Tuesday 29 June 2010

Hari ini

Hari ni?Kensel tak pergi kampus pun.Mood nak buat kerja pun tak ada lagi ni.
1 Julai 2010, mula tarikh lantikan kerja.
Kerja dengan Dr.Nasir, geran penyelidikan pun akan bermula
Kerja-kerja Dr.Kadir aku just buat kat rumah..Dr.Kadir bagitau..kerja dia tak rushing-rushing, bila free baru buat

Apa aku buat kat rumah hari ni?
Geledah cd, tak jumpa-jumpa..ke hantar kat rumah tak tahu laaahh..cd senior aku tuh..
nak post esok
Hari ni aku duk tengok cerita kanak-kanak..
Tahu apa?Rancangan peberet aku?
Layan TV 9 secara online la..

PONDOK-PONDOK
bukan budak jer suka..aku pun sangat suka
I LIKE!!!!
Beberapa episod aku duk layan..pastu tidur jer
Bangun samayang Zohor alamak dekat 4.20 pm..tidur punya pasal
apa daaa...

Kejap lagi nak masak..nak masak apa..nasi goreng jer lah..
member aku dah balik kerja..arini dia uruskan bengkel
Bermula 1 Julai aku pulak yang busy!!!huhu..

Adik aku yang bongsu call
Dia cakap, cikgu aku masa form 6 suruh call dia
Cikgu Faridah
Guru Wanita yang menjadi idolaku!!!
Sentiasa aku doakan beliau ditempat tertinggi di akhirat, seorang guru yang bersemangat
dan aku sanjungi..komited sangat2x!!!

Terima kasih cikgu kerana banyak perkara cikgu didik saya hingga saya capai apa yang saya mahukan sekarang ini
Aku doakan semua guru-guru dan pendidik-pendidik di universiti juga

Masa cuti semester sempat jumpa beliau..she said: Afiti, sambunglah belajar, nanti jadi pensyarah ya..dalam hati aku...Aminnn..doa seorang guru...
Namun, aku juga akan bermula sebagai seorang guru juga dan akan melangkah untuk capai cita-cita itu..InsyAllah!~~!!!
Hanya ikut flow sahaja apa yang Allah berikan..

Tiba-tiba aku teringat sangat zaman badan beruniform
Suka duka untuk capai, apa yang aku laburkan..akhirnya menjadi realiti..
Jiwa PENGAKAP memang sebati dengan diri ini
Kelak jika aku sudah ada kerjaya sendiri, aku akan sertai juga badan beruniform yang menjadi sebahagian daripada diri aku ini
Kawat kaki, pioneering, redah hutan,xpdc 80km selama 4 hari, tiap2 minggu pergi kursus,buat ujian tiap-tiap minggu, duit banyak habis..,muka hitam legam..bermain kompas, peta, menyelam dalam air, kayak, dll
Bila pakai baju pegawai pengakap, SMART je rasa..huhuhu..
Namun, semua pengalaman itu telah berlalu..jika aku seorang pendidik..aku mahu pelajarku sertai pengakap kelak..hingga capai tauliah Pengakap Raja (Pengakap Raja pun boleh kahwin bawah pedang jugak..bukan tentera jer,..huhu)
Bukan pangkat yang diingini, namun...nikmat melaluinya..suka duka...
Kerana pengakap, aku pernah bercita-cita untuk menjadi TUDM..Caya tak?hahaha
Sekadar cita-cita yang terdetik dalam hati jer..tapi pakai spek..mana boleh..
Rindunya untuk hadir pada zaman itu lagi

Kenangan hanya berpahat dalam memori..semua kenangan itu akan berlalu..dan hilang..maka amat wajar untuk dihargai setiap pengalaman itu...
Sekian!

Nak masak wehh..dah pukul 7.07 am

No comments: