Wednesday 30 June 2010

Allah Sentiasa Ada

Aku nak senyum boleh tak?
Senyum sampai ke telinga!
Wah bahagia kau Afiti!
Jiwang sorang-sorang tak salah bebeh!haha (amboi..bebeh2 skrg yer..berjangkit dengan member aku lah ni..hehe)

Aku sekarang ni..tak tahu lah kenapa...banyak perubahan yang tak patut jadi patut pada diri aku

Dulu, aku nak cakap gilow...tak pernah sesekali..sekarang..kalau nak cakap dashat..giler ahhh..boleh terkeluar dari mulut..kenapa?

Dulu, aku nak cakap..tolol...aku jaga sangat-sangat..tak terkeluar perkataan tu..sekarang mudah jer..terkeluar..tolol sungguh..senang jer...kenapa?

Sekarang perkataan-perkataan tak wajar itu sudah mula bermain di mulut aku!!!!Kenapa???!!!

Tapi, aku tak cakap pada orang..aku cakap kat diri sendiri..bermonolog seorang...tapi terperasan perkataan tidak patut dah jadi bermain di bibir..tak sukaa nyaaa!!!!

Keliru sebenarnya..dalam pencarian untuk sambung belajar ni..

Nak ambil kaunseling kanak-kanak atau psikologi..

Minat aku lain..nak belajar kaunseling Islam..sebab aku ni belum cukup pemahaman tentang agama dan aplikasi..banyak yang cipta teori apa semua tu dari Barat..

Semenjak dua menjak ni, selalu terbaca artikel berkaitan kanak-kanak..search video kanak-kanak...adakah itu petandanya?
Lagipun negara sedang memperkasakan pendidikan berkaitan kanak-kanak..maka penting juga kaunseling kanak-kanak sekarang..
Aku fikir untuk future jugak as a mum..kalau belajar ni, boleh aku apply kelak..dalam aku memahami anak-anak aku nanti..(Kuat jiwo mum Afiti..hehe..tak salah rasanya..kerana aku akan lalui jugak)


Pemilihan penempatan
1. Perak
2. Kedah

Kenapa pilih?UPSI, UUM ada..area universiti..entah..smlm nak ubah dah tak boleh..nasiblah..hurmm..tadi, pergi jumpa senior kt NCDRC, yang akan stop kerja sebagai RA kat situ sebab dah nak pergi posting 19 Julai nanti..
Abg Tarmizi bagitau, kali ni, sapa yang asal Perak, Selangor, Terengganu, Kelantan, Pahang di postingkan ke Sabah dan Sarawak..mungkin masa korang nanti akan dipostingkan ke Utara..
Alamak!Nampaknya..apa yang aku pilih tu berisiko untuk ke kawasan tu lah..
Kalau dapat mana-mana ok jer..
SEKARANG FIKIR JUGA untuk sambung stdi, skim fellowship tu...
Aku keliru sekarang ni..apa-apapun, kena bersedia juga, sebab isu posting ni..macam-macam hal..kalau tak ada rezeki posting...sambung sahajalah..ada senior yang aku kenal, buat skim..dia tak posting...sekarang buat master..
APA-APA JER LAHHH...Tunggu dan lihat jer..
GO BY THE FLOW, AFITI..TUHAN DAH TULIS KAT SANA..HANYA IKUT JER FLOW..PALING PENTING JANGAN BERHENTI MELANGKAH!LANGKAH PENDEK ATAU PANJANG BUKAN UKURAN..YANG PENTING..TERUS ATUR TAPAK KAKIMU!

TUHAN, BANTULAH AKU DALAM PENCARIANKU INI..AKU TIDAK MAHU SESUATU YANG DATANG ITU SECARA TIBA-TIBA DAN ENGKAU HILANGKAN DARIPADAKU PULA SECARA TIBA-TIBA..CUKUPLAH DATANG ITU PENUH BERHIKMAHMU DAN AKU PERCAYA APA YANG ENGKAU BERIKAN ADALAH TERBAIK UNTUK DIRIKU,SESUNGGUHNYA ENGKAULAH MAHA BERKUASA ATAS SEGALANYA...
SETIAP KETENTUANMU AKU AMBILNYA SECARA BERHIKMAH

SETIAP SAAT ENGKAU ADA DALAM HATIKU, JANGAN BIARKAN HATIKU KERING TANPA MENYEBUTMU SETIAP SAAT WALAUPUN BIBIR AKU KELIHATAN KELU!AKU SENTIASA RASA ENGKAU ADA DEKAT DENGAN KU. RENDAHKAN HATIKU DALAM SETIAP BICARAKU, RENDAHKAN HATIKU KETIKA BERKATA-KATA, LEBIH BAIK MANUSIA MENGANGGAP AKU BIASA DARIPADA MENILAI BANYAK KELEBIHAN, KERANA AKU LEBIH GEMAR MENDENGAR DAN MENILAI APA YANG BERMAIN PADA FIKIRAN MEREKA...


