Friday 16 July 2010

Apabila Membuat Keputusan

Apabila membuat keputusan, pasti dua perkara yang akan berlaku. Pertama, melukakan hati manusia lain, dan seperkara lagi, anda berbahagia.
Anda mudah membuat keputusan kerana di pengaruhi oleh emosi dan fikiran

Yang pasti akan ada 2 keadaan manusia dalam membuat keputusan

1. Gembira
2. Bersedih

Untuk menjadi permata perlu melalui proses yang berliku-liku dan mengambil masa berabad-abad, kerana untuk mencari permata itu bukan sesenang memegang cangkul

Andai kaca yang dianggap permata pada mata anda, itulah permata anda walaupun ia kaca, andai permata itu adalah kaca pada mata anda, sedangkan ia permata yang belum anda gali, hanya kaca dan kehinaan sahaja yang diperoleh, sedangkan hanya jauhar yang mengenal manikam.

Namun, manusia itu ada pilihan tersendiri

Semoga diri ini kuat dan setabah Aisyah R.A!Amin...

Untuk Semua




SECORET TINTA DARI HATI SEORANG PEREMPUAN..
Saya belajar,
bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain
mencintai saya.
Saya hanya dapat melakukan sesuatu
Untuk orang yang saya cintai..

Saya belajar,
Bahawa saya perlukan waktu bertahun-tahun
Untuk membangunkan kepercayaan
Dan hanya beberapa detik sahaja untuk menghancurkannya.

Saya belajar,
Bahawa sahabat baik sentiasa bersama saya
Dapat melakukan banyak perkara bersama
Dan kami selalu memiliki waktu terbaik bersama.

Saya belajar,
Bahawa orang yang saya kira adalah orang jahat
Tetapi sebenarnya merekalah yang selalu membangkitkan semangat
dalam hidup saya dan orang yang selalu mengambil perhatian terhadap diri saya.

Saya belajar,
Bahawa sahabat sejati sentiasa mekar dihati
Walaupun dipisahkan oleh jarak yang jauh
Dan kadang-kadang melahirkan kasih sayang yang sejati.

Saya belajar,
Bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian
Seperti yang saya inginkan
Tidak bermaksud dia tidak menyayangi dan mencintai saya.

Saya belajar,
Bahawa sebaik-baik pasangan itu
Mereka pasti pernah melukai hati saya
Tapi saya tetap memaafkannya.

Saya belajar,
Bahawa saya harus belajar mengampuni
diri sendiri dan orang lain
supaya tidak mahu perasaan bersalah berpanjangan menguasai diri saya.

Saya belajar,
Bahawa dua manusia boleh melihat benda yang sama
Tapi memberi pendapat yang berbeza.

Saya belajar,
Bahawa orang disekeliling saya boleh mempengaruhi peribadi saya
Tetapi saya harus bertanggungjawab
Terhadap apa yang telah saya lakukan.

Saya belajar,
Bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki
Tapi yang penting adalah siapa saya sebenarnya.

Saya belajar,
Bahawa saya harus memilih
Antara dua samada sikap dan emosi menguasai saya
Atau saya yang menguasai sikap dan emosi

Saya belajar,
Bahawa saya mempunyai hak untuk marah
Tapi itu bukan bererti
Saya harus membenci dan berlaku biadap

Saya belajar,
Bahawa kata-kata manis tanpa tindakan
Adalah saat perpisahan dengan orang yang saya cintai
Dan jika saya mencintai dan menyayanginya
Saya tidak akan mempermainkannya
Dan mencintai dan menyayangi dengan sepenuh hati saya

Saya belajar,
Bahawa orang-orang yang saya kasihi
Perlu diutamakan daripada diri saya sendiri
Kerana mereka adalah segala-galanya bagi saya…
Bahagiakanlah orang lain walaupun diri kita merana...

Thursday 15 July 2010

Jauhilah



Tak ada motif pun...gambar-gambar atas ni..cuma geng-geng cikgu nk bagitahu...tengok gambar kat bawah ni...Kemudian, bagi wanita, kita sama-sama jaga okay...aku bukanlah warak pun, tapi just share jer..untuk diri sendiri supaya jaga...dan untuk pengunjung blog aku ni..huhu.

Pernah seseorang beritahu aku, pilih isteri dalam kalangan yang baik-baik.Tapi, nak letak kat mana yang tak baik-baik tu?Balasnya, kalau mcm tu..kita berusahalah untuk jadi wanita yang baik supaya dapat suami yang baik-baik...

Renungkan:
Pemakaian menutup aurat:
Jika seseorang yang menutup auratnya...terutamanya pemakaian tudung mestilah melepasi dada, dan jaga pakaiannya...sudah pasti seseorang yang bernama lelaki untuk mendekati wanita yang baik dan berakhlak juga.. takkanlah lelaki nak dekati wanita tak ada perasaan segan kan kalau wanita tu tutup aurat..lelaki tu pulak..pakai seluar pendek jer..huhuu...tak apa...kita semua kan boleh belajar...sama juga dengan saya..kalau saya lalai..tolong ingatkan saya ya..sebab 3 perkara dan sebab kenapa saya ingin ke arah ini..
1. Untuk ibu bapa saya di akhirat..saya mahu mereka tidak dihukum/tidak ditanya oleh Allah..diajar atau tidak kepadaku pada waktu kecil untuk menjaga aurat
2. Untuk bakal suami saya kelak..( maka...sekarang ini sebagai persediaan, kerana perkahwinan amat penting pendidikan kekeluargaan...doakan saya..saya menerima tanpa syarat seseorang dalam hidup saya..walaupun saya ini keras hati orangnya...(berprinsip), namun...dalam bab agama..anggap sahaja kita semua ini masih belajar)
3. Untuk anak-anak saya kelak...supaya mereka jadikan saya contoh sbg ibu mereka yang terbaik...

Maka, belajarlah untuk lebih baik dalam agama bermula hari ini (menjaga solat, aurat,bersihkan hati dengan berzikir juga..sebagai persediaan puasa dan seterusnya)

Wahai pemilik nyawaku
Berilah hidayah padaku, tunjukkan aku jalanMu yang diredhai dan jadikan aku dalam kalangan insan yang solehah.Amin

(Ayat di atas adalah ditujukan untuk diri-sendiri)


Best Moment

Gambar ni banyak kenangan!
Kenangan masa muda-mudi. 2 tahun berlalu
Hanya aku yang tahu apa kenangannya
Terima kasih Tuhan!
Sampai mata jadi lebam!Haha

Tuesday 13 July 2010

I love you

Masuk tunggu dia operate tangan / jari
akibat tercucuk tulang ikan..sampai jadi gini...
MasyaAllah..kuasa Tuhan


Masa umo 22...hehe..serabai jer...muka tidur kat hospital..uhhuhuk..
muda gitu...kat Hospital Pattani
Masa nak exam..balik tunggu nenek..kat hospital
Semoga panjang usia nenek aku ini
dan diberi kesihatan yang baik
Aminn

Suka Tak?

Kegemaran ku..kuewtiow kuah/kuewtiaw celup..hehe

Nak?
Hehe
Meh la umah kalau nak...
I masak khas untuk you nanti
^ .... ^

Monday 12 July 2010

Amin

Pencaturannya maha cantik.. ku sangat syukur atas segala kurniaanNYA.. segala ujian, segala apa saja yang ditakdirkan untukku... alhamdulillah.. Doaku.. moga ku dikurniakan kekuatan.. keimanan.. dalam mengejar CINTA YANG ABADI.. Amin Yarabbal Alamin..

