Tuesday 22 December 2009

Warkah untuk Ayahanda

Assalamualaikum.

Terlalu banyak blog, ada yang tertulis, ada juga yang sempat di jenguk-jenguk. Setiap orang punyai perancangan. Perancangan itu yang akan menjaga fokus. Permudahkanlah urusanku Ya Allah...

Pagi ini, di kala kesenyapan dan kesunyian hanya bertemankan radio online, diri ini ingin meluahkan sesuatu buat ayahanda walaupun ayahanda tiada di bumi ini. Moga ayahanda mendengar suara hati anakanda. Warkah ini aku tujukan buat ayahandaku untuk menyatakan hasrat hati walaupun ayahanda telah kembali kepada Allah SWT.

Ayahanda,

Anakanda sentiasa mengharapkan Tuhan melindungi ayahanda di sana dan tenang bersama insan-insan yang terpilih. Semoga doa anakanda setiap solat mengiringi ayahanda. Kadang-kadang, anakanda hanya sempat menyedekahkan Al-Fatihah dalam keadaan rushing. Namun, anakanda tidak pernah tinggalkan hadiah selepas solat untuk ayahanda semenjak ayahanda pergi.

Ayahanda,

Tidak lama lagi, anakanda bakal tamat pengajian. Mencapai cita-cita dan berkerjaya. Bulan 8 akan bergraduat. Pengajian anakanda akan anakanda teruskan juga selepas ini demi mencapai cita-cita dan harapan ayahanda juga. Alhamdulillah, jalan-jalannya anakanda telah nampak dan semakin menghampiri anakanda. Anakanda sangat bercita-cita untuk mencapai ke arah itu. Terima kasih ayahanda kerana mendidik diri ini cinta kepada ilmu ketika anakanda masih lagi kecil. Anakanda target sebelum anakanda berusia 30 an, anakanda sudah mendapat doctorate. Doakan anakanda ayahanda...semoga jalan dipermudahkan.

Ayahanda,

Adik di Jerteh, anakanda akan cuba berhubung. Mungkin masa jadi kekangan, kelak anakanda akan berjumpa. Buat pengetahuan ayahanda di sana, Mariah di Jerteh baru sahaja menghabiskan SPM, Azidi pula STPM. Azidi insyaAllah, anakanda beri jaminan, akan masuk universiti kelak berdasarkan keputusan-keputusan peperiksaan, pointer yang sentiasa 3.00. InsyAllah anak-anak ayahanda ini akan berjaya semuanya!Riduan pula, akan masuk semester 4 dan akan teruskan pengajian pada bulan April nanti. Sekarang ini tengah extend dahulu. Mungkin perjalanannya sedikit lambat, tapi InsyAllah akan berjaya juga. Mungkin dirinya perlukan masa dan masih tercari-cari. Pak Su ada berjumpa dengan Mariah di asrama, kata Pak Su, Mariah cemerlang dalam pelajaran dan mungkin akan ke Matrikulasi, duduk di kelas 5 Sains 1. InsyAllah akan berjaya. Bangga dan gembira anakanda mendengarnya kerana zuriat ayahanda semuanya akan mengikut jejak cita-cita ayahanda yang tidak kesampaian itu. Ayahanda, maafkanlah anakanda atas segala salah dan silap, kekasaran bicara sepanjang ayahanda hidup dan segala salah silap yang lain.

Ayahanda,

Doakanlah anakanda selepas praktikal nanti, anakanda dapat peluang pekerjaan di UPSI untuk sementara. Biarlah apa kerja pun, anakanda ada matlamat ingin berada di persekitaran UPSI sebagai mood untuk anakanda. Sayang anakanda pada UPSI tempat bermulanya langkah mengejar cita-cita yang tinggi. Selepas itu, doakanlah anakanda untuk posting sekitar UPSI dan berdekatan mana-mana universiti juga kerana memudahkan anakanda untuk menyambung pengajian kelak sambil bekerja. Ayahanda, yuran untuk sambung master murah ayahanda. Jika ayahanda ada di bumi ini, pasti ayahanda dapat menyara dan akan menyuruh anakanda sambung terus kelak. Sedih juga ayahanda. Tidak mengapa, mungkin anakanda fikir untuk berdikari juga sambil bekerja. Ibunda pun bersetuju ayahanda. Mungkin inilah yang terbaik. Anakanda rancang untuk ambil mode B untuk master nanti. Mungkin seawal yang mungkin kerana anakanda ada target. Sebelum berusia 27, anakanda ingin grad untuk Ijazah Sarjana dan meneruskan peringkat seterusnya. Ayahanda, anakanda akan berusaha. Anakanda berjanji. Malah, doakan kesihatan anakanda dari jauh ayahanda. Sekarang ini, anakanda terseliuh kaki dan telah baik namun bukan sepenuhnya. Walaupun sudah dekat sebulan, tapi kaki masih terasa sengal dan sakit juga kadang-kadang terhenjut tiba-tiba juga ketika berjalan. Ibunda tidak tahu, anakanda tidak beritahu. Masa anakanda telefon ibunda beberapa hari lepas, ibunda menyatakan rasa tidak sedap hati termasuk adinda Azidi. Ketika itu barulah anakanda beritahu. Ibunda katanya risau dan menyuruh cepat-cepat pergi mengurut. Tidak mengapa ayahanda, anakanda pandailah ikhtiar sendiri. Anakanda tidak pulang, mencari rezeki, pengalaman untuk diri agar dipermudahkan perjalanan seterusnya.

