Tuesday 6 July 2010

Hati Tenang.Alhamdulillah

Alhamdulillah.

Hati rasa basah dengan nama-nama Allah.Alhamdulillah.Semakin mencapai ketenangan.Indahnya jika merindui dan mengigati Allah S.W.T. Alhamdulillah.Tenang dan sangat tenang.

Hari ini, fikiran hanya fokus pada kerja.
Meja bersepah dengan buku dan bahan rujukan.
Sampai Dr. J masuk pun tanya, apa yang banyak sangat atas meja.
Tak tahu lah kenapa hati aku sangat tenang hari ini.

Semalam share dengan Yati tentang keresahan dalam perhubungan.
Ingin go forward dan teruskan rasa menyayangi atau tidak perlu.
Hanya jawapan aku berikan dan hati aku berkata aku hanya mampu mengadu pada Allah
Jika ada jodoh, adalah, jika tiada..biarkan berlalu
Kerana, setiap manusia berhak membuat pilihan
Tawakal pada Allah walaupun dalam hati ada kesan mendalam
Semuanya kerana pengalaman dan juga kerana untuk mendapatkan sesuatu yang baik
perlu lalui halangan yang berliku-liku
Inilah perjuangan termasuk dalam soal jodoh
Allah suruh berusaha dalam mencari jodoh
Maknanya, aku juga berusaha dalam mencari jodoh
Maka, InsyAllah Allah akan membantuku
Lelaki yang ada iman dalam hatinya pasti untuk wanita yang solehah
Bak kata Kak Nureen, ibu kepada seorang baby yang kerja sama-sama denganku
biar ada masalah sekarang dalam perhubungan
kelak bahagia alam perkahwinan

Wanita perlu dijaga dari segi auratnya dan agama
Kelak akan melahirkan generasi dan anak-anak yang mampu dididik
Aku seringkali berkata dalam hati
Untuk menjadi seorang ibu yang hebat kepada anak-anakku kelak
Salahkah aku berfikir sedangkan usiaku 24 tahun?
Tidak, kerana untuk mendapatkan kebahagiaan
Perlu persediaan bermula daripada induk itu sendiri
Maka, aku akan kembali pada diriku, kembali pada Allah S.W.T
Dalam kehidupan adakalnya kesibukan menjarakkan kita untuk bertafakur pada Allah S.W.T
Terima kasih Tuhan cepat sangat-sangat menyedarkan aku
Bila aku terlampau sibuk
Aku akan fikir bagaimana hubungan aku dengan Allah S.W.T
Aku akan jaga diriku sebaik yang mungkin kerana kelak aku mahukan seorang suami yang bangga kerana ada seadanya diriku ini dan wanita yang hebat pada matanya
Cinta Rasulullah pada Aisyah jadi idolaku
Walaupun aku masih kekurangan ilmu agama,
1 perkara sahaja, aku kurang yakin untuk mengimamkan solat
Kawan-kawan serumah dulu selalu suruh, cuma aku cakap tak yakin
Sekarang aku dalam proses untuk belajar dan belajar banyak perkara

Jika perkahwinan itu lebih mudah daripada aku duk buat kajian ini,
esok juga aku mahu berkahwin bina keluarga
Tapi, perkahwinan bukan sesuatu yang mudah dan sesenang
kerana ianya sukar juga seperti mencari jodoh
Mungkin cintaku bukan untuk sewenang-wenangnya untuk lelaki
Kerana aku ada prinsip sendiri juga cinta adalah untuk suami
Dalam perkenalan hanya pupuk rasa sayang dan rindu sahaja sebelum menjadi suami dalam hidupku
Sifirku sangat mudah
Walaupun untuk menerima seseorang amat sukar, tapi aku fikir perasaan manusia lain
Peristiwa yang berlaku banyak mendidik hati aku yang keras/kebal ini agar menjadi manusia yang bertimbang rasa untuk memberi peluang pada manusia lain
Cuma, dalam memberi peluang,tambahan pula kita tidak biasa dalam perhubungan cinta ini
Akan berlaku konflik
Namun, aku positif, sekurang-kurangnya aku dapat belajar menghargai keinginan manusia yang lain
Permasalahan itu boleh diatasi dengan rasa mudah memaafkan orang lain
Alhamdulillah, itulah yang memberi keyakinan kepada aku walaupun adakalanya aku keliru...aku ini, dianggap kawan biasa atau kawan istimewa?
Dalam berkawan, aku ketepikan/tidak pandang lelaki lain
Aku bukan jenis survey...survey kena ada cara/bukan memberi kata-kata jaminan
Tidak mengapa...aku belajar semua ini....
Tidak mengapa lagi...aku pujuk sahaja hati sendiri kerana pujukan manusia belum tentu mengubat hati aku ini
Sikap memberi peluang, bertimbang rasa adakalanya pengakhirannya kita akan terluka,
kerana insan yang pernah datang pada kita akhirnya meninggalkan kita...
Kerana kita tidak tahu pun mana tahu insan yang datang pada kita itu adalah jodoh kita
Maka, hati terbuka untuk memberi peluang walaupun aku ini secara jujurnya manusia yang "gila kerja" langsung tidak fikir tentang ini
Sekali aku berfikir, maka aku akan fokus pada hanya orang tertentu sahaja.
Alhamdulillah, aku merasainya
Syukur kerana Allah bagi aku rasa..jika tanpa kebenaran Allah, semuanya tidak berlaku
Atas dasar keluarga, maka hati ini turutkan
Walaupun awalnya berlaku penolakan..tidak mengapa..rasa suka, cinta semua itu boleh dipupuk...kerana semua itu adalah melibatkan perasaan...berlaku penolakan pada awalnya kerana mungkin fokusku sangat tinggi pada kerjaya dan pengajianku...dan fokusku diganggu seketika maka aku memberikan hati
Ketika ini aku belajar untuk menyeimbangkan kembali
Alhamdulillah...aku tenang dan hanya berusaha dan berdoa pada Allah
Berikan hati pada Allah cuma jangan berhenti berusaha
Aku menunggu siapakah Mr.Keikhlasan itu

~Hati sangat tenang dan kegembiraan dalam sederhana sekarang ini~

Tuhan pula seolah-olah ingin membantuku dalam apa yang aku mahukan
Kebetulan aku sedang menjalankan kajian berkaitan perkahwinan dan penceraian, efek pada anak-anak
Malah, ada dalam hati terdetik untuk master kelak aku ingin dalami kaunseling kanak-kanak
untuk PhD suatu hari nanti jika diizinkan Tuhan, aku ingin mendalami dalam kaunseling keluarga pula
Semuanya ada perkaitan dan hikmah yang terselindung untuk aku bersedia ke arah ini.
Alhamdulillah.

No comments: