Monday 28 June 2010

Suka vs Tak Suka



Aku Suka?
Suka buat research (Semua benda aku selidik dan kaji especially dalam bidang yang aku minat)
Menulis
Anak pertama/sulung daripada 3 adik-beradik
Privacy kadang-kadang
Bercakap ketika-ketika jugak...walaupun orang tengok aku ramah
Suka gelak
Suka lipstik..hehe
Bila buat kerja, serius giler!!!!
Pernah hidup senang lenang, pernah hidup susah (Hanya aku sahaja yang tahu)
Suka makan sayur dan ulam-ulam, sambal belacan
Peberet sup tulang..segala sup..perut, suka makan ikan, udang, sotong,makan pedas..wow!
Suka masak *tak boleh lari dah ni sebab suka makan*
Suka forum dalam tv tuh...contoh, suara Siswa, Semanis Kurma
Suka mencari peluang
Gigih
Aku akan buat apa yang aku suka
Gila bergambar pantang jumpa camera
Suka jubah!!!!Jubah lovers
Kuat Berusaha gila-gila punya dalam apa yang aku nak capai
Gila nak belajar tinggi-tinggi
Pentingkan kualiti masa...bukan kuantiti (Sebab aku tahu, one day aku akan jadi orang yang busy)
Suka merancang tapi suka bertindak spontan tak perlu rigid-rigid menyesakkan kepala jer..kalau melibatkan ejaan, edit-mengedit baru aku rigid yang lain..hentam sahaja!
Buat kerja jangan paksa-paksa...sebab hasil tak berkualiti bila paksa...so, aku suka buat apa yang aku suka dan dengan rela hati/mood ada
Tidak suka ketidakadilan
Bertanggungjawab (bukan perasan), tapi aku rasa semua benda tanggungjawab aku kalau aku ada di situasi/sekeliling orang
Selagi boleh tolong aku nak tolong orang
Aku tak suka orang malas berusaha, nak mudah semua perkara
Jujur, sebab aku tak suka menipu, tipu sunat tak apa..
Setia (Bukan perasan, tapi aku kenal diri aku mcm mn)
Kalau lelaki jalan depan mata aku, aku akan perhatikan dari hujung rambut sampai la kaki (macam lah aku perfect sangat)
Tidak mudah berputus-asa
Perintis!!!
Bila kahwin nak anak ramai...weeekks..heheh..
Suka berfikir, ada sahaja aku ketengahkan idea untuk itu dan ini dan laksanakan...sebab tu aku minat bidang pendidikan dan research
Member cakap..masa dalam team jawatankuasa kolej dan MPP, aku manusia yang responsif...mungkinlaaa...itulah aku...
Mudah marah tapi cepat sejuk
Masa marah, habis keluar, tapi lepas tu..aku dah lupa..marah sekejap jer (Bahaya****)
Tak suka bau badan (Hidung aku sensitif gila bau badan sapa-sapa yang dekat dengan aku)
Suka perfume (Ikutlah apa-apapun..yang suka cosway la..murah, wangi)
Suka bercakap dari hati ke hati
Suka surf internet dan suka download lagu yang best jer walaupun lagu dalam laptop aku tak banyak
Suka budak kecik especially suap budak kecik makan..best wohhhhhh
Pemaaf, marah kejap jer...
Bercita-cita tinggi, ada wawasan, dan keras hati dalam nak capai keinginan (dari dahulu hingga sekarang, maybe aku anak sulung)
Orang yang ada di sekeliling aku akan katakan selamat kalau bersamaku (kawan-kawan, sahabat-sahabat cakap laaa)
Ada yang cakap aku macam ibu dorang..muahahaha..mana taknya...masak, sedia makanan, ambik tahu itu ini..hehe..tak per..kita kan kawan..perlu saling memahami..tolong menolong
Tak suka manusia berkira
Suka kasi kawan makan pantang member datang rumah ada jer aku nak masak
Suka high heels..kalau pakai kasut/selipar flat..aku rasa semacam..tak kena dengan diri...(Maaf, aku bukan nak jadi diva..tapi realiti...)
Tahi lalat di jari kelingking sebelah kanan, dalam kening, di pipi..lalat suka berak merata-rata..Jahannnnam kau lalat!!!
Frust dengan produk-produk kecantikan nih
Suka survey barang-barang dapur, perhiasan rumah, pinggan mangkuk, baju, kasut dan barang perempuan dan lelaki, pelamin..hehehe...maklumlah..untuk future..walaupun tak beli..hehehe...
Berangan untuk pakai kereta beb! Vios/Pesona...(Gila kau!Duit tak ada pun)
Lesen selalu tertangguh-tangguh..lesen kereta dah 3 tempat dah aku rasa aku buat..tak siap-siap...setakat L je..hahahaa..tamat...jalan raya...tamat..jalan raya..tamat..ada sahaja halangan untuk aku berjumpa abang-abang JPJ untuk test..

Banyak perkara aku lakukan adalah melalui naluri/instinct...kalau orang menipu..lama-lama aku akan tahu jawapan..dan orang akan mengaku sendiri...sebab tu adik aku tak pandai nak menipu aku...sebabnya last-last Tuhan akan bagi gerak rasa dan aku akan dapat jawapannya...Jauhlah penipu daripada diri aku...
Aku tulis sekurang-kurangnya pagi-pagi ni, aku dapat kenal siapa diri aku, fikir positif untuk diri dannn.. muhasabah diri.
Hargailah diri sendiri kerana harga diri itu amat bermakna...adakalanya sikap boleh berubah kerana apa yang ada itu tidak kekal lama.
Sekian

NOR AFITI BT MOHD BASRI

Zaman berlalu...


No comments: