Wednesday 19 August 2009

Pertemuan Kali Ke -3

Assalamualaikum.

Demam sudah hampir kebah. Semalam birthday Sa. Kenapa terlalu excited semalam. Begitu konfius. Budak rumah juga hairan. Demam tapi meriah semacam. Kami sambut sederhana tapi memang vouge. Lawak pun ada. Aku sempat rakam gelagat kami. Owh baru perasan. Rupanya aku suka gelak. Oh, tidak. Terkekek-kekek aku gelak. Begitu rupanya. Tidur dan tidur. Kelas katanya tidak ada hari Rabu. Apa lagi. Betul atau tidak kelas batal aku tidak pasti. Jadi, housemate aku pun tidak pergi juga. Maknaya tidak ke kelas satu rumah.

Pagi bangun sembahyang subuh. Jam dekat 6.45 pagi. Sudah seperti jam 7.30 pagi jer aku tengok. Owh, masih awal. Selesai sahaja, aku sambung tidur. Bangun sahaja jam sudah dekat pukul 1. Mak aih..penangan ubat selesema yang ditelan begitu kuat. Aku mesej Kak Suraya yang kerja di kedai cermin mata.

"Salam, kak, kalau saya masuk kerja pukul 2 boleh tak?" Sebabnya aku mahu bersiap-siap mungkin lambat sedikit menunggu bas.

"Wasalam, Afiti, hari ni giliran orang lain kerja, Afiti kerja esok. "

Alamak, terlupa pulak, aku tidak kerja hari ini. Jadi, aku rasa ingin ke kampus. Mahu ke libry. Selesai solat Zohor, aku turun menunggu bas. Tidak ada pulak. Alamak!Baru teringat. Kebetulan. Rupanya hari ini aku ada meeting. Patutlah rasa ingin ke kampus jer. Aku cuba menyemak dari inbox. Meeting Rakan Exco Akademik untuk program Eksplorasi Buku. Aku dipertanggungjawabkan untuk mengacarakan majlis seketika sebelum diserahkan kepada moderator. Kami berbincang beberapa agenda lagi. Tiba-tiba sebelum selesai meeting di bilik mesyuarat Pusat Islam, terpapar panggilan daripada Dr.Alya. Meminta izin seketika.

Owh, beliau di UPSI berjumpa Dr. Jazimin. Kebetulan pula, hari ini aku free. Memang selalu kebetulan jer bila Dr.Alya datang ke UPSI. Sudah lah free. Bila aku terlalu free aku jadi sangat risau pula. Kebetulan juga aku mahu ke fakulti untuk berjumpa Dr.Fauziah mengambil pengesahan modul aku. Terjumpa Zeti dia ingin menghantar tugasan Subjek Kanak-kanak. Cuba menghubungi Dr.Alya kembali. Tidak dapat pula. Harap dapatlah berjumpa. Lalu bilik Puan Naza, kebetulan beliau pula ada. Kelibatnya tidak ada, tapi bagi salam ada pula yang menjawabnya. Aku pun masuklah, dia pula tanya kenal atau tidak pelajar semester lima yang nama sekian..sekian...Aku cuba dapatkan nombor pelajar itu atas urusan penghantaran tugasan. Selepas itu, rancak pula bersembang-sembang. Seronok pula. Katanya ada kelas jam 5. Aku pula mencelah, kebetulan Dr.Alya datang. Aku cakap sahajalah, seeloknya golongan sealiran tenaga ini berjumpa. Balasnya, You are very good...kembang kempis hidung aku..tapi itulah beliau yang sentiasa menghargai pelajar-pelajar. Alhamdulillah. Beliau ada menyatakan hasratnya, jadi akulah yang akan bantu beliau untuk menjadi tukang tulisnya kelak. Biarlah rahsia tentang itu. Rancak pula berbincang tentang perkara yang dipelajari dalam kelas hinggalah pengalaman beliau yang lain.

Baik dengan pensyarah ini bukan tujuan membodek, cuma yang pasti bodek itu bukan diriku!Pastinya aku ingin belajar daripada mereka dan sememangnya aku suka mendengar dan berkongsi. Kadangkala bukan semua orang faham apa yang ingin kita maksudkan kerana ada manusia ini mempunyai peringkat pemahaman masing-masing. Perbincangan yang tidak dirancang dengan Puan Nazariah itu, alhamdulillah memberi makna kepadaku sebagai pelajar yang suka mencari. Aku pun tidak tahu kenapa aku terlalu rileks. Itulah yang aku nyatakan kepada Puan Naza. Bagiku kerja yang ada tidaklah berat sangat. Cuma terasa sangat rileks....YaALLAH...semoga rasa tenang ini tenang yang bermakna. Puan Naza berlalu ke kelas, aku pula melangkah ke library. Begitu hendaknya. Harapan dalam hati, semoga Dr.Alya dan Puan Naza dapat berjumpa kelak. Bagiku mereka mempunyai persamaan. Mungkin Dr.Alya akan seperti Puan Naza juga kelak.

