Monday 29 June 2009

Senyuman

Cuba tengok betul-betul gambar di atas. Semua orang pasti sayangkan gigi. Cuba bayangkan kalau tidak ada gigi. Aduh mungkin hodoh sangat muka aku ni. Dahlah hodoh, gigi tiada, makin hodoh. Perkara yang pernah aku bayangkan jika aku tiada gigi dan gigi depan aku rosak. Pastinya, aku mahu tersenyum pun macam hidup segan mati tak mahu. Berapa kali gosok gigi. Pastinya, dua kali jer..hehe..

Masa aku kecik, ayah aku telah ajar aku bagaimana nak jaga gigi. Lepas makan gula-gula pun, terus aku gosok. Kecil-kecil rajin gosok gigi, 4,5 kali sehari tapi bila besar 2 kali jer..huuhhu..Walhal, sunat gosok gigi 5 kali sehari. Bagaimana menghargai gigi?Paling penting penjagaannya daripada awal. Nasib baik ayah aku didik aku jaga gigi sejak dari kecil kerana mempengaruhi gigi kita sekarang. Alhamdulillah. Kata ayah aku, ubat gigi guna sedikit sahaja, sebesar biji jagung, bukannya penuh permukaan berus gigi. Itu salah! Katanya penggunaan ubat gigi yang banyak boleh merapuhkan gigi. Jadi, mulalah gigi jadi sopak lah apa lah. Kerana gigi yang ada, senyuman menarik walaupun orangnya tidak cantik. Masa aku darjah 3, cikgu Ibrahim pernah cakap, semasa menulis karangan..."Gigi bak mutiara...bla..bla..".

Satu lagi, masa budak kecil-kecil jangan bagi terlalu kerap budak-budak "mengonggong" botol susu kerana akan menjongangkan gigi. Serius! Perlu dielakkan. Kata ayah aku, gigi ni banyak gred (A, B,C,D,E) kalau tidak silap lah. Gigi menggambarkan personaliti juga. Namun, gigi yang normal ialah gigi atas bila ditutup melebihi sedikit sahaja gigi yang bawah. Kadangkala bentuk gigi juga menandakan rezeki. Itulah yang pernah aku baca dalam buku suatu ketika dahulu.

Semoga gigiku ini kekal kerana keindahan wajah terletak pada senyuman yang manis.

Pesanan penaja " Kejelitaan hak milik setiap insan"

Model ubat gigi cap mangkuk ke cap tepung..hehehe