~Raya nanti bertunang~
~Raya haji kenduri~
Kawan aku lah yang akan melangsungkan
Tahniah

Alhamdulillah


Tahniah adik-adik
Eda dan Feeqa
Dapat masuk finalist gadis Melayu
Semoga berjaya semuanya termasuk belajar semoga berjaya juga
Opocot..terkujat juga, sorang lagi finalist adalah budak UPSI, masuk final gadis Melayu.,.hikhik
Tahniah

Curi tulang = Memanjakan diri penting

Balik!!!!
Penat!
Pagi sampai tengahari tak berenti
Amik, sejam setenga aku duk rilek..huhu
Melegakan diri

Sunday 11 July 2010

Me & I


Nak makan..tapi tak ada rasa nak makan!!!


I like dis picture!!!

Hari ini Ahad 12 Julai 2010

Tidur jer kerja hari ni
Kemudian
Duk layan lagu
Aku ngan Yati lena sangat tidur hari ini
Ada orang ketuk pintu bilik
Seseorang
Wah..hahaa...
Aku dah la tak mandi lagik..wakakaa
Eh..awak makin kurus...wow..jawapan best...beberapa ari dia tak tengok aku..wahahaha

Haaaa...arini sesi mengemas
Adjust bilik
Basuh baju
Amik mood baru
Maklumlah kawan-kawan nak datang amik transkrip
Nak tumpang kat sini
Gembiranya aku
Seronok ramai-ramai
Boleh lah kami pergi ke pantai...sambil2 bergambar (menembak)

Kemudian
Hari ini
Operasi baju
Seminggu mesin baju tak bergerak
Semua rushing, otak penat..tapi orang akan lihat aku ni sangat rilek..Hanya Tuhan sahaja yang tahu..kerana aku sentiasa berdoa, tenangkan hati aku walaupun aku dalam keadaan sibuk kerana aku tak suka orang melihat aku sangat sibuk


Ni haaa..baju baru hangkat..nak lipat..

Tambah pulak dengan baju Yati..hahahaha...Yati dengan aku proses baju hari ini..wakakaka

Kehkeh...layan tv sambil lipat baju

Haaa..aku dah siap..nampak banyak tadi..rupanya sikit jer..wakakakaka

Haaaa..aku nak layan drama plak...semua pakat duk lepak bilik aku ni..tengok tv...hehe
Nak tengok drama zaman dulu..Rosyam Nor dan Lydiawati..cerita suami isteri dan dot..dot..dot..
Lawak punya cerita
sekarang dah pukul 10.30 malam
Esok aku akan mula masuk kelas mengajar student baru masuk ganti pensyarah aku esok selama dua minggu..Alhamdulillah...ingin rasai dan langkah permulaan


Sabtu 10/11/2010

Alhamdulillah
Semalam usai sudah pembentangan untuk pelajar master
Banyak sangat pengalaman yang aku peroleh
Terima kasih Tuhan kerana adanya peluang aku melihat mereka
menjalankan pembentangan kerana ruang ilmu ini perlu dipenuhi dengan sebaiknya
Penat tetap penat, tapi kerana ilmu
Hari Sabtu sepatutnya berehat, tetapi pagi-pagi lagi aku bersama Yati ke kampus
Tolong-tolong mana yang patut pensyarah aku itu
Tambahan Yati RA Dr.J...aku pula dengan Dr.N, ada tujuan jugak ke kampus
Terlangut aku mendengar pembentangan
Mendengar komen pensyarah-pensyarah yang hadir dalam penambah baikan kajian amat menarik minatku
Otak laju berfikir
dari jam 8.00 am hingga 2.00 pm
Dalam pukul 8.00 lebih aku rushing ke pejabat SUKSiS
Pergi hantar borang pengesahan kesihatan, adik aku tunggu di sana..Dia nk interview Suksis...Semalam aku ke balai polis untuk pengesahan cop kesihatan dia...tu laa..borang kesihatan tak semak betul-betul..nak cop pegawai universiti tak dibenarkan
Then terus ke bilik pembentangan
Balik lewat juga...
Duk clear mana yang patut clear
AJK makanan konon..haha
Then pergi jumpa adik pula
Hantar makanan kat dia
Balik pun dah dekat pukul 3.00 pm lebih juga
Aku tanya adik aku dah makan ke belum
Dia cakap makan megi je pagi tu
"YAALLAH, bakpo tok make..?"
Jawapan malas turun tangga...malas nk jalan g beli...
(Memang dahh..aku dah tahu..jenis pesen duk dalam bilik jer macam ni lah)

Balik jer
Semayang zohor then terus terlelap
Murahkanlah rezekiku untuk menampung pengajian untuk master ini
InsyAllah..Mohon dipermudahkan..berdoa banyak-banyak pada Allah S.W.T
Hari Sabtu hari yang patut berehat...tapi...kerja...Mak cik pula suruh pergi bacaan yassin sebelah rumah dia...adus...penat baru balik mak cik...lastly, pas Zohor aku terlena..
Bangun, asar dah 6.20 pm..tidur punya pasal
Kerja menggunakan otak amat memenatkan

Malam, aku buat kajian skit...
Tidur dekat kul 3.00 pagi juga
Alhamdulillah...


Saturday 10 July 2010

Lost


Panjat gunung...tak buat streaching...krem...
Apa yang kita lakukan...kesihatan amat penting
Kurniakan kesihatan yang baik kepadaku ini...semoga apa yang aku ingin lakukan akan tercapai
Semalam junior jumpa aku..Kak Fiti izien tengok kak fiti kurus..
Hari ini..mak cik datang rumah aku...Tie..mak cik tgok ko makin kurus Tie..

Hahhh???
Dalam hati aku..kes makan hati aritu la nih...hukhuk
=(
Dalam hati betul ke makin kurus ni???
Alamak..ilang la seri Datin Wannabe aku ni..huhu

Friday 9 July 2010

Penantian

Alhamdulillah
Hanya mampu berdiam diri
Menangisi dalam hati
Dekatkanlah diriku dengan Pencipta Petala Langit dan Bumi


Isnin depan Dr.N tiada selama dua minggu
Aku diminta untuk ganti kuliah dan berikan RI subjek ULP
Mungkin dalam kelas nanti aku akan terangkan berkaitan sahsiah
Terima kasih memberi peluang juga kepadaku merasai suasana seorang lecturer mengajar pelajar

Dalam hati ini:

Allah

Cita-cita (kerjaya dan belajar)

Kereta

dan

.

.


.


.


.


.


.


.

Siapakah Dia?Adakah Dia atau siapa?
Kesabaran hati perlu dididik agar sentiasa tersemat dalam hati

Selepas tengok akademi Al-Quran
Dalam fikiran dan niat hatiku, jika aku menjadi seorang ibu kelak, aku mahu hantar generasiku, terutamanya yang lelaki di Sekolah Tahfiz
Aku terasa dalam hati ingin ke Mekah
Apabila ke Mekah, mahu kembali bertudung labuh dan memakai purdah
Hanya niat dalam hati apa keinginan diri, semoga niat yang baik mendapat ganjaran baik daripada Allah S.W.T
Aminnn

Thursday 8 July 2010

Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah...Alhamdulillah...sampai di ofis 7.55 am.
Aku terus berjumpa dengan Dr.N dan berbincang dalam masa 2 jam juga
Aku memberikan hasil kerja pertamaku
Syukur kepadaMu Ya Allah, dalam aku menghadapi kegetiran perasaan yang tidak tertanggung
Aku dapat melunaskan permulaan kajian tugasan
3 hari tempoh yang diberikan rasanya aku belum all out apa yang aku lakukan
Namun, Dr.N telah berpuas hati dan memberi dorongan kepadaku
Respon yang amat positif
Alhamdulillah, rasa bersyukur tidak terhingga dalam hatiku ini
Aku akan murnikan bab 1 ini
Dr.N yang baru sahaja meletakkan jawatan sebagai Ketua Jabatan Bimbingan dan Kaunseling merupakan penyelia tesis aku sewaktu semester akhir.
Alhamdulillah, aku pula ditawarkan bekerja untuk membantu menjalankan kajiannya
Aku nampak apa yang Allah susunkan padaku
Terima kasih Allah yang Maha Kuasa
Seringkali hatiku ini menangis memuji Mu
Adakalanya sewaktu aku sedang melaksanakan kerja dengan buku-buku yang berlambak
Kak Nureen menegurku di sebelah, kenapa mata awak selalu merah, berair Afiti?
Aku cakap, pesen mata aku memang macam ni kot
Mata hantu kak...kehkeh

Namun, sebenarnya hati ini menangis kerana sering menyatakan Alhamdulillah secara tidak henti-henti apa yang aku dapat dan rasai semasa bekerja dengan Dr.N
Hingga rasa terharu akhirnya mata jadi sebegitu
Hanya memuju pada Allah
Jika aku dapat melihat Allah, aku ingin memeluk Allah dengan dakapan yang erat sebagai tanda terima kasihku
Namun, aku ini manusia dan hamba tidak berupaya melihat,
Hanya dengan merasai Allah itu ada dalam hatiku
Jika Rasulullah ada, aku ingin sekali memeluk

Alhamdulillah, kekecewaan yang berlaku makin mendekatkan diri aku kepada Allah S.W.T
Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah Ya Allah!!!
Aku jumpai apa yang aku mahukan
Aku sudah temui bagaimana ingin nampak diriMu Tuhan ketikaku solat
Aku dapat rasakan Malaikat Mungkar dan Nangkir dikiri dan kanan ku
Ketikaku solat aku dapat rasainya
Alhamdulillah...syukur atas kurniaanMu
Bulan 8 nanti aku akan isi untuk pengajian sambung master dalam masa yang sama aku akan bekerja sebagai RA
Aku akan teruskan Ya Allah
Ini adalah back up posting sebenarnya
Semua yang aku lakukan adalah hanya untukMu
Ketika aku kecewa, sedih aku hanya ada KAMU YAALLAH

Tentu orang akan tertanya-tanya, masih sempat aku melayan fesbuk, melayan blog tapi masih kerja aku teruskan...ada juga pensyarah yang tanya, masih sempat pula aku berniaga tudung secara online, tapi kerja okay
Alhamdulillah...inilah diriku
Aku sudah terdidik dengan cara ini dan inilah diriku
Aku punyai akal fikiran untuk tidak membuang masa, dalam aku mencari kejayaan fun perlu ada dalam aku menyeimbangkan keseimbangan dalamanku agar aku tidak stress
Alhamdulillah, hidup perlu fleksibel dan multitasking
Aku makin terasa dekat dengan Mu Ya Allah
Jika kau dapatku lihat, sudah lama aku ingin memelukMu Tuhan dan menangis atas anugerah yang sentiasa aku terima daripada nikmatMu

Sekian, 7 minit aku menulis..kena pergi jumpa Dr.K pula..huhu..hendset tertinggal di bilik dia...huwaa!!!

Hayati : Keadaan Bayi sebelum dan Selepas dibacakan Al-quran



Seorang ibu yang ajar anaknya "touching" nya!!!Good job Puan Mazlina untuk Darwish. Makin kuat rasa untuk mengambil/sambung kaunseling kanak-kanak kelak

Tuesday 6 July 2010

Bacaan diri sendiri dan others

Tudung Labuh - Pengalaman menarik Fatimah Syarha menerusi kolum Remaja Majalah Solusi isu no 21.
Share
Bacaan ini bukanlah menggalakkan kita menjadi judgmental. Diharap dapat baca dengan hati yang terbuka. Semoga bacaan ini dapat "put things into perspective" buat kita dalam menilai dan memahami kewajipan menutup aurat sebagaimana yang dituntut agama, insyaAllah.

Corat-Coret Kisah Tudung Labuh…

“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.

Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.

Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.

Yang Tertutup Itu Indah

Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”

Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.

Istimewa Bertudung Labuh

Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.

Dikejar Tebuan Tanah

Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.

Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.

Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.

Terlindung daripada Mata Mat Rempit

Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.

Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.

Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.

Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.

Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.

Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.

“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.

Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.

Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!

Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!

Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut

Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.

Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.

Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak.” Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?

Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh

Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.

Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.

Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.

Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.

Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat

Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, “Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “Don’t judge people by its cover.” Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.

Muhasabah Untuk Diri Sendiri

Bila kita sesenang menukar baju lama dengan yang baru..kita akan mula menukar peralatan rumah pula..rezeki makin mencurah..kita mudah menukar kereta..wah..hebat..rezeki makin kunjung tiba..kini semudah menukar baju,peralatan rumah & kereta yang lama..kita akan berani menukar pasangan hidup pula..maklumlah..kita kan mampu..rezeki kan melimpah ruah..betapa angkuhnya kita pada rezeki PINJAMAN Allah



Manusia mudah lupa siapa dirinya hanya kerana kesenangan duniawi yang kita semua tahu hanyalah sementara.mudah betul menyakiti daripada menyayang.ini semua kerana rendahnya iman..tiada sesiapa yang boleh mengubahnya melainkan dirinya sendiri..lalai pada kehidupan yang sementara..sederhanakanlah hatiku ini

Hati Tenang.Alhamdulillah

Alhamdulillah.

Hati rasa basah dengan nama-nama Allah.Alhamdulillah.Semakin mencapai ketenangan.Indahnya jika merindui dan mengigati Allah S.W.T. Alhamdulillah.Tenang dan sangat tenang.

Hari ini, fikiran hanya fokus pada kerja.
Meja bersepah dengan buku dan bahan rujukan.
Sampai Dr. J masuk pun tanya, apa yang banyak sangat atas meja.
Tak tahu lah kenapa hati aku sangat tenang hari ini.