Tuesday 29 June 2010

Hari ini

Hari ni?Kensel tak pergi kampus pun.Mood nak buat kerja pun tak ada lagi ni.
1 Julai 2010, mula tarikh lantikan kerja.
Kerja dengan Dr.Nasir, geran penyelidikan pun akan bermula
Kerja-kerja Dr.Kadir aku just buat kat rumah..Dr.Kadir bagitau..kerja dia tak rushing-rushing, bila free baru buat

Apa aku buat kat rumah hari ni?
Geledah cd, tak jumpa-jumpa..ke hantar kat rumah tak tahu laaahh..cd senior aku tuh..
nak post esok
Hari ni aku duk tengok cerita kanak-kanak..
Tahu apa?Rancangan peberet aku?
Layan TV 9 secara online la..

PONDOK-PONDOK
bukan budak jer suka..aku pun sangat suka
I LIKE!!!!
Beberapa episod aku duk layan..pastu tidur jer
Bangun samayang Zohor alamak dekat 4.20 pm..tidur punya pasal
apa daaa...

Kejap lagi nak masak..nak masak apa..nasi goreng jer lah..
member aku dah balik kerja..arini dia uruskan bengkel
Bermula 1 Julai aku pulak yang busy!!!huhu..

Adik aku yang bongsu call
Dia cakap, cikgu aku masa form 6 suruh call dia
Cikgu Faridah
Guru Wanita yang menjadi idolaku!!!
Sentiasa aku doakan beliau ditempat tertinggi di akhirat, seorang guru yang bersemangat
dan aku sanjungi..komited sangat2x!!!

Terima kasih cikgu kerana banyak perkara cikgu didik saya hingga saya capai apa yang saya mahukan sekarang ini
Aku doakan semua guru-guru dan pendidik-pendidik di universiti juga

Masa cuti semester sempat jumpa beliau..she said: Afiti, sambunglah belajar, nanti jadi pensyarah ya..dalam hati aku...Aminnn..doa seorang guru...
Namun, aku juga akan bermula sebagai seorang guru juga dan akan melangkah untuk capai cita-cita itu..InsyAllah!~~!!!
Hanya ikut flow sahaja apa yang Allah berikan..

Tiba-tiba aku teringat sangat zaman badan beruniform
Suka duka untuk capai, apa yang aku laburkan..akhirnya menjadi realiti..
Jiwa PENGAKAP memang sebati dengan diri ini
Kelak jika aku sudah ada kerjaya sendiri, aku akan sertai juga badan beruniform yang menjadi sebahagian daripada diri aku ini
Kawat kaki, pioneering, redah hutan,xpdc 80km selama 4 hari, tiap2 minggu pergi kursus,buat ujian tiap-tiap minggu, duit banyak habis..,muka hitam legam..bermain kompas, peta, menyelam dalam air, kayak, dll
Bila pakai baju pegawai pengakap, SMART je rasa..huhuhu..
Namun, semua pengalaman itu telah berlalu..jika aku seorang pendidik..aku mahu pelajarku sertai pengakap kelak..hingga capai tauliah Pengakap Raja (Pengakap Raja pun boleh kahwin bawah pedang jugak..bukan tentera jer,..huhu)
Bukan pangkat yang diingini, namun...nikmat melaluinya..suka duka...
Kerana pengakap, aku pernah bercita-cita untuk menjadi TUDM..Caya tak?hahaha
Sekadar cita-cita yang terdetik dalam hati jer..tapi pakai spek..mana boleh..
Rindunya untuk hadir pada zaman itu lagi

Kenangan hanya berpahat dalam memori..semua kenangan itu akan berlalu..dan hilang..maka amat wajar untuk dihargai setiap pengalaman itu...
Sekian!