Ayahanda,

Sayangnya anakanda pada ayahanda tidak dapat digambarkan. Baru kini anakanda menyatakan ketika ayahanda telah tiada. Anakanda masih ingat ayahanda menangis dan sambil berkata " Aku ni..sayang semua anak-anak aku" ketika itu ayahanda bermonolog dan teringat juga ayahanda katakan kepada kami "Papa saye sumo.. anok-anok... papa". Sebak ayahanda apabila ingat kata-kata ayahanda. Anakanda tahu, cita-cita ayahanda untuk mendapat pelajaran tinggi hingga doctorate tidak tercapai, InsyAllah anakanda akan sambung kerana itu juga keinginan anakanda dan menjadi semangat untuk anakanda. Ayahanda, doakan kami adik-beradik berjaya dalam hidup dan berbakti serta berada dalam agama yang baik, Islam ini. Ayahanda pernah menangis ketika kali pertama anakanda berjaya dalam UPSR. Ketika itu air mata ayahanda menitis. Kemudian, anakanda pernah nyatakan pada Ma juga, anakanda ingin pergi lihat anakanda grad di UPSI.Namun,kini hanya tinggal kenangan.

Ayahanda,

Doakanlah juga anakanda ditemukan dengan insan yang benar-benar ikhlas pada diri anakanda. Berbicara tentang jodoh ini adalah perkara yang pasti kerana masa itu akan tiba. Cuma, anakanda berharap anakanda akan berjaya dalam berkerjaya dan juga rumah tangga. Temukanlah anakanda dengan insan yang boleh menjadikan dan mendidik diri anakanda menjadi isteri yang solehah. Temukanlah anakanda dengan seorang yang berada pada agama Allah, berpelajaran dan memahami anakanda, baik pada mata anakanda, seorang yang boleh mendidik anakanda, mampu menegur salah dan silap anakanda dan saling menghargai. Sekurang-kurangnya boleh menjadi imam untuk anakanda. Anakanda masih jahil dan kekurangan ilmu agama. Akibat kelemahan diri, anakanda juga sering terbabas. Masih ingat lagi ayahanda, anakanda ini, mahu bercakap dengan lelaki pun segan ketika ayahanda ada. Anakanda malu tahap kritikal ketika ayahanda tanya pasal bercinta dan semua yang berkaitan dengan lelaki. Kini, tidak lagi mungkin kerana sudah dewasa dan pergaulan anakanda dengan rakan-rakan mendewasakan anakanda. Namun, anakanda masih punyai batas-batas kerana anakanda ingin mencapai iman yang baik di sisi Allah SWT. Semoga Allah SWT temukan anakanda dengan jodoh yang baik. Ayahanda, anakanda teringin pakai tudung labuh seperti ini kembali. Anakanda berharap, anakanda cekal iman untuk bermuhasabah, mencari ilmu Allah dan diperkukuhkan iman. Rindunya ayahanda anakanda ingin bertudung sebegini.Doakanlah anakanda oh ayahanda..Semoga dipertemukan dengan insan yang boleh membimbing diri anakanda pada jalan Allah.Ameen.



Ayahanda,

Semoga ayahanda tenang di sana. Ayahanda Mohd Basri bin Othman (binti Mariam, di alam kubur, barzakh), dikurniakan ketenangan dan kehidupan yang bercahaya di sisi Allah SWT.Anakanda doakan juga ayahanda adalah insan terpilih kerana sikap dermawan ayahanda yang tinggi ketika sepanjang kehidupan ayahanda. Anakanda juga doakan ayahanda berada di syurga yang akan kita bertemu kelak. Ameenn...!Hanya pada Allah kita kembali. Justify Full

Friday 11 December 2009

Doakan Saya

Assalamualaikum

Kesempatan masa yang ada ini, doakan saya untuk memulakan bisnes kecil-kecilan ini dengan rezeki yang berkat. Saya perlu hargai masa saya dengan melaksanakan bisnes secara kecil-kecilan.

Education+ writing+beauty+travel+business = Synonim with Myself

Saya ingin menjadi manusia yang berjaya dan berjasa kerana banyak yang telah diharungi cabaran dan kesukaran hidup, maka saya diciptakan sebagai manusia yang perlu survival untuk hidup. Hidup ini hanya sekali, masa tidak akan kembali dan kita akan mati. Maka pinjaman masa oleh Allah ini akan saya berjuang dan semoga perjuangan saya itu diberi pahala oleh ALLAH SWT.

Sunday 6 December 2009

Meaning Picture

Assalamualaikum..

Tidak ada apa yang dapat dicoretkan..cuma gambar ini memberi makna..Saya menghargainya.