Monday 28 June 2010

Bicara Untuk Arwah Ayahanda

Assalamualaikum. Menyingkap kembali apa yang telah aku tuliskan untuk arwah ayahanda suatu ketika dahulu. Berbicara sendirian dalam hati.

Ayahanda,

Doakanlah juga anakanda ditemukan dengan insan yang benar-benar ikhlas pada diri anakanda. Berbicara tentang jodoh ini adalah perkara yang pasti kerana masa itu akan tiba. Cuma, anakanda berharap anakanda akan berjaya dalam berkerjaya dan juga rumah tangga. Temukanlah anakanda dengan insan yang boleh menjadikan dan mendidik diri anakanda menjadi isteri yang solehah. Temukanlah anakanda dengan seorang yang berada pada agama Allah, berpelajaran dan memahami anakanda, baik pada mata anakanda, seorang yang boleh mendidik anakanda, mampu menegur salah dan silap anakanda dan saling menghargai. Sekurang-kurangnya boleh menjadi imam untuk anakanda. Anakanda masih jahil dan kekurangan ilmu agama. Akibat kelemahan diri, anakanda juga sering terbabas. Masih ingat lagi ayahanda, anakanda ini, mahu bercakap dengan lelaki pun segan ketika ayahanda ada. Anakanda malu tahap kritikal ketika ayahanda tanya pasal bercinta dan semua yang berkaitan dengan lelaki. Kini, tidak lagi mungkin kerana sudah dewasa dan pergaulan anakanda dengan rakan-rakan mendewasakan anakanda. Namun, anakanda masih punyai batas-batas kerana anakanda ingin mencapai iman yang baik di sisi Allah SWT. Semoga Allah SWT temukan anakanda dengan jodoh yang baik. Ayahanda, anakanda teringin pakai tudung labuh seperti ini kembali. Anakanda berharap, anakanda cekal iman untuk bermuhasabah, mencari ilmu Allah dan diperkukuhkan iman. Rindunya ayahanda anakanda ingin bertudung sebegini.Doakanlah anakanda oh ayahanda..Semoga dipertemukan dengan insan yang boleh membimbing diri anakanda pada jalan Allah.Ameen.

Teringat sebenarnya, sebelum arwah ayahanda meninggal ayahanda sebut-sebut pasal perkahwinan, soal jodoh..ketika itu..anakanda tidak terfikir langsung. Anakanda mengelak..buat-buat tak tahu...kerana malu.

No comments: