aku main tunjuk dan amik sahaja. Bila aku dah besar, aku mula memilih kerana ingin kemenangan membeli alah memakai. Tengok kasut aku kat bawah, walaupun banyak, kenapa banyak?Sebab aku takkan buang kasut aku sehinggalah benar-benar uzur barulah aku campak. Aku nak campak pun fikir banyak kali. Jika boleh dibaiki, aku akan baiki di kedai-kedai kasut.

Ada sepasang kasut aku yang moncong tajam..Sepasang lagi tu..ke mana tah..aku lupa nak masukkan sekali, kat rak kat luar agaknya..yang tu pun...aku beli kat Geossardi..less aku dapat RM 70.00. Sayang gila kasut tu..apasal la tak da dalam gambar ni jugak..Moncong mulut dia lebih kurang tajam cam yang coklat ni..tapi dia warna hitam dan berkulit. Kebanyakan kasut bertutup aku suka yang tajam. Member aku ada cakap, kalau tersepak orang ni..naya...sebab aku suka..kasut seperti itu..kerana elegan...

Cuba tengok Kasut aku yang warna gold tu, nampak macam tergores-gores dah, sebab tidak berkualiti. Aku beli kasut tu, masa kasut aku tapak tertanggal. Beli pun on the dot nak masuk kuliah! Aku simpan, sebab..kalau time cuaca tak okey..aku boleh pakai..

Yang kat depan tu, baris pertama yang ketiga, mami aku bagi kat aku. Sepupu aku beli kat Bangkok. Tali halus, tapi kukuh gila. Aku pakai time mood aku nak pakai. Jarang pakai pergi kelas, aku pakai masa ada majlis ketika dalam organisasi termasuk lah yang putih tu. (gambar kat atas sekali). Yang putih tu pun dah lama. Aku beli masa aku semester 2. Fikir banyak kali. Lama juga memakainya. Sekarang kulit dia tak berapa ok dah. Aku pakai masa aku dalam organisasi jugak dan ada juga pakai pergi kelas masa semester awal-awal dulu. Semuanya ikut mood dan aku suka kalau boleh match dengan semua keadaan. Puas hati.

Inilah yang masih boleh dipakai...huram...mami aku cakap, ada sesetengah kasut aku masa kat rumah tu..dah boleh nak campak..tapi aku tak nak...kat umah lain pulak...sebab selagi masih boleh berada di kaki aku, aku akan guna kasik hancur lah...


Ni kasut yang aku pakai sekarang. Ni pun kebetulan sale di Geossardi. Aku suka window shopping. Tahu tak harga masa awal-awal semester aku tengok RM80 lebih. Lepas tu, sambil pergi keluarkan duit, aku tengok lagi, ada lagi sale. Nak beli tak dapat pula masa tu, lagi pun sale dia rendah. Masa tu, mungkin tak menarik minat aku kot. Aku pergi beberapa minggu lepas, semua barang macam tak da sangat dah...macam nak habiskan stok jer..Aku pun, tingjau-tingjau, dekat setengah jam jugak. Berkat kesabaran aku, beberapa minggu lepas, aku pergi ada sale harga terbaru RM 55.90. Gembiranya aku, ada potongan harga. Aku boleh dapatkan harga murah!!!Sebelum beli tu, aku tengok dulu kulit dia ok ke tak. Tahan lama ke tak. Kalau tak, aku tak beli. Tahan lama nampak gaya dan harapnya lah!Lagipun warna hitam. Boleh match semua baju. Teringat pulak, kasut mami aku dulu-dulu. Ni pesen zaman lama dulu-dulu. Tapi di renew kan. Tahu tak harganya berapa?Aku pun lupa. Rasannya RM 30 lebih dalam average tu lah!Puas hati aku..huhu...Saiz kaki aku, saiz 8...Mula nak beli tu, salesgirl tu cari tak jumpa saiz. Aku cakap kat belakang tu ada tulis ada lagi. Cari punya cari..yes!Nasib baik. Sebab bukan mudah aku berkenan kat sesuatu barang!

Ha..jangan gelak tengok yang atas ni...ni selipar yang pernah aku pakai g kelas. Ni dah tahap uzur gaban!Sebenarnya, selipar ni dah aku adjust dah. Sebenarnya ada tali kat belakang..suatu hari..pin dia tercabut,..aku amik gunting..aku potong tali-tali kat belakang tu..sebab tu nampak pelik..Bila aku pakai jubah, cover sikit...Sebab sayang dan selesa, aku tak sanggup nak buang. Tahu x?Aku dah pergi jahit 2 kali dah kat kedai. Ni aku tak tergamak nak pakai dah..sebab tu..letak kat luar...buat sidai kain..Haha...Mami aku cakap apa?Masa tu, kat kampung, dia kata dah boleh buang dah selipar ni...Aku cakap, tak nak..bukan senang nak dapatkan selipar best nih!Lawaknya lagi, aku selalu jugak pakai pergi kelas. Haha...Walaupun nampak hodoh...harganya cecah juga RM 2++. Hadiah ni tau!Mami aku adiahkan..Mesti cakap buang duit kan?Jangan tengok rupa sekarang, rupa awal-awal selipar tu, tak da lah macam ni...aku rela kasik clorox dia nak bagi bersih...tapi ni aku memang nekad tak nak buang, tapi letak kat luar untuk aku sidai-sidai kain ker....kerana aku hargai selipar ni..banyak berjasa bila cuaca tak hujan..boleh aku meredah dalam hujan..taklah bimbang dan fikir takut rosak!Kalau guna biar kasik hancur...baru menang memakai...

Kasut semua tu aku akan rotate pakai...tengok kesesuaian keadaan..tapi.,aku harap kasut aku tu bertahan lama untuk aku..nak membelinya..bukan mudah...biar menang memakai..Aku amik gambar sebab aku hargainya..dan aku takkan buang selagi tidak rabak dan uzur...