Wednesday 19 August 2009

Pertemuan Kali Ke -3

Assalamualaikum.

Demam sudah hampir kebah. Semalam birthday Sa. Kenapa terlalu excited semalam. Begitu konfius. Budak rumah juga hairan. Demam tapi meriah semacam. Kami sambut sederhana tapi memang vouge. Lawak pun ada. Aku sempat rakam gelagat kami. Owh baru perasan. Rupanya aku suka gelak. Oh, tidak. Terkekek-kekek aku gelak. Begitu rupanya. Tidur dan tidur. Kelas katanya tidak ada hari Rabu. Apa lagi. Betul atau tidak kelas batal aku tidak pasti. Jadi, housemate aku pun tidak pergi juga. Maknaya tidak ke kelas satu rumah.

Pagi bangun sembahyang subuh. Jam dekat 6.45 pagi. Sudah seperti jam 7.30 pagi jer aku tengok. Owh, masih awal. Selesai sahaja, aku sambung tidur. Bangun sahaja jam sudah dekat pukul 1. Mak aih..penangan ubat selesema yang ditelan begitu kuat. Aku mesej Kak Suraya yang kerja di kedai cermin mata.

"Salam, kak, kalau saya masuk kerja pukul 2 boleh tak?" Sebabnya aku mahu bersiap-siap mungkin lambat sedikit menunggu bas.

"Wasalam, Afiti, hari ni giliran orang lain kerja, Afiti kerja esok. "

Alamak, terlupa pulak, aku tidak kerja hari ini. Jadi, aku rasa ingin ke kampus. Mahu ke libry. Selesai solat Zohor, aku turun menunggu bas. Tidak ada pulak. Alamak!Baru teringat. Kebetulan. Rupanya hari ini aku ada meeting. Patutlah rasa ingin ke kampus jer. Aku cuba menyemak dari inbox. Meeting Rakan Exco Akademik untuk program Eksplorasi Buku. Aku dipertanggungjawabkan untuk mengacarakan majlis seketika sebelum diserahkan kepada moderator. Kami berbincang beberapa agenda lagi. Tiba-tiba sebelum selesai meeting di bilik mesyuarat Pusat Islam, terpapar panggilan daripada Dr.Alya. Meminta izin seketika.

Owh, beliau di UPSI berjumpa Dr. Jazimin. Kebetulan pula, hari ini aku free. Memang selalu kebetulan jer bila Dr.Alya datang ke UPSI. Sudah lah free. Bila aku terlalu free aku jadi sangat risau pula. Kebetulan juga aku mahu ke fakulti untuk berjumpa Dr.Fauziah mengambil pengesahan modul aku. Terjumpa Zeti dia ingin menghantar tugasan Subjek Kanak-kanak. Cuba menghubungi Dr.Alya kembali. Tidak dapat pula. Harap dapatlah berjumpa. Lalu bilik Puan Naza, kebetulan beliau pula ada. Kelibatnya tidak ada, tapi bagi salam ada pula yang menjawabnya. Aku pun masuklah, dia pula tanya kenal atau tidak pelajar semester lima yang nama sekian..sekian...Aku cuba dapatkan nombor pelajar itu atas urusan penghantaran tugasan. Selepas itu, rancak pula bersembang-sembang. Seronok pula. Katanya ada kelas jam 5. Aku pula mencelah, kebetulan Dr.Alya datang. Aku cakap sahajalah, seeloknya golongan sealiran tenaga ini berjumpa. Balasnya, You are very good...kembang kempis hidung aku..tapi itulah beliau yang sentiasa menghargai pelajar-pelajar. Alhamdulillah. Beliau ada menyatakan hasratnya, jadi akulah yang akan bantu beliau untuk menjadi tukang tulisnya kelak. Biarlah rahsia tentang itu. Rancak pula berbincang tentang perkara yang dipelajari dalam kelas hinggalah pengalaman beliau yang lain.

Baik dengan pensyarah ini bukan tujuan membodek, cuma yang pasti bodek itu bukan diriku!Pastinya aku ingin belajar daripada mereka dan sememangnya aku suka mendengar dan berkongsi. Kadangkala bukan semua orang faham apa yang ingin kita maksudkan kerana ada manusia ini mempunyai peringkat pemahaman masing-masing. Perbincangan yang tidak dirancang dengan Puan Nazariah itu, alhamdulillah memberi makna kepadaku sebagai pelajar yang suka mencari. Aku pun tidak tahu kenapa aku terlalu rileks. Itulah yang aku nyatakan kepada Puan Naza. Bagiku kerja yang ada tidaklah berat sangat. Cuma terasa sangat rileks....YaALLAH...semoga rasa tenang ini tenang yang bermakna. Puan Naza berlalu ke kelas, aku pula melangkah ke library. Begitu hendaknya. Harapan dalam hati, semoga Dr.Alya dan Puan Naza dapat berjumpa kelak. Bagiku mereka mempunyai persamaan. Mungkin Dr.Alya akan seperti Puan Naza juga kelak.

Alhamdulillah, Puan Naza dan Dr.Alya berjumpa sudah. Di dewan kuliah K menyaksikan pertemuan ini. Muni ikut sekali, kerana berjumpa Dr. Alya di perpustakaan kebetulan singgah untuk mengambilku seperti yang dijanjikan di sana. Owh, husbandnya datang bersama, En.Adib.

Semoga apa yang berlaku pada hari ini membawa kepada titik permulaan untuk kami kelak. InsyAllah. Semoga pertemuan dan perhimpunan pada hari ini bukan perhimpunan biasa tetapi perhimpunan yang bermakna. InsyAllah! Sudah 3 kali aku bertemu beliau. Mungkin bertemu kembali kelak. Rencana kehidupanku ini bukan aku yang tentukan, cuma aku adalah orang yang terlibat dalam rencana Tuhan itu berdasarkan tindakan dan diriku yang dilahirkan di bumi ini. Syukur!


2 comments:

ABDUL LATIP said...

Assalamualaikum
Macam mana dengan gambar2 majlis explorasi salahudin?. Kalau dapat hantar ke emel saya

latip2005@tahoo.com

AFITI said...

wsalam..TERIma kasih Pak Latip sudi ke blog sy...insyaallah sy cuba hantar..