Semalam share dengan Yati tentang keresahan dalam perhubungan.
Ingin go forward dan teruskan rasa menyayangi atau tidak perlu.
Hanya jawapan aku berikan dan hati aku berkata aku hanya mampu mengadu pada Allah
Jika ada jodoh, adalah, jika tiada..biarkan berlalu
Kerana, setiap manusia berhak membuat pilihan
Tawakal pada Allah walaupun dalam hati ada kesan mendalam
Semuanya kerana pengalaman dan juga kerana untuk mendapatkan sesuatu yang baik
perlu lalui halangan yang berliku-liku
Inilah perjuangan termasuk dalam soal jodoh
Allah suruh berusaha dalam mencari jodoh
Maknanya, aku juga berusaha dalam mencari jodoh
Maka, InsyAllah Allah akan membantuku
Lelaki yang ada iman dalam hatinya pasti untuk wanita yang solehah
Bak kata Kak Nureen, ibu kepada seorang baby yang kerja sama-sama denganku
biar ada masalah sekarang dalam perhubungan
kelak bahagia alam perkahwinan

Wanita perlu dijaga dari segi auratnya dan agama
Kelak akan melahirkan generasi dan anak-anak yang mampu dididik
Aku seringkali berkata dalam hati
Untuk menjadi seorang ibu yang hebat kepada anak-anakku kelak
Salahkah aku berfikir sedangkan usiaku 24 tahun?
Tidak, kerana untuk mendapatkan kebahagiaan
Perlu persediaan bermula daripada induk itu sendiri
Maka, aku akan kembali pada diriku, kembali pada Allah S.W.T
Dalam kehidupan adakalnya kesibukan menjarakkan kita untuk bertafakur pada Allah S.W.T
Terima kasih Tuhan cepat sangat-sangat menyedarkan aku
Bila aku terlampau sibuk
Aku akan fikir bagaimana hubungan aku dengan Allah S.W.T
Aku akan jaga diriku sebaik yang mungkin kerana kelak aku mahukan seorang suami yang bangga kerana ada seadanya diriku ini dan wanita yang hebat pada matanya
Cinta Rasulullah pada Aisyah jadi idolaku
Walaupun aku masih kekurangan ilmu agama,
1 perkara sahaja, aku kurang yakin untuk mengimamkan solat
Kawan-kawan serumah dulu selalu suruh, cuma aku cakap tak yakin
Sekarang aku dalam proses untuk belajar dan belajar banyak perkara

Jika perkahwinan itu lebih mudah daripada aku duk buat kajian ini,
esok juga aku mahu berkahwin bina keluarga
Tapi, perkahwinan bukan sesuatu yang mudah dan sesenang
kerana ianya sukar juga seperti mencari jodoh
Mungkin cintaku bukan untuk sewenang-wenangnya untuk lelaki
Kerana aku ada prinsip sendiri juga cinta adalah untuk suami
Dalam perkenalan hanya pupuk rasa sayang dan rindu sahaja sebelum menjadi suami dalam hidupku
Sifirku sangat mudah
Walaupun untuk menerima seseorang amat sukar, tapi aku fikir perasaan manusia lain
Peristiwa yang berlaku banyak mendidik hati aku yang keras/kebal ini agar menjadi manusia yang bertimbang rasa untuk memberi peluang pada manusia lain
Cuma, dalam memberi peluang,tambahan pula kita tidak biasa dalam perhubungan cinta ini
Akan berlaku konflik
Namun, aku positif, sekurang-kurangnya aku dapat belajar menghargai keinginan manusia yang lain
Permasalahan itu boleh diatasi dengan rasa mudah memaafkan orang lain
Alhamdulillah, itulah yang memberi keyakinan kepada aku walaupun adakalanya aku keliru...aku ini, dianggap kawan biasa atau kawan istimewa?
Dalam berkawan, aku ketepikan/tidak pandang lelaki lain
Aku bukan jenis survey...survey kena ada cara/bukan memberi kata-kata jaminan
Tidak mengapa...aku belajar semua ini....
Tidak mengapa lagi...aku pujuk sahaja hati sendiri kerana pujukan manusia belum tentu mengubat hati aku ini
Sikap memberi peluang, bertimbang rasa adakalanya pengakhirannya kita akan terluka,
kerana insan yang pernah datang pada kita akhirnya meninggalkan kita...
Kerana kita tidak tahu pun mana tahu insan yang datang pada kita itu adalah jodoh kita
Maka, hati terbuka untuk memberi peluang walaupun aku ini secara jujurnya manusia yang "gila kerja" langsung tidak fikir tentang ini
Sekali aku berfikir, maka aku akan fokus pada hanya orang tertentu sahaja.
Alhamdulillah, aku merasainya
Syukur kerana Allah bagi aku rasa..jika tanpa kebenaran Allah, semuanya tidak berlaku
Atas dasar keluarga, maka hati ini turutkan
Walaupun awalnya berlaku penolakan..tidak mengapa..rasa suka, cinta semua itu boleh dipupuk...kerana semua itu adalah melibatkan perasaan...berlaku penolakan pada awalnya kerana mungkin fokusku sangat tinggi pada kerjaya dan pengajianku...dan fokusku diganggu seketika maka aku memberikan hati
Ketika ini aku belajar untuk menyeimbangkan kembali
Alhamdulillah...aku tenang dan hanya berusaha dan berdoa pada Allah
Berikan hati pada Allah cuma jangan berhenti berusaha
Aku menunggu siapakah Mr.Keikhlasan itu

~Hati sangat tenang dan kegembiraan dalam sederhana sekarang ini~

Tuhan pula seolah-olah ingin membantuku dalam apa yang aku mahukan
Kebetulan aku sedang menjalankan kajian berkaitan perkahwinan dan penceraian, efek pada anak-anak
Malah, ada dalam hati terdetik untuk master kelak aku ingin dalami kaunseling kanak-kanak
untuk PhD suatu hari nanti jika diizinkan Tuhan, aku ingin mendalami dalam kaunseling keluarga pula
Semuanya ada perkaitan dan hikmah yang terselindung untuk aku bersedia ke arah ini.
Alhamdulillah.

Sunday 4 July 2010

Ampunkan Dosaku

semoga jadi pengajaran..YAALLAH..nasib baik terbaca...aku serahkan hatiku padaMu Allah

Hati-Hati Dengan Rasa Rindu

Jangan pernah merindukan sesuatu secara berlebihan. Karena, yang demikian itu menyebabkan kegelisahan yang tak pernah padam. Seorang muslim akan bahagia ketika ia dapat menjauhi keluh kesah, kesedihan dan kerinduan. Demikian pula ketika ia dapat mengatasi keterasingan, keterputuasaan dan keterpisahan yang dikeluhkan para penyair. Betapapun yang demikian itu adalah tanda kehampaan hati.

“Tidakkah kamu melihat orang2 yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Rabbnya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya?” (QS Al Jatsiyah: 23)

-Akulah yang menarik ujung kematian itu, siapakah yang akan dituntut padahal si korban adalah si terdakwa itu sendiri-

Maksud bait syair ini, kita berhak merasakan sakit dan menderita sebab kita adalah penyebab utama dari semua yang terjadi pada diri kita. Seseorang yang berasal dari Andalusia menyombongkan dirinya karena bisa merasakan suka yang melebihi batas.

-Sebelum aku, orang mengeluh berat berpisah, dan ketakutan muncul pada yang mati dan yang hidup.
Jika rusuk2ku menghimpun, maka aku tidak akan lagi mendengar dan tidak pula melihat-

Bila saja diantara tulang2nya berhimpun ketaqwaan, dzikir, kesadaran rohani dan ilahiyah, maka kebenaran akan bisa dicapai. Disamping itu, bukti akan menjadi semakin jelas dan kebenaran akan terlihat.