Alhamdulillah, Puan Naza dan Dr.Alya berjumpa sudah. Di dewan kuliah K menyaksikan pertemuan ini. Muni ikut sekali, kerana berjumpa Dr. Alya di perpustakaan kebetulan singgah untuk mengambilku seperti yang dijanjikan di sana. Owh, husbandnya datang bersama, En.Adib.

Semoga apa yang berlaku pada hari ini membawa kepada titik permulaan untuk kami kelak. InsyAllah. Semoga pertemuan dan perhimpunan pada hari ini bukan perhimpunan biasa tetapi perhimpunan yang bermakna. InsyAllah! Sudah 3 kali aku bertemu beliau. Mungkin bertemu kembali kelak. Rencana kehidupanku ini bukan aku yang tentukan, cuma aku adalah orang yang terlibat dalam rencana Tuhan itu berdasarkan tindakan dan diriku yang dilahirkan di bumi ini. Syukur!


Sunday 16 August 2009

Ke rumah En.Adib dan Dr.Alya

Assalamualaikum.

Tanggal 15/07/09, Sabtu, aku telah ke Banting. Aku pun tidak jangka sebenarnya aku akan ke sana. Tidak lah dirancang, tetapi semuanya kerana gerak hati untuk pergi. Konfius untuk pergi juga sebenarnya. Memang perangai aku buat keputusan on the spot dan angkat kaki, jalan. Tiket beli pada hari kejadian juga. Sebelum itu, sembang dengan Najwa. Dia yang bertanya aku pergi ke tidak. Ketika itu rasa dalam hati untuk pergi. Ketika buat keputusan untuk pergi, mulalah hubungi K.Azwati, dan beritahu Dr.Alya. Dengan izin Allah, aku hubungi K.Azwati, dan berjanji dengan beliau untuk pergi bersama-sama. Itu pun aku tidak tahu nama sebenar beliau. Yang aku tahu ialah Arteeza melalui YM dan blog. Orangnya cantik, tau! Aku mengajak housmate aku, Aida. Aku pernah bercerita kepadanya aku mengenali Dr.Alya. Jadi, dia pun ikut aku, mahu melihat juga, siapa Dr.Alya yang aku maksudkan itu.

Dari Tanjong Malim (10.30 pagi) ke Pudu menaiki bas dan ke Kelana Jaya dengan menaiki LRT. Sebelum itu, aku ke kedai dahulu bungkus hadiah untuk biras Dr.Alya. Sebenarnya, ke rumah beliau atas undangan adik ipar beliau berkahwin dan ada majlis. Asalnya, aku juga mahu bertemu mata dengan arwah bapa mertua beliau jika ada kesempatan, selepas Dr.Alya memberikan kad jemputan. Itupun jika aku berkesempatan pergi. Itu niat aku. Namun, tidak sempat, cuma dapat melihat dalam gambar arwah sahaja yang ditunjuk oleh Dr.Alya. Semoga arwah berada dalam ketenangan di sana. Ameenn...!!!

Berbalik pula pada kisah ke sana, sebenarnya rancang untuk tidur di sana. Namun, dalam keadaan seperti itu, aku rasa tidak elok pula kerana tuan rumah ada kematian. Tambah pula, rakan yang aku ajak, Aida ada peperiksaan. Sebab itulah mengambil keputusan untuk balik sahaja. Apapun, gembira juga pergi ke sana. Jauh juga rasanya perjalanan. Kak Sham memang pembaca peta yang bagus. Hehe. K.Azwati pula memang pemandu yang mengikut gerak hati. Hihiii...K.Azwati cakap, dia macam dah lama kenal aku. Kahkah..Mungkin sama-sama suka bercakap.Hohoho...Bagus juga, dunia blogging dan YM, aku dapat jumpa mereka. Alhamdulillah. Kenal bukan sebarang kenal. Orang hebat-hebat pula tu..tambah aku paling muda..Paling muda pun dah macam tua dari mereka pulak dah..badan aku ni...hehehe...Tidak mengapa, body datin katakan..kahkah...Aku boleh kenal kampung orang dan lihat keluarga Dr.Alya secara real. Apa yang aku suka, struktur binaan rumah orang di sana. Ada buat homestay lagi tu..Rumah tangga tinggi, aku suka tengok walaupun sebenarnya, aku takut tangga. Huhuhu..Rumahnya seperti rumah orang Perak juga. Kiranya dari Tanjong Malim sampai ke Kampung Endah.

Paling yang aku respek, ketika berborak dengan Kak Azwati, dia ada ceritakan pada aku, dia ada rakan, masa SPM dapat pangkat 2 sahaja, sekarang tengah buat Phd. Aku pula membalas dengan cerita seorang Profesor di UPSI. Profesor itu pernah menceritakan ketika aku mengikuti bengkel sambung pengajian untuk peringkat Master dan Phd. Profesor itu bukanlah pandai, tetapi dia kuat berusaha. Itulah katanya. Masa SPM dia tidak lulus Bahasa Inggeris dan mengambil STPM sebanyak 3 kali. Itulah yang jadi semangat pada aku. Orang-orang yang berjaya dan pernah berjaya masing-masing ada cabarannya. Cuma, orang tidak mengetahui siapa kita dan betapa susahnya usaha kita untuