Friday 29 January 2010

Luahan

Assalamualaikum.

Sedih sebenarnya.

We shared too much and she advice myself to be patient for my internship. I told her too much what I felt and everything that was happened. I will continue for my driving licence on Sunday. She do support me to continue my study untill PHd. Love you mum. I will. I will make you and papa proud because have a daughter like me. InsyAllah.

YaAllah, Tuhan sekalian alam, Maha Berkuasa Atas Segalanya. Aku hambamu yang kerdil, terlalu banyak khilaf dan sering rebah. Aku hambaMu yang terlalu hina atas segala kejelikan yang sentiasa dilakukan. Aku berdoa pada Mu Tuhan, permudahkanlah diri ini mencapai hala tuju kehidupan, pandulah diri ini dalam mencapai ilmu Mu dan pupuklah diri ini mencintai ilmuMu. Bantulah aku untuk terus belajar dan memahami hakikat ilmu itu hak milik Engkau. Engkau berikanlah rezeki pada diri ini seadanya jika aku diciptakan sebagai manusia yang perlu berusaha keras untuk mencapai halatuju cita-cita dan menggapai ketertinggian dalam mencapai ilmuMu. Jauhkanlah aku daripada ilmu yang terpesong dan Engkau luruskanlah hatiku ini YaAllah. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Pengampun atas segala dosa kecil dan dosa besar. Aku memohon ampunkanlah dosaku,dosa kedua ibu bapaku,keluargaku, guru-guruku, dan tempatkanlah kami di syurgaMu.

Saturday 16 January 2010

Hari Rindu Sedunia

Assalamualaikum.

Adeii..dua tiga hari aku jadi angau. Hari rindu semua orang....Baru aku tahu apa makna rindu tu.. Rindu pada keluarga (arwah papa, mami,nenek, adik-adik), rindu pada sahabat-sahabat, cikgu-cikgu, senior-senior, junior-junior, pensyarah-pensyarah. Adoii..awat aku rindu semua orang neh??!!! Nak tahu sapa paling aku rindu?Tak da paling, semua orang aku rindu...sayang + rindu dan semualah. Rindu pada kenangan dan segalanya. Baru aku tahu makna rindu kan sekarang ni...Korang!!!!Korang tahu tak aku rindukan korang niiiii............. Huwaaaaaaaaaaaaa...

Esok pergi semula kat Kapar, Klang..

Hari rindu sedunia

Thursday 14 January 2010

Buang bapa sendiri, anak beri penjelasan



Ayah Pengacau

KANGAR: “Saya mengaku dia bapa kandung saya tapi kami tidak serasi hidup bersama kerana kehadirannya membawa masalah kepada rumah tangga saya.

“Lagipun, dia memang suka merempat dan hidup sebatang kara. Dulu pun dia duduk seorang diri di Langkawi,” kata lelaki yang mengaku meninggalkan bapanya di pondok bas berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad di sini, 7 Januari lalu.

Ketika dihubungi Harian Metro semalam, lelaki berusia 30-an itu tanpa rasa bersalah mendakwa bapanya, Abdul Rahman Talib, 57, memang suka merempat dan lebih gemar hidup sebatang kara.

“Saya mengaku mengajak dia tinggal ke rumah saya di Perlis selepas lama hidup seorang diri di Langkawi .

“Bagaimanapun, selepas dua minggu bersama, kehadirannya menimbulkan masalah kepada rumah tangga saya. Walaupun dia bapa kandung, pada masa sama saya juga perlu menjaga keharmonian keluarga termasuk isteri dan anak-anak,” katanya.

Menurutnya, bapa dan ibunya bercerai beberapa tahun lalu. Ibunya yang sudah berkahwin lain serta menetap bersama suami baru pula sering bertandang ke rumahnya di Beseri, dekat sini.

“Kekerapan ibu bertandang ke rumah mendorong saya meminta bapa mencari tempat lain untuk dia berteduh,” katanya yang berniaga secara kecil-kecilan di sini.

Ditanya kenapa dia tergamak meninggalkan bapanya yang uzur di tepi jalan, lelaki itu dengan selamba mendakwa memberi alasan bapanya tiada saudara-mara di Perlis kerana berasal dari Langkawi.

“Ketika membawanya dengan kereta, dia suruh saya berhenti dan menurunkannya sebaik terlihat pondok bas di tepi sekolah itu,” katanya. Harian Metro semalam melaporkan seorang warga emas yang baru selesai menjalani pembedahan jantung di Hospital Pulau Pinang terkejut apabila ditinggalkan anaknya bersama bungkusan pakaian di pondok bas terbabit.

Kejadian memilukan itu berlaku apabila Abdul Rahman yang baru dibenarkan keluar dari hospital menjejakkan kaki ke rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis memberi perlindungan kepada Abdul Rahman dengan menempatkannya di Rumah Orang Tua Batu Bertangkup, Chuping, dekat sini, kelmarin.

Beberapa pegawai JKM menemui Abdul Rahman di pondok bas berhampiran SK Datuk Wan Ahmad sebelum membawanya ke pusat perlindungan berkenaan, kira-kira jam 7 malam.

Timbalan Pengarah JKM negeri, Ku Chik Ku Mat Esa, ketika mengesahkan perkara itu, berkata Abdul Rahman mendapat keistimewaan memasuki rumah orang tua Batu Bertangkup kerana faktor kesihatan.

“Dia baru menjalani pembedahan jantung dan memerlukan penjagaan sempurna. Kehidupannya lebih terjamin menetap di sini yang dikhususkan untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas.

“Kami sedih membaca laporan Harian Metro semalam yang mendedahkan perbuatan tidak masuk akal dilakukan seorang anak terhadap bapa kandung sendiri.

“Sebaik mendapat maklumat, saya mengarahkan beberapa pegawai mencari dia sebelum menjumpainya di pondok bas berhampiran sekolah terbabit dan kini Abdul Rahman menetap bersama lapan penghuni lain di rumah perlindungan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, Abdul Rahman turut diberikan bantuan bulanan RM150 selain makan minum percuma disediakan JKM di situ.

Sementara, Abdul Rahman ketika ditemui di rumah orang tua itu bersyukur kerana mendapat perlindungan sewajarnya daripada JKM.

“Saya tak mahu memikirkan perbuatan dia (anak) lagi. Walaupun sedih, saya `menghormati’ perbuatannya membuang saya. Lagipun, mereka sekeluarga tak pernah menghubungi selepas membuang saya di pondok bas itu sejak seminggu lalu,” katanya. - www.hmetro.com.my

Aku cuma nak kata:

Kalau dilihat sekali imbas, ia nya adalah konflik keluarga yang tidak lah seteruk mana sangat. Si anak lelaki tersepit antara isteri, emak dan bapa.

Oleh kerana kita pun tak tahu duduk perkara sebenar nya, tidak boleh lah kita membuat andaian yang tepat tentang apa yang berlaku. Namun begitu, secara umum nya aku berpendapat bahawa keluarga ini yang terdiri dari emak, ayah dan anak lelaki nya memang dari awal lagi ada masaalah. Samaada mereka sedar atau tidak, itu terpulang lah, tapi rasa nya mereka tak sedar dan tidak cuba memulihkan keadaan. Bila si anak berkahwin, maka bertambah tambah lah masaalah.

1. Masaalah dengan ibu dan bapa.
2. Masaalah dengan isteri disebabkan ibu bapa.

Itu belum lagi campur dengan masaalah anak anak dan masaalah ekonomi keluarga. Namun begitu sebagai anak, menyampah macam mana pun, jaga dan hormati lah mereka bila mereka sudah tua. Entah lah aku pun tak tahu nasib aku. Aku pun nak masuk 50 dah ni....

Wallahualam!!!!

Sampai hati anak buang bapa sendiri



KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.

Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.

Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.


BUKTI...Abdul Rahman menunjukkan surat pembedahan jantung yang dikeluarkan Hospital Pulau Pinang.

“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.

Mengulas kejadian itu, Abdul Rahman, bekas nelayan dari Kampung Belat Batu, Kuala Perlis berkata, dia sebelum ini menetap seorang diri di Pulau Langkawi selepas berpisah dengan bekas isterinya, Halijah Othman, iaitu ibu kepada anak lelakinya itu.

“Saya bekerja sebagai pembantu kedai makan di pekan Pokok Asam, Langkawi selama lima tahun, tapi anak saya ini minta saya pulang ke rumah menetap dan bekerja bersamanya.

“Lagipun, rumah berkenaan dibeli menerusi duit pampasan rumah yang dibina hasil titik peluh saya sendiri ketika menjadi nelayan satu ketika dulu. Rumah lama kami diambil kerajaan bagi pembinaan landasan kereta api,” katanya.

Abdul Rahman berkata, sebelum ini dia menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi, tetapi bantuan terbabit dihentikan selepas dia mengambil keputusan pulang dan menetap bersama anaknya sejak sebulan lalu.

Katanya, selepas menetap di situ, anak dan menantunya mula menunjukkan sikap dingin, malah dia terpaksa pergi seorang diri ke HPP untuk menjalani pembedahan jantung selepas pengsan di stesen bas di sini.

“Ketika bertarung dengan maut di HPP selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan mereka mungkin sibuk dengan perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.

“Saya terkejut dan hampir tak percaya apabila anak saya itu minta saya keluar apabila pulang ke rumahnya,” katanya.

Abdul Rahman mempunyai seorang lagi anak perempuan yang sudah berkahwin dan kini menetap di Langkawi.

Difahamkan, kakitangan JKM Perlis datang mengambil warga emas itu di pondok bas berkenaan kira-kira jam 7 malam tadi dan dibawa Rumah Kebajikan Batu Bertangkup di Beseri dekat sini. - http://www.hmetro.com.my

Aku cuma nak kata:

Zaman ini nampak nya masaalah masyarakat yang membabitkan institusi keluarga sudah semakin kronik. Kalau sebelum ini, anak yang tidak diundang kelahiran nya dibuang dimerata rata tapi kini anak pulak buang bapa nya sendiri. Sampai hati si anak ye!!.

Kalau mengikut dari apa yang dilapor oleh akhbar seperti diatas, memang lah seorang anak lelaki tidak sepatut nya berbuat demikian terhadap orang tua nya. Sayang kan bini punya pasal, sanggup jadi seorang dayus. Anak lelaki patut ingat bahawa tanggungjawab dia kepada kedua orang tua tidak putus apabila dia sudah beristeri. Kecuali anak perempuan, apabila berkahwin saja, tanggungjawab bapa diambil alih oleh suami anak perempuan tersebut.


Bila baca saja artikel berkenaan aku terus teringat 1 kisah masa aku berusia dalam 12 atau 13 tahun (tahun 70an). Dikampung, aku selalu melihat seorang tua (usia 40-50an) dengan keadaan tidak terurus menjadikan balairaya sebagai tempat rehat dan tidur nya. Aku lihat orang tua ini tidak seperti orang gila dan aku yakin dia normal.


Satu hari aku tanya arwah ayah aku, siapa dan mengapa orang tua itu jadi begitu. Ayah aku kata orang tua itu mempunyai isteri dan anak anak yang berjaya. Anak anak nya tidak memperdulikan nya kerana masa muda dia adalah seorang ayah yang tidak langsung bertanggungjawab. Seorang kaki judi dan kaki mabuk. Masa tu di kampung aku ada 1 kedai cina yang jual arak dan juga tempat orang main mahjong @ bacuk. Yang 'best' nya, kaki mahjong majoriti orang melayu. Orang cina duduk tepi jadi penonton. Kalau tak cukup kaki baru lah orang cina ni 'joint'. Kedai tu pulak dekat dengan masjid. Rasa nya semua orang tahu bagaimana perangai kaki judi dan kaki mabuk. Anak anak dan isteri dia selalu makan penampar dan sepak terajang, apatah lagi bila kalah judi dan sedang mabuk. Isteri nya lah yang terpaksa menyara anak anak dengan menyemat atap. Cuba kita ada lah anak orang tua itu, apa kah yang akan kita laku kan ?. Memang betul, busuk busuk pun bapak kita jugak, tetapi kita tak kena, boleh lah cakap...

Walau bagaimana pun aku harap pakcik yang dalam cerita akhbar diatas tidak lah seperti orang tua yang diceritakan oleh arwah bapa aku.


Kepada anak lelaki yang buang bapa nya ini dan kalau dia terbaca blog aku atau kawan dia ke, tolong bagitahu dia bahawa aku kata dia seorang anak yang paling bodoh dalam dalam dunia kerana:


1.
Anda hanya akan tahu betapa bernilai dan berharga nya seorang ayah atau emak apabila anda telah kehilangan mereka.


2.
Kalau dah isteri menyampah kerana kerenah ayah anda yang sakit, bagaimana pula kalau anda sendiri sakit ?. Tidak kah isteri anda juga akan menyampah jaga anda?. Mungkin kalau anda kaya macam Datuk K, isteri anda tak menyampah lah, malah senyum sumbing kot mintak anda lekas mati supaya dia jadi janda kaya.


3.
Isteri anda bukan lah seorang isteri yang baik (kalau mengikut dari cerita akhbar diatas). Satu hari nanti isteri anda akan menyusahkan anda dan anda akan menyesal tak sudah.


4.
Ayah dan emak tidak ada pengganti. Walau macam mana mereka menyusahkan anda masa mereka dah tua dan sakit, anda diam saja lah.


Sekian coretan aku....Wallahualam!!!!


P/S:

Artikel di atas peringatan dan pengajaran untuk diriku sendiri. Sanggup mereka buang bapa sendiri.

Aku teringat kat arwah papa aku....Papa..............papa.......... = (

Tie ingat ko papa.... Papa!!!!!

Adakalanya kita merindui ayah kita, kita tak mampu nak ucapkan macam mana.... hanya linangan air mata sahaja...yang mengalir....menangis teresak-esak dan tersedu-sedu seorang diri, apabila ada yang ternampak mata merah, hanya jawapan tidak ada apa-apa...