“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syetan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang2 yang bertaqwa bila mereka ditimpa was2 dari syetan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan2nya” (QS Al A’raf : 200 – 201)

Ibnul Qayyim telah memberikan terapi yang sangat manjur tentang masalah ini dalam bukunya yang sangat terkenal Ad Da’wad Dawa’ atau Al Jawab asy Syafi’ an Man Sa’ala ‘anid Dawa’ asy Syafi’. Saya sarankan pembaca untuk merujuk kepada kedua buku tersebut. Rasa suka yang berlebihan itu banyak sebabnya. Diantaranya,

1. Hati yang tidak terisi oleh rasa cinta, rasa syukur, dzikir, dan ibadah kepada Allah.
2. Membiarkan mata jalang. Mengumbar mata adalah jalan yang menghantarkan pada kesedihan dan keresahan :

“Katakanlah kepada orang2 laki2 yang beriman :”Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya..” (QS An Nur:30)

Rasulullah juga bersabda: ‘Pandangan (mata) itu adalah satu dari sekian banyak anak panah iblis’

-Jika kau liarkan matamu kepada semua mata, maka semua pemandangan akan membuatmu lelah.
Kaulihat pemandangan, tapi tak seluruhnya mampu kau lihat dan kau tatap-

3. Meremehkan ibadah, dzikir, doa, dan sholat nafilah. “Sesungguhnya sholat itu mencegah dari perbuatan2 keji dan munkar” (QS Al Ankabut : 45)

Ada pun obatnya,
“Demikianlah, agar Kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih” (QS Yusuf: 24)

1. Berusaha untuk selalu berada dipintu2 ibadah dan memohon kesembuhan kepada Yang Maha Agung.

2. Merendahkan pandangan dan menjaga kemaluan. “..mereka menahan pandangannya dan memelihara
kemaluannya..”(QS An Nuur : 30), ” Dan orang2 yang menjaga kemaluan mereka” (QS Al Mu’minun : 5)

3. Menjauhkan hati dari hal2 yang bisa mengikatnya dan berusaha melupakannya.

4. Menyibukkan diri dengan amal sholeh dan berguna. ” Sesungguhnya mereka adalah orang2 yang bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami denagn harap dan cemas ” (QS. Al-anbiya : 21)

5. Menikah secara syar’i. ” Maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi ” (QS. An Nisa : 3)

” Dan, diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya “. (QS. Ar Rum : 21)

Rasulullah bersabda, “Wahai para pemuda, barangsiapa diantara kalian yang sudah mampu untuk menikah, hendaklah menikah.”

Target

Berhenti sahaja menghargai individu yang tidak menghargai kita.
Jangan lebih-lebih menghargai dan sayang orang lain. Paling penting, terus ke hadapan!

Remember your target!
Life is not quit while u are in frustration

Tiba-tiba teringat abang angkat aku!
He is understand me alot!
To share, to cry because he is a great counselor!!!
MOHD HAFIZ OMAR!

Jangan bermimpi apa yang tidak pasti
Hentikan segalanya Afiti!
Go away from me!

SUDAH TIBA MASANYA AKU KEMBALI PADA HAKIKAT, KEMBALI PADA DIRI YANG SEBENAR-BENARNYA APA YANG DIINGINI

1. DEKATKAN DIRI PADA ALLAH, DULU YASIN TIAP-TIAP WAKTU SOLAT AKU BACA..SEKARANG...2,3 KALI JE SEMINGGU..AKU KAH????KENAPA?DIMANA SILAPNYA???TUHAN..AMPUNKAN AKU...!!!
2. SENTIASA FIKIR ALLAH BERADA DALAM HATI
3. KERJA TERUSKAN
4. KEMBALI SEMANGAT BUAT KERJA BUKAN BERTANGGUH LAGI
5. BERDIAM DIRI
6. MUNGKIN BLOG AKAN DI PRIVATEKAN..INSYALLAH/DLM PROSES UNTUK MEMPRIVATE KAN..TENGAH CARI SETTING UNTUK PRIVATE

~Us~


Penat sangat-sangat...muka dah letih da..Gambar Pijo..kami dulu sekelas masa form 6..kalau dia no.1..aku no.2..duk bergilir macam tu laa..last skali sama-sama masuk UPSI, dan sekarang pakat mai daftar adik kita pulak kat sini..hehe..
Selamat jadi cikgu Ekonomi Pijo..Afiti, selamat jadi Kaunselor yang baik Afiti...


Kehidupan akan berakhir dengan pemergian, Apabila ibu aku tiada kelak...adik aku berdua ini akan jadi tangan kanan dan tangan kiriku

Aku dengan adik yang bongsu nak g daftar
Mohamad Azidi, mom, Riduan

Assalamualaikum
Alhamdulillah.Usai sudah hari ini perkara yang menuntut untuk diusaikan.
Pelbagai perasaan pada hari ini hadir dalam diri

Gembira
Sedih
Terharu
Rindu

Segala rasa

Semoga berjaya mencapai cita-cita dan amanat seorang kakak untuk adik supaya teruskan langkah mencapai cita-cita seperti yang diniatkan. Atur langkah untuk pertama ini di peringkat degree, kemudian, pahatkan semangat dan cita-cita untuk peringkat seterusnya.Amin!

haha..mami aku siap cakap, masuk uni jangan duk mengorat lagi..padan muke!!haha..
Nak kawin umur 32 baru boleh kawin..wow!amanat!hahaa
padan muka!!
Amanat itu demi kebaikan mu..capailah cita-cita..hingga ke puncak, senangkan keluarga dahulu..orang lelaki tak risau kawin umur berapa pun..paling penting...tanggungjawab pada keluarga dahulu...ibu bersusah payah menjaga dan memberi pelajaran, balas jasa orang tua dahulu...InsyAllah ada keberkatan...Amin...

Mulut aku ni sudah betah menasihatkan..buat yang terbaik setiap semester, 3.8 ke atas untuk selamat untuk dapat first class degree, ko-kurikulum palapes, mid term buat terbaik, apapun, biar enjoy apa yang dilakukan..INSYAALLAH..untuk matlamat untuk sambung master dalam diri perlu ada..supaya usia tidak disia-siakan..asalkan terus belajar..capai hasrat arwah papa..jika niat untuk ibu bapa dan keluarga, pasti kejayaan menanti...INSYAAALAH...

Berikanlah kejayaan kepada kami tiga beradik ini...

Saturday 3 July 2010

My Shoot

Align CentreSnap picture by Yati..apa lah aku tengah tengok tu..

Aku suka pic ni..berjaya!!!

Pic ni pun sama..berjaya jugak shoot nak tengok shadow matahari kat air
Yeayy!!!

Masa praktikal...bosan-bosan..tension dengan report yang berlambak..aku ajak member pergi pantai..pergi menembak..shoot kat pantai..bukan guna DSLR pun..just camera biasa je..
Mana Mr.Nikon niiii?Balik laaaa...tak jumpa lagi ni...puas cari..

Friday 2 July 2010

Return



Proses dalam nak membesar...huwaa!!!
Semasa pogram ihya' ramadhan..masa ni masih 60 kg..huhu..permulaan untuk sihat


Aku kena nekad ni.
Adik dengan mami aku cakap aku sihat sekarang ni.
Alamak...Respon yang menjatuhkan saham sungguh!
Macam mana eh?

Menu makan aku tiap-tiap hari

Tengahari
Malam before 8.00 pm.
So, why Im fatty?
Adoih!
72kg now!
Matilah aku!!!

Target untuk turun please!
YAAALLAH, JADIKANLAH LEMAK-LEMAK YANG BERADA DALAM BADAN AKU INI, KELUAR DAN APA YANG AKU MAKAN ITU CEPAT DICERNAKAN, TINGKATKANLAH METABOLISME BADANKU INI...AMINN!

Usaha kena ada~!
Sabtu dan Ahad aku akan pastikan aku ke Gym!
Please..ambillah peluang ke gym Afiti..Gym di UPSI tuh..elok sangat!
YALLAH...nak kurus balikkkk...~~~!!!