Nak masak wehh..dah pukul 7.07 am

Monday 28 June 2010

Suka vs Tak Suka



Aku Suka?
Suka buat research (Semua benda aku selidik dan kaji especially dalam bidang yang aku minat)
Menulis
Anak pertama/sulung daripada 3 adik-beradik
Privacy kadang-kadang
Bercakap ketika-ketika jugak...walaupun orang tengok aku ramah
Suka gelak
Suka lipstik..hehe
Bila buat kerja, serius giler!!!!
Pernah hidup senang lenang, pernah hidup susah (Hanya aku sahaja yang tahu)
Suka makan sayur dan ulam-ulam, sambal belacan
Peberet sup tulang..segala sup..perut, suka makan ikan, udang, sotong,makan pedas..wow!
Suka masak *tak boleh lari dah ni sebab suka makan*
Suka forum dalam tv tuh...contoh, suara Siswa, Semanis Kurma
Suka mencari peluang
Gigih
Aku akan buat apa yang aku suka
Gila bergambar pantang jumpa camera
Suka jubah!!!!Jubah lovers
Kuat Berusaha gila-gila punya dalam apa yang aku nak capai
Gila nak belajar tinggi-tinggi
Pentingkan kualiti masa...bukan kuantiti (Sebab aku tahu, one day aku akan jadi orang yang busy)
Suka merancang tapi suka bertindak spontan tak perlu rigid-rigid menyesakkan kepala jer..kalau melibatkan ejaan, edit-mengedit baru aku rigid yang lain..hentam sahaja!
Buat kerja jangan paksa-paksa...sebab hasil tak berkualiti bila paksa...so, aku suka buat apa yang aku suka dan dengan rela hati/mood ada
Tidak suka ketidakadilan
Bertanggungjawab (bukan perasan), tapi aku rasa semua benda tanggungjawab aku kalau aku ada di situasi/sekeliling orang
Selagi boleh tolong aku nak tolong orang
Aku tak suka orang malas berusaha, nak mudah semua perkara
Jujur, sebab aku tak suka menipu, tipu sunat tak apa..
Setia (Bukan perasan, tapi aku kenal diri aku mcm mn)
Kalau lelaki jalan depan mata aku, aku akan perhatikan dari hujung rambut sampai la kaki (macam lah aku perfect sangat)
Tidak mudah berputus-asa
Perintis!!!
Bila kahwin nak anak ramai...weeekks..heheh..
Suka berfikir, ada sahaja aku ketengahkan idea untuk itu dan ini dan laksanakan...sebab tu aku minat bidang pendidikan dan research
Member cakap..masa dalam team jawatankuasa kolej dan MPP, aku manusia yang responsif...mungkinlaaa...itulah aku...
Mudah marah tapi cepat sejuk
Masa marah, habis keluar, tapi lepas tu..aku dah lupa..marah sekejap jer (Bahaya****)
Tak suka bau badan (Hidung aku sensitif gila bau badan sapa-sapa yang dekat dengan aku)
Suka perfume (Ikutlah apa-apapun..yang suka cosway la..murah, wangi)
Suka bercakap dari hati ke hati
Suka surf internet dan suka download lagu yang best jer walaupun lagu dalam laptop aku tak banyak
Suka budak kecik especially suap budak kecik makan..best wohhhhhh
Pemaaf, marah kejap jer...
Bercita-cita tinggi, ada wawasan, dan keras hati dalam nak capai keinginan (dari dahulu hingga sekarang, maybe aku anak sulung)
Orang yang ada di sekeliling aku akan katakan selamat kalau bersamaku (kawan-kawan, sahabat-sahabat cakap laaa)
Ada yang cakap aku macam ibu dorang..muahahaha..mana taknya...masak, sedia makanan, ambik tahu itu ini..hehe..tak per..kita kan kawan..perlu saling memahami..tolong menolong
Tak suka manusia berkira
Suka kasi kawan makan pantang member datang rumah ada jer aku nak masak
Suka high heels..kalau pakai kasut/selipar flat..aku rasa semacam..tak kena dengan diri...(Maaf, aku bukan nak jadi diva..tapi realiti...)
Tahi lalat di jari kelingking sebelah kanan, dalam kening, di pipi..lalat suka berak merata-rata..Jahannnnam kau lalat!!!
Frust dengan produk-produk kecantikan nih
Suka survey barang-barang dapur, perhiasan rumah, pinggan mangkuk, baju, kasut dan barang perempuan dan lelaki, pelamin..hehehe...maklumlah..untuk future..walaupun tak beli..hehehe...
Berangan untuk pakai kereta beb! Vios/Pesona...(Gila kau!Duit tak ada pun)
Lesen selalu tertangguh-tangguh..lesen kereta dah 3 tempat dah aku rasa aku buat..tak siap-siap...setakat L je..hahahaa..tamat...jalan raya...tamat..jalan raya..tamat..ada sahaja halangan untuk aku berjumpa abang-abang JPJ untuk test..