Nak macam ni balikkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!

Paling kurang mcm ni pun tak per!!!


MESTI!
Gym!
Kurang pengambilan nasi --- membunuhku sungguh!
Exercise
Figure Up..Mesti!!!Tunggu gaji masuk!!!

Sebab gemuk ni...muka yang cun pun jadi hodoh..tahu takkk??kalau yang memang comey n lawa tu tak perlaaa...

YAALLAH...AKU NAK MACAM NI...LAGI..!!!

Kalau jumpa sapa-sapa yang kenal aku dulu..masa kat UPSI, hanya cakap aku " MAKIN SIHAT". Yer..memang aku selesa dengan badan aku, tak kisah apa yang orang cakap, tapi..aku sedar aku sekarang badan mcm dah melampau-lampau dah nih!Dulu, aku jenis tak kisah, sekarang perlu ambil kisah...aku fikir penyakit dan kesihatan badan je nih..kesian badan aku...huwaaa...!!!

Mesti bersukan semula!!!

Thursday 1 July 2010

Astaghfirullahal Azim

Kala kita terasuki dosa, ia memberikan penawar. Penawar yang sangat mujarab membersihkan rohani kita dari gumpalan-gumpalan dosa. Penawar itu teracik dan terkemas cantik dalam kalimat-kalimat sakti “istighfar”.

Astaghfirullahhalazim... allazilaillahaillah..huwalhaiyulqayyum waatubuilaik...100x

~2 years ago~
~Biarkan hati ini sentiasa dibasahi dan tidak kering dengan istighfar dan memuji Mu Tuhan~

Where??!!


Camera aku!!!Charger Camera aku...!!!
Huwaaaaaaaaa!!!
Awak kat mana??Saya cari awak tak jumpa-jumpa,..kesian la kat saya...tolong la balik...saya puas cari awak...
Awak nak pergi jauh-jauh dari saya ker???

T _____________________T
Mamiiiiiiiiiiiiaaaaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday 30 June 2010

Allah Sentiasa Ada

Aku nak senyum boleh tak?
Senyum sampai ke telinga!
Wah bahagia kau Afiti!
Jiwang sorang-sorang tak salah bebeh!haha (amboi..bebeh2 skrg yer..berjangkit dengan member aku lah ni..hehe)

Aku sekarang ni..tak tahu lah kenapa...banyak perubahan yang tak patut jadi patut pada diri aku

Dulu, aku nak cakap gilow...tak pernah sesekali..sekarang..kalau nak cakap dashat..giler ahhh..boleh terkeluar dari mulut..kenapa?

Dulu, aku nak cakap..tolol...aku jaga sangat-sangat..tak terkeluar perkataan tu..sekarang mudah jer..terkeluar..tolol sungguh..senang jer...kenapa?

Sekarang perkataan-perkataan tak wajar itu sudah mula bermain di mulut aku!!!!Kenapa???!!!

Tapi, aku tak cakap pada orang..aku cakap kat diri sendiri..bermonolog seorang...tapi terperasan perkataan tidak patut dah jadi bermain di bibir..tak sukaa nyaaa!!!!

Keliru sebenarnya..dalam pencarian untuk sambung belajar ni..

Nak ambil kaunseling kanak-kanak atau psikologi..

Minat aku lain..nak belajar kaunseling Islam..sebab aku ni belum cukup pemahaman tentang agama dan aplikasi..banyak yang cipta teori apa semua tu dari Barat..

Semenjak dua menjak ni, selalu terbaca artikel berkaitan kanak-kanak..search video kanak-kanak...adakah itu petandanya?
Lagipun negara sedang memperkasakan pendidikan berkaitan kanak-kanak..maka penting juga kaunseling kanak-kanak sekarang..
Aku fikir untuk future jugak as a mum..kalau belajar ni, boleh aku apply kelak..dalam aku memahami anak-anak aku nanti..(Kuat jiwo mum Afiti..hehe..tak salah rasanya..kerana aku akan lalui jugak)


Pemilihan penempatan
1. Perak
2. Kedah

Kenapa pilih?UPSI, UUM ada..area universiti..entah..smlm nak ubah dah tak boleh..nasiblah..hurmm..tadi, pergi jumpa senior kt NCDRC, yang akan stop kerja sebagai RA kat situ sebab dah nak pergi posting 19 Julai nanti..
Abg Tarmizi bagitau, kali ni, sapa yang asal Perak, Selangor, Terengganu, Kelantan, Pahang di postingkan ke Sabah dan Sarawak..mungkin masa korang nanti akan dipostingkan ke Utara..
Alamak!Nampaknya..apa yang aku pilih tu berisiko untuk ke kawasan tu lah..
Kalau dapat mana-mana ok jer..
SEKARANG FIKIR JUGA untuk sambung stdi, skim fellowship tu...
Aku keliru sekarang ni..apa-apapun, kena bersedia juga, sebab isu posting ni..macam-macam hal..kalau tak ada rezeki posting...sambung sahajalah..ada senior yang aku kenal, buat skim..dia tak posting...sekarang buat master..
APA-APA JER LAHHH...Tunggu dan lihat jer..
GO BY THE FLOW, AFITI..TUHAN DAH TULIS KAT SANA..HANYA IKUT JER FLOW..PALING PENTING JANGAN BERHENTI MELANGKAH!LANGKAH PENDEK ATAU PANJANG BUKAN UKURAN..YANG PENTING..TERUS ATUR TAPAK KAKIMU!

TUHAN, BANTULAH AKU DALAM PENCARIANKU INI..AKU TIDAK MAHU SESUATU YANG DATANG ITU SECARA TIBA-TIBA DAN ENGKAU HILANGKAN DARIPADAKU PULA SECARA TIBA-TIBA..CUKUPLAH DATANG ITU PENUH BERHIKMAHMU DAN AKU PERCAYA APA YANG ENGKAU BERIKAN ADALAH TERBAIK UNTUK DIRIKU,SESUNGGUHNYA ENGKAULAH MAHA BERKUASA ATAS SEGALANYA...
SETIAP KETENTUANMU AKU AMBILNYA SECARA BERHIKMAH

SETIAP SAAT ENGKAU ADA DALAM HATIKU, JANGAN BIARKAN HATIKU KERING TANPA MENYEBUTMU SETIAP SAAT WALAUPUN BIBIR AKU KELIHATAN KELU!AKU SENTIASA RASA ENGKAU ADA DEKAT DENGAN KU. RENDAHKAN HATIKU DALAM SETIAP BICARAKU, RENDAHKAN HATIKU KETIKA BERKATA-KATA, LEBIH BAIK MANUSIA MENGANGGAP AKU BIASA DARIPADA MENILAI BANYAK KELEBIHAN, KERANA AKU LEBIH GEMAR MENDENGAR DAN MENILAI APA YANG BERMAIN PADA FIKIRAN MEREKA...


Tuesday 29 June 2010

Hari ini

Hari ni?Kensel tak pergi kampus pun.Mood nak buat kerja pun tak ada lagi ni.
1 Julai 2010, mula tarikh lantikan kerja.
Kerja dengan Dr.Nasir, geran penyelidikan pun akan bermula
Kerja-kerja Dr.Kadir aku just buat kat rumah..Dr.Kadir bagitau..kerja dia tak rushing-rushing, bila free baru buat

Apa aku buat kat rumah hari ni?
Geledah cd, tak jumpa-jumpa..ke hantar kat rumah tak tahu laaahh..cd senior aku tuh..
nak post esok
Hari ni aku duk tengok cerita kanak-kanak..
Tahu apa?Rancangan peberet aku?
Layan TV 9 secara online la..

PONDOK-PONDOK
bukan budak jer suka..aku pun sangat suka
I LIKE!!!!
Beberapa episod aku duk layan..pastu tidur jer
Bangun samayang Zohor alamak dekat 4.20 pm..tidur punya pasal
apa daaa...

Kejap lagi nak masak..nak masak apa..nasi goreng jer lah..
member aku dah balik kerja..arini dia uruskan bengkel
Bermula 1 Julai aku pulak yang busy!!!huhu..

Adik aku yang bongsu call
Dia cakap, cikgu aku masa form 6 suruh call dia
Cikgu Faridah
Guru Wanita yang menjadi idolaku!!!
Sentiasa aku doakan beliau ditempat tertinggi di akhirat, seorang guru yang bersemangat
dan aku sanjungi..komited sangat2x!!!

Terima kasih cikgu kerana banyak perkara cikgu didik saya hingga saya capai apa yang saya mahukan sekarang ini
Aku doakan semua guru-guru dan pendidik-pendidik di universiti juga

Masa cuti semester sempat jumpa beliau..she said: Afiti, sambunglah belajar, nanti jadi pensyarah ya..dalam hati aku...Aminnn..doa seorang guru...
Namun, aku juga akan bermula sebagai seorang guru juga dan akan melangkah untuk capai cita-cita itu..InsyAllah!~~!!!
Hanya ikut flow sahaja apa yang Allah berikan..

Tiba-tiba aku teringat sangat zaman badan beruniform
Suka duka untuk capai, apa yang aku laburkan..akhirnya menjadi realiti..
Jiwa PENGAKAP memang sebati dengan diri ini
Kelak jika aku sudah ada kerjaya sendiri, aku akan sertai juga badan beruniform yang menjadi sebahagian daripada diri aku ini
Kawat kaki, pioneering, redah hutan,xpdc 80km selama 4 hari, tiap2 minggu pergi kursus,buat ujian tiap-tiap minggu, duit banyak habis..,muka hitam legam..bermain kompas, peta, menyelam dalam air, kayak, dll
Bila pakai baju pegawai pengakap, SMART je rasa..huhuhu..
Namun, semua pengalaman itu telah berlalu..jika aku seorang pendidik..aku mahu pelajarku sertai pengakap kelak..hingga capai tauliah Pengakap Raja (Pengakap Raja pun boleh kahwin bawah pedang jugak..bukan tentera jer,..huhu)
Bukan pangkat yang diingini, namun...nikmat melaluinya..suka duka...
Kerana pengakap, aku pernah bercita-cita untuk menjadi TUDM..Caya tak?hahaha
Sekadar cita-cita yang terdetik dalam hati jer..tapi pakai spek..mana boleh..
Rindunya untuk hadir pada zaman itu lagi

Kenangan hanya berpahat dalam memori..semua kenangan itu akan berlalu..dan hilang..maka amat wajar untuk dihargai setiap pengalaman itu...
Sekian!

Nak masak wehh..dah pukul 7.07 am

Monday 28 June 2010

Suka vs Tak Suka



Aku Suka?
Suka buat research (Semua benda aku selidik dan kaji especially dalam bidang yang aku minat)
Menulis
Anak pertama/sulung daripada 3 adik-beradik
Privacy kadang-kadang
Bercakap ketika-ketika jugak...walaupun orang tengok aku ramah
Suka gelak
Suka lipstik..hehe
Bila buat kerja, serius giler!!!!
Pernah hidup senang lenang, pernah hidup susah (Hanya aku sahaja yang tahu)
Suka makan sayur dan ulam-ulam, sambal belacan
Peberet sup tulang..segala sup..perut, suka makan ikan, udang, sotong,makan pedas..wow!
Suka masak *tak boleh lari dah ni sebab suka makan*
Suka forum dalam tv tuh...contoh, suara Siswa, Semanis Kurma
Suka mencari peluang
Gigih
Aku akan buat apa yang aku suka
Gila bergambar pantang jumpa camera
Suka jubah!!!!Jubah lovers
Kuat Berusaha gila-gila punya dalam apa yang aku nak capai
Gila nak belajar tinggi-tinggi
Pentingkan kualiti masa...bukan kuantiti (Sebab aku tahu, one day aku akan jadi orang yang busy)
Suka merancang tapi suka bertindak spontan tak perlu rigid-rigid menyesakkan kepala jer..kalau melibatkan ejaan, edit-mengedit baru aku rigid yang lain..hentam sahaja!
Buat kerja jangan paksa-paksa...sebab hasil tak berkualiti bila paksa...so, aku suka buat apa yang aku suka dan dengan rela hati/mood ada
Tidak suka ketidakadilan
Bertanggungjawab (bukan perasan), tapi aku rasa semua benda tanggungjawab aku kalau aku ada di situasi/sekeliling orang
Selagi boleh tolong aku nak tolong orang
Aku tak suka orang malas berusaha, nak mudah semua perkara
Jujur, sebab aku tak suka menipu, tipu sunat tak apa..
Setia (Bukan perasan, tapi aku kenal diri aku mcm mn)
Kalau lelaki jalan depan mata aku, aku akan perhatikan dari hujung rambut sampai la kaki (macam lah aku perfect sangat)
Tidak mudah berputus-asa
Perintis!!!
Bila kahwin nak anak ramai...weeekks..heheh..
Suka berfikir, ada sahaja aku ketengahkan idea untuk itu dan ini dan laksanakan...sebab tu aku minat bidang pendidikan dan research
Member cakap..masa dalam team jawatankuasa kolej dan MPP, aku manusia yang responsif...mungkinlaaa...itulah aku...
Mudah marah tapi cepat sejuk
Masa marah, habis keluar, tapi lepas tu..aku dah lupa..marah sekejap jer (Bahaya****)
Tak suka bau badan (Hidung aku sensitif gila bau badan sapa-sapa yang dekat dengan aku)
Suka perfume (Ikutlah apa-apapun..yang suka cosway la..murah, wangi)
Suka bercakap dari hati ke hati
Suka surf internet dan suka download lagu yang best jer walaupun lagu dalam laptop aku tak banyak
Suka budak kecik especially suap budak kecik makan..best wohhhhhh
Pemaaf, marah kejap jer...
Bercita-cita tinggi, ada wawasan, dan keras hati dalam nak capai keinginan (dari dahulu hingga sekarang, maybe aku anak sulung)
Orang yang ada di sekeliling aku akan katakan selamat kalau bersamaku (kawan-kawan, sahabat-sahabat cakap laaa)
Ada yang cakap aku macam ibu dorang..muahahaha..mana taknya...masak, sedia makanan, ambik tahu itu ini..hehe..tak per..kita kan kawan..perlu saling memahami..tolong menolong
Tak suka manusia berkira
Suka kasi kawan makan pantang member datang rumah ada jer aku nak masak
Suka high heels..kalau pakai kasut/selipar flat..aku rasa semacam..tak kena dengan diri...(Maaf, aku bukan nak jadi diva..tapi realiti...)
Tahi lalat di jari kelingking sebelah kanan, dalam kening, di pipi..lalat suka berak merata-rata..Jahannnnam kau lalat!!!
Frust dengan produk-produk kecantikan nih
Suka survey barang-barang dapur, perhiasan rumah, pinggan mangkuk, baju, kasut dan barang perempuan dan lelaki, pelamin..hehehe...maklumlah..untuk future..walaupun tak beli..hehehe...
Berangan untuk pakai kereta beb! Vios/Pesona...(Gila kau!Duit tak ada pun)
Lesen selalu tertangguh-tangguh..lesen kereta dah 3 tempat dah aku rasa aku buat..tak siap-siap...setakat L je..hahahaa..tamat...jalan raya...tamat..jalan raya..tamat..ada sahaja halangan untuk aku berjumpa abang-abang JPJ untuk test..