Banyak perkara aku lakukan adalah melalui naluri/instinct...kalau orang menipu..lama-lama aku akan tahu jawapan..dan orang akan mengaku sendiri...sebab tu adik aku tak pandai nak menipu aku...sebabnya last-last Tuhan akan bagi gerak rasa dan aku akan dapat jawapannya...Jauhlah penipu daripada diri aku...
Aku tulis sekurang-kurangnya pagi-pagi ni, aku dapat kenal siapa diri aku, fikir positif untuk diri dannn.. muhasabah diri.
Hargailah diri sendiri kerana harga diri itu amat bermakna...adakalanya sikap boleh berubah kerana apa yang ada itu tidak kekal lama.
Sekian

NOR AFITI BT MOHD BASRI

Zaman berlalu...


Kisah Jeans vs Skirt = Afiti

Nanti aku ceritakan kisah jean dan skirt amat bermakna dalam kehidupan aku. Tido dulu weh, esok kerja..ke..kerja nak buat kat rumah je nih?(Kerja ikut mood sebab Dr.Kadir suruh buat kat rumah...asal kan siap..tak kiralah buat kat mana).

Bersambung kembali.
Jam 7.58 am, Selasa.
Apa yang dah aku buat pagi ni yerk?
Bangun
Solat Subuh
Mengaji
Makan nasi putih + ayam kicap dengan kawan aku Yati = Sengaja makan pagi untuk diet
Tengahari nak elak makan, biar perut bekerja pagi-pagi.
Makan 2 kali sehari je = Pagi-pagi then, sebelum pukul 8 malam.
InsyAllah, boleh slim kan badan.
Teheheheheheeee
Basuh pinggan, kuali kat dapur tuh...
Babaiii kat kawan yang nak pergi kerja..
Tutup pintu
(Hahaha..perlu terang sampai gitu ker?Celaka kau syaitan menghasut!)

Sekarang sudah dapat masak duk rumah sewa yang lama. Best bagi yang gila masak!
T_________T

Eh, apa merepek ni?
Direct to the point okeh, nak cakap pasal seluar jeans dan Skirt kan?

.

.

.

.

Sebenarnya, aku ni tak ada sehelai pun seluar jeans.
Aderhh!Malu!

Last aku pakai jeans, dan bertaubat tak nak pakai ialah last aku tingkatan 5.
Masa umo 17 tahun last kiranya pakai dan ada.
Selamat kaum kerabat jeans sebab aku tak curi seluar dia. Hehe
Maknanya dah 8 tahun aku tak pakai.
Aku ada prinsip-prinsip tertentu.
Nak pakai fikir banyak kali. Entahlahhh..
Padahal seluar jeans tu namanya pada kain jer..Macam mana nak pergi oversea nih..hehe..
Kat sana sure pakailah jeans, sebab cuacanya mcm tu.
So, aku pakai apa?

Aku suka pakai skirt lahh!!!
Ayu gitew.
Korok mung..haha! (Ayat klasik)


Sebenarnya, terhingin juga pakai jeans, tapi aku banyak alasan. Buat masa sekarang aku survey di kedai dan sentiasa batalkan niat untuk pakai.
Kawan aku cakap, baik jangan beli, takut tak pakai.
Buat masa ni aku duk pakai seluar mcm kain crocodile tu...yang pasti bukan seluar buaya yerk dan seluar slack.

Nenek aku cakap.,
Dia pantang kalau tengok aku pakai seluar T-Track apa-apa seluar pun.
Kalau aku balik kat Thailand tuh, kain sarung je la duk dalam rumah dan skirt sahaja.
Membebel aja..termasuk mami aku.
Kalau tengok aku pakai sluar Track dia cakap tak sesuuwaaii..macam kartun jer..maybe sebab aku dah macam gedempol kot..hahaha

Baiklah, sebenarnya, aku susah nak cari seluar jeans..ketat kat paha dan buntut
Kat pinggan pulak boleh masuk dua orang, payah nak cari..
Buat masa sekarang tengok lah dulu.
Tengah berfikir-fikir dahulu, sebab nanti pakai tertonggeng-tonggeng pulak aku jalan..baju kena labuh..hurmm...

Think
Think AND Think


Sekian

Yang Benar
Minah Skirt
hehe

Jubah aka Abaya


Kenapa semacam jer muka haku nih..dalam banyak-banyak gambar, gambar ni yang aku rasa pelik..kenapalah muka mcm tertiarap dalam tepung. Nak muka mcm ni balik...Aku pun tak tahu, apa yang aku pakai, cerah pulak aku tengok..sekarang itam pelik je muka aku..Wakakaka..Member aku cakap..muka pucat?Really..?Biaq p lah....hurmm...

Kalau diberi pilihan apa yang aku nak dalam kecantikan:

Meh nak jawab

1. Gebu...wakakaka..gilak looo..
2. Slim sket..pergilah engkau lemak oii...nyah dari sini
3. Nur pada wajah....banyak-banyak la betobat..hahaha
4. Kecantikan dalaman...hehe...Ni paling penting..

Ada member aku cakap, bila dia tahu aku minum B-White untuk kulit dulu, baik ko jangan minum..badan tengah naik...nanti kalau ko minum..terlebih gebu...khakkkkhakkthui..luga perot aku mendengarnya...hahahaa...

Aku suka sangat jubah modern..sapa-sapa nak kasi aku hadiah..ikutlah hadiah apa-apa..belikan aku jubah yer..hahhaa..saiz 48 aku pakai..hehe..

Eh..ada ke orang dengar permintaan aku ni..berangan je la..hehehe...kalau aku kerja nanti..tengok laa..hehe...jubah-jubah akan jadi koleksi aku nanti..hehehe...

Gambar dengan rakan praktikum. Hazira
Padan muka!Sekarang baju ni sudah tak boleh dipakai langsung bahhh..huwaaa!!!Masuk pun sampai parus buntut..hahaha..adeooiii..!!!!
Jubah yang aku suka pakai jugak and masih muat..hehee
Ni jubah /abaya yang selalu aku pakai..nasib baik tak lunyai je..huhu

Sebab gila duk pikir berangan pasal jubah sebenarnya..gambar jubah yang lain aku tak jumpa yang aku pakai..setakat ni gambar ni je lah..wekss!!!
P/S: Semua pakaian ni tidak akan kekal lama..kelak mati hanya kain putih sahaja..maka sesuailah aku tempek kan entri pasal semua ini di sini..adakalanya buat aku berfikir ke depan dan juga berfikir alam kematian..mati hanya dipakaikan dengan kain kapan sahaja.
Sekian.Insaf takkk???Aku tanya aku jawab jer...INSAF!!hehe
Apa yang ada tidak akan kekal lama..babaiii..(rindu plak babai versi Tarmizi ni..hahaha)

She is...

Weh..tido-tido lah!!!Mata aku tak mengantuk pulak. Baju tak gosok lagi.Esok nak pergi library. Hehe. Rajin banget meriahkan blog ni beberapa hari ni. Kesian main blog aku Hungry For Knowledge lama bersarang sesawang. Insan gambar di atas tu, namanya Salmi Bt Muslimin. Sabahan bahhh...Kenapa aku tempek gambar dia..Ni adalah gambar last aku dengan dia..Maybe...Sebenarnya aku dengan dia ni... kenal pada awal kemasukan di UPSI. Serumah, kiranya housemate aku dari sem 1 hingga sem 3.

Kisah perkenalan, aku dapat kunci rumah masa hari pendaftaran. Aku, mami aku dan mak sedara aku panjat naik tingkat dua kolej. Haha..panjat tuu..aka ukahhh..hahaha...Masuk jer rumah tu...sedang duk mengemas baju-baju dalam almari, ternampak la seseorang..dengan beg-beg yang melambak..muka pun macam sedih..muka tak rela...aku terkejut jugak..dia sorang-sorang dari Sabah, tak ada sapa yang hantar..Mami aku pulak cakap...kesiannya...Adoii!Bertambah sedih la budak tu..Mami aku duk sembang-sembang..dengan dia..lepas tu kan..tiba pulak roomate aku..lepas semua family turun ke bawah..aku bertiga, Salmi, Ida dan aku turun cari barang di koop..gitulah kisah kami..Gambar di atas adalah gambar semasa semester 8. Sudah last..Sedar tak sedar semuanya sudah berlalu.Kenangan semalam terasa baru sahaja menyinggah benar hati ini. Moga ketemu lagi Cik Salmi Muslimin yang cun dan sangat berfikiran luas!

Aset

Assalamualaikum.
Buat istikharah. Nampak siapa dalam mimpi.Jika Dia jodohku, maka semua ini adalah urusan Tuhan.

Cita-citaku sebelum usia 30 tahun. Target!

Kerjaya

Rumah

Kereta

Master

Keluarga

Loving Husband

Kids

Tiba-tiba teringat pada seseorang: MOHD HAFIZ BIN OMAR , abang angkatku, ketika susah dan senang...Abe Apihhh!!!!Semua dia tahu pasal kisah hidupku..namun..sekarang menyepi..di mana dia?

Tulisan Arwah Ayahanda











Assalamualaikum.
Aku teringat pada arwah papa aku...................................!
Papa................................!
Papa................................!

Apabila kehilangannya...aku semakin terasa pengorbanannya pada aku dan adik-adik aku
Papa aku seorang yang penyayang
Apabila berbicara tidak pernah sesekali papa meninggikan suara....!
Masa kecil, kalau aku cakap kuat-kuat, papa marah aku, larang aku..jangan cakap kuat-kuat..sampai sekarang sebab itu aku amat sensitif pada komunikasi...
Papaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!Terima kasih atas didikan papa untuk Tie!!!!
Papa, Tie akan balas jasa papa dengan menjadi insan yang berjaya seperti yang papa mahu lihat!
Semangat papa, Tie akan teruskan....Engkaulah bapaku yang amat aku sayangi!!!!
MOHD BASRI BIN OTHMAN
Tempatkanlah bapaku di syurga Mu YAALLAH,sifat pemurahnya, rendah dirinya...suka menolong orang sekelilingnnya..semoga dibalas oleh Mu di syurgaMu YAALLAH!

Naper macam mkin itam nih?huhuaaaaa!!!

Bicara Untuk Arwah Ayahanda

Assalamualaikum. Menyingkap kembali apa yang telah aku tuliskan untuk arwah ayahanda suatu ketika dahulu. Berbicara sendirian dalam hati.

Ayahanda,

Doakanlah juga anakanda ditemukan dengan insan yang benar-benar ikhlas pada diri anakanda. Berbicara tentang jodoh ini adalah perkara yang pasti kerana masa itu akan tiba. Cuma, anakanda berharap anakanda akan berjaya dalam berkerjaya dan juga rumah tangga. Temukanlah anakanda dengan insan yang boleh menjadikan dan mendidik diri anakanda menjadi isteri yang solehah. Temukanlah anakanda dengan seorang yang berada pada agama Allah, berpelajaran dan memahami anakanda, baik pada mata anakanda, seorang yang boleh mendidik anakanda, mampu menegur salah dan silap anakanda dan saling menghargai. Sekurang-kurangnya boleh menjadi imam untuk anakanda. Anakanda masih jahil dan kekurangan ilmu agama. Akibat kelemahan diri, anakanda juga sering terbabas. Masih ingat lagi ayahanda, anakanda ini, mahu bercakap dengan lelaki pun segan ketika ayahanda ada. Anakanda malu tahap kritikal ketika ayahanda tanya pasal bercinta dan semua yang berkaitan dengan lelaki. Kini, tidak lagi mungkin kerana sudah dewasa dan pergaulan anakanda dengan rakan-rakan mendewasakan anakanda. Namun, anakanda masih punyai batas-batas kerana anakanda ingin mencapai iman yang baik di sisi Allah SWT. Semoga Allah SWT temukan anakanda dengan jodoh yang baik. Ayahanda, anakanda teringin pakai tudung labuh seperti ini kembali. Anakanda berharap, anakanda cekal iman untuk bermuhasabah, mencari ilmu Allah dan diperkukuhkan iman. Rindunya ayahanda anakanda ingin bertudung sebegini.Doakanlah anakanda oh ayahanda..Semoga dipertemukan dengan insan yang boleh membimbing diri anakanda pada jalan Allah.Ameen.

Teringat sebenarnya, sebelum arwah ayahanda meninggal ayahanda sebut-sebut pasal perkahwinan, soal jodoh..ketika itu..anakanda tidak terfikir langsung. Anakanda mengelak..buat-buat tak tahu...kerana malu.

Sunday 27 June 2010

Takut Kehilangan


Sangat terkesan gambar ni..terima kasih zeti buatkan gambar aku dengan papa : NOR AFITI BT MOHD BASRI DAN MOHD BASRI BIN OTHMAN(ambil dari blog zeti)

Aku mendapat jawapan. Kenapa aku takut untuk bercinta?Aku takut KEHILANGAN. Ya, benar aku takut pada kehilangan orang yang aku sayangi. Aku ada kisah kehidupan sendiri, walaupun hakikatnya di dunia ini pertemuan dan perrhubungan pasti adanya kehilangan. Terima kasih Zeti, tulis di blognya...kami sama-sama kehilangan arwah ayahanda..tanggal 12 oktober 2010 aku akan grad..tanggal 12 oktober 2009 adalah tarikh pemergian arwah ayahanda aku MOHD BASRI BIN OTHMAN!Papa...!!!! Akan aku capai cita-cita untuk menjadi anak yang baik, segala didikannya akan aku genggam jadikan azam..akan aku capai cita-cita agar beliau bangga kerana ada anak seperti aku di akhirat kelak...akan aku capai cita-cita hingga peringkat PHD..menjadi manusia berilmu seperti arwah papa mahukan.....dan menjadi manusia yang berjasa pada agama dan bangsa..!!!Usianya hanya 1.9.1963-12.10.2010.Al-Fatihah.