Banyak perkara aku lakukan adalah melalui naluri/instinct...kalau orang menipu..lama-lama aku akan tahu jawapan..dan orang akan mengaku sendiri...sebab tu adik aku tak pandai nak menipu aku...sebabnya last-last Tuhan akan bagi gerak rasa dan aku akan dapat jawapannya...Jauhlah penipu daripada diri aku...
Aku tulis sekurang-kurangnya pagi-pagi ni, aku dapat kenal siapa diri aku, fikir positif untuk diri dannn.. muhasabah diri.
Hargailah diri sendiri kerana harga diri itu amat bermakna...adakalanya sikap boleh berubah kerana apa yang ada itu tidak kekal lama.
Sekian

NOR AFITI BT MOHD BASRI

Zaman berlalu...


Kisah Jeans vs Skirt = Afiti

Nanti aku ceritakan kisah jean dan skirt amat bermakna dalam kehidupan aku. Tido dulu weh, esok kerja..ke..kerja nak buat kat rumah je nih?(Kerja ikut mood sebab Dr.Kadir suruh buat kat rumah...asal kan siap..tak kiralah buat kat mana).

Bersambung kembali.
Jam 7.58 am, Selasa.
Apa yang dah aku buat pagi ni yerk?
Bangun
Solat Subuh
Mengaji
Makan nasi putih + ayam kicap dengan kawan aku Yati = Sengaja makan pagi untuk diet
Tengahari nak elak makan, biar perut bekerja pagi-pagi.
Makan 2 kali sehari je = Pagi-pagi then, sebelum pukul 8 malam.
InsyAllah, boleh slim kan badan.
Teheheheheheeee
Basuh pinggan, kuali kat dapur tuh...
Babaiii kat kawan yang nak pergi kerja..
Tutup pintu
(Hahaha..perlu terang sampai gitu ker?Celaka kau syaitan menghasut!)

Sekarang sudah dapat masak duk rumah sewa yang lama. Best bagi yang gila masak!
T_________T

Eh, apa merepek ni?
Direct to the point okeh, nak cakap pasal seluar jeans dan Skirt kan?

.

.

.

.

Sebenarnya, aku ni tak ada sehelai pun seluar jeans.
Aderhh!Malu!

Last aku pakai jeans, dan bertaubat tak nak pakai ialah last aku tingkatan 5.
Masa umo 17 tahun last kiranya pakai dan ada.
Selamat kaum kerabat jeans sebab aku tak curi seluar dia. Hehe
Maknanya dah 8 tahun aku tak pakai.
Aku ada prinsip-prinsip tertentu.
Nak pakai fikir banyak kali. Entahlahhh..
Padahal seluar jeans tu namanya pada kain jer..Macam mana nak pergi oversea nih..hehe..
Kat sana sure pakailah jeans, sebab cuacanya mcm tu.
So, aku pakai apa?

Aku suka pakai skirt lahh!!!
Ayu gitew.
Korok mung..haha! (Ayat klasik)


Sebenarnya, terhingin juga pakai jeans, tapi aku banyak alasan. Buat masa sekarang aku survey di kedai dan sentiasa batalkan niat untuk pakai.
Kawan aku cakap, baik jangan beli, takut tak pakai.
Buat masa ni aku duk pakai seluar mcm kain crocodile tu...yang pasti bukan seluar buaya yerk dan seluar slack.

Nenek aku cakap.,
Dia pantang kalau tengok aku pakai seluar T-Track apa-apa seluar pun.
Kalau aku balik kat Thailand tuh, kain sarung je la duk dalam rumah dan skirt sahaja.
Membebel aja..termasuk mami aku.
Kalau tengok aku pakai sluar Track dia cakap tak sesuuwaaii..macam kartun jer..maybe sebab aku dah macam gedempol kot..hahaha

Baiklah, sebenarnya, aku susah nak cari seluar jeans..ketat kat paha dan buntut
Kat pinggan pulak boleh masuk dua orang, payah nak cari..
Buat masa sekarang tengok lah dulu.
Tengah berfikir-fikir dahulu, sebab nanti pakai tertonggeng-tonggeng pulak aku jalan..baju kena labuh..hurmm...

Think
Think AND Think


Sekian

Yang Benar
Minah Skirt
hehe

Jubah aka Abaya


Kenapa semacam jer muka haku nih..dalam banyak-banyak gambar, gambar ni yang aku rasa pelik..kenapalah muka mcm tertiarap dalam tepung. Nak muka mcm ni balik...Aku pun tak tahu, apa yang aku pakai, cerah pulak aku tengok..sekarang itam pelik je muka aku..Wakakaka..Member aku cakap..muka pucat?Really..?Biaq p lah....hurmm...

Kalau diberi pilihan apa yang aku nak dalam kecantikan:

Meh nak jawab

1. Gebu...wakakaka..gilak looo..
2. Slim sket..pergilah engkau lemak oii...nyah dari sini
3. Nur pada wajah....banyak-banyak la betobat..hahaha
4. Kecantikan dalaman...hehe...Ni paling penting..

Ada member aku cakap, bila dia tahu aku minum B-White untuk kulit dulu, baik ko jangan minum..badan tengah naik...nanti kalau ko minum..terlebih gebu...khakkkkhakkthui..luga perot aku mendengarnya...hahahaa...

Aku suka sangat jubah modern..sapa-sapa nak kasi aku hadiah..ikutlah hadiah apa-apa..belikan aku jubah yer..hahhaa..saiz 48 aku pakai..hehe..

Eh..ada ke orang dengar permintaan aku ni..berangan je la..hehehe...kalau aku kerja nanti..tengok laa..hehe...jubah-jubah akan jadi koleksi aku nanti..hehehe...

Gambar dengan rakan praktikum. Hazira
Padan muka!Sekarang baju ni sudah tak boleh dipakai langsung bahhh..huwaaa!!!Masuk pun sampai parus buntut..hahaha..adeooiii..!!!!
Jubah yang aku suka pakai jugak and masih muat..hehee
Ni jubah /abaya yang selalu aku pakai..nasib baik tak lunyai je..huhu

Sebab gila duk pikir berangan pasal jubah sebenarnya..gambar jubah yang lain aku tak jumpa yang aku pakai..setakat ni gambar ni je lah..wekss!!!
P/S: Semua pakaian ni tidak akan kekal lama..kelak mati hanya kain putih sahaja..maka sesuailah aku tempek kan entri pasal semua ini di sini..adakalanya buat aku berfikir ke depan dan juga berfikir alam kematian..mati hanya dipakaikan dengan kain kapan sahaja.
Sekian.Insaf takkk???Aku tanya aku jawab jer...INSAF!!hehe
Apa yang ada tidak akan kekal lama..babaiii..(rindu plak babai versi Tarmizi ni..hahaha)