Kehilangan barang-barang menjadi kebiasaan...tidak ada rasa sedih dan dukacita, namun kehilangan manusia..amat mengesankan diri..

Tulisan Zeti di blognya:

Kehilangan insan yang tersayang semestinya memberi kesan yang mendalam dalam hidup. Kekadang terasa bagaikan diri ini tidak mampu meneruskan kelangsungan hidup dek gara-gara kehilangan tersebut. Dalam tempoh kurang setahun, aku menerima beberapa berita kehilangan . Dua orang sahabat baik aku telah kehilangan ibunda dan ayahanda mereka. Tabahnya hati manusia bernama Shuzalina Bte Yunus dan Nor Afiti Bte Mohd Basri. Semoga kalian tabah dengan kehilangan yang tidak terjangka ini. Begitu juga dengan aku, 22 Februari 2010 merupakana tarikh keramat yang tidak akan luput dari kotak ingatan aku kerana aku juga menerima kejutan. Ayah pergi meninggalkan aku tanpa sempat aku bersamanya di saat akhir ayah menghabiskan sisa 2 hidupnya. Begitulah suratan dan ketentuan yang harus aku terima sebagaimana sahabat2ku menerima ketentuan mereka. Tak lupa juga dengan seorang sahabat yang aku kenali di alam maya, kehilangan ibunda tersayang beberapa tahun yang lalu masih memberi kesan yang mendalam dalam hidupnya. Bersabarlah Mohd Nazrul Bin Sarip. Ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku. Kerinduan yang tak tertanggung ini, saya harap awak tabah menghadapinya. Sama2 la kita mendoakan kesejahteraan mereka di 'sana'. Semoga Allah SWT mencucuri roh arwah dan menempatkannya di dalam golongan-golongan mereka yang beriman. Dan semoga Allah SWT memberikan kita semua kekuatan dalam melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab yang ditinggalkan arwah.

Menunggu

Assalamualaikum.

2hb nanti, adik aku dan mami aku akan datang ke UPSI.Adik aku yang bongsu akan mendaftar di UPSI. Alhamdulillah. Kami adik-beradik pakat jadi cekgu nanti.Hehe. Sebenarnya, aku harap dan sentiasa bagi sokongan dan mendoakan kejayaan adik-adik aku. Aku mahu mereka berjaya demi masa depan mereka. Azidi ditawarkan kos Pendidikan Pengajian Malaysia. Pilihan pertamanya. Alhamdulillah lulus ujian medsi, pergi interview juga lulus. Nanti datang umah sewa aku terus. Katanya adik yang tengah akan drive ke sini. Aku sarankan tak payah..baik datang dengan bus je...aku bimbang dengan keadaan sibuk, dahla adik aku yang tengah tu jenis bawak laju-laju mcm jalan dia punya jer...kalau datang dengan bus lagi selamat, tol pun tak payah bayar...4hb baru mendaftar..datang sampai nanti, duk rumah sewa aku dulu...Dr.Kadir suruh pergi rumah dia...tidur kat sana kalau adik dengan mak aku datang...dalam hati, tak payah la...huhu...duduk rumah yang aku duduk ni jer..tak sabar nak makan dan masak untuk mami ngn adik aku...

Bila aku cuti semester, aku balik aku akan sentiasa bercerita pada adik aku yang bongsu ni. Pointer biar tinggi belajar..aku cakap juga situasi2 di universiti macam mana...dan cara belajar...aku siap2 cakap kat adik aku, masuk je semester pertama..kasi 3.8 ke atas terus pointer..jaga pointer terus, sebab sangat penting...untuk dpt first class degree..aku ni kuat main kokurikulum, berpersatuan di UPSi ni..hurmm...apapun, aku sarankan adik aku masuk PALAPES. Aku mula2 daftar nama untuk palapes jugak, tapi, disebabkan aku awal-awal kena jadi jawatankuasa kolej, kena pilih pula..hurmm..apa yang aku tak capai, aku nak suruh adik aku masuk..PALAPES..sebab aku gila sangat badan beruniform sejak dari sekolah lagi...kenangan Anugerah Pengakap Diraja tidak akan aku lupakan sampai bila-bila..jika aku ada anak kelak pun, aku akan suruh aktif koku pakaian seragam ni...

Aku beritahu pada adik aku, tidak kiralah masuk universiti mana pun,...kalau upsi lagi elok..aku pun ada di situ...tambah pula aku kerja kat sini now ni...yang penting jaga pointer nanti senang dapat offer belajar untuk sambung master..then terus sambung belajar untuk PHD...aku tanya juga,adik aku ni..nak jadi cikgu betul-betul ke...nampak gaya pun ada jugak..tapi dia kata dia ada hajat juga untuk jadi pensyarah..elok sangatlah tu...kita dalami bidang dan menjadi tenaga pengajar di universiti kelak. Perjalananmu baru diaturkan..aku akan memantau demi kejayaan adik-adik aku..kerana aku seorang kakak..harus bertanggunjawab demi kejayaan dan kebahagiaan dalam mencapai cita-cita arwah ayahanda yang tidak kesampaian.InsyAllah..kita akan berjaya..Aminnn!!!

Saturday 26 June 2010

Motivate My Self

Yang itu penting... yang ini juga penting,utamakan mana yang penting dahulu..ikut urutan..pastikan tiada yang tercicir..buat selagi termampu..dan sememangnya mampu!
Mengalah tidak mungkin..........!!!

Jiwa Cinta Takut-takut Juga

Tajuk kat atas tu adalah sub topik buku yang aku baca. Aku sering mencari jawapan kepada takut tidak dapat memberi komitmen. Terima kasih kerana gerakkan aku untuk membaca buku tersebut (Berbunga cinta Aisyah di Hati Rasulullah). Antara intipati yang terkandung dalam buku tersebut ialah:

Lelaki sifat takut memberi komitmen.

Takut terhadap komitmen juga salah satu ketakutan yang dihadapi lelaki dalam membina perhubungan. Takut membina komitmen dengan pasangan bukan bermaksud tidak bersedia bagi membina hubungan secara serius dan bertanggungjawab terhadap pasangan yang dikasihi. Takut terhadap komitmen dilihat dari segi tindakan-tindakan yang akan memberi kepuasan kepada pasangan yang hidup bersama. Kebimbangan berpunca kerana lelaki gusar seandainya apa yang diberinya tidak seperti yang diingini pasangan.

Pengalaman terdahulu terhadap komitmen mungkin menjadi punca wujudnya sifat takut dalam memberi komitmen seterusnya. Mungkin disebabkan oleh ayah dan ibu berpisah, kesilapan-kesilapan terdahulu ataupun pasangan kekasih yang berpisah. Malah, pengalaman-pengalaman melihat peristiwa buruk yang terjadi terhadap jiran, sahabat yang gagal dala memberi komitmen perhubungan juga melempias kepada diri.

Melalui pembacaan aku terhadap buku, maka aku makin memahami jawapan yang pernah aku terima dari Dia. Kesimpulannya, membuatkan aku menjadi manusia yang "lebih memahami" dan berserah kepada ALLAH S.W.T dalam urusan jodoh walaupun dalam hati masih harapkan dia sebagai jodoh aku. Namun, aku juga ada perasaan tidak mengharapkan dia. Jika tiada, hikmah Tuhan yang terselindung sangat besar. Buat biasa2 sudahlah Afiti. Jangan fikir lagi ya..bulan 8, fokus untuk master...dan isi online baik-baik...dan belajar..sambil kerja..jodoh akan datang apabila sudah berkerjaya. Mana-mana lelaki yang pernah mengecewakan aku, (ceh macam banyak jer..padahal sorang je) anggap sahaja mereka kawan. Namun, ego ada juga dalam hati aku, aku takkan berkahwin dengan mereka yang pernah mengecewakan aku. Pergilah kepada mereka yang menerima kita, bukannya yang menghina kita. Lagipun, aku bukanlah orang yang boleh suka hati untuk lempar ke sana ke mari, sebab aku pun ada maruah diri. Tidak perlulah untuk berlebih-lebih dan tidak perlu merayu-rayu kepada orang yang tidak boleh bawa berunding...cari manusia yang ada perasaan dan hati...ya Afiti.....=)

Friday 25 June 2010

Makaroni Bakar


hehe..agak2 apa neh?
Meh nk jawabkan...ni MAKARONI BAKAR..hehe, aku terpikir resepi baru...MAKARONI TOMYAM ... nk cubalah nanti...tak ada orang buat lg nih makaroni tom yam nih...nanti free nk buat...yey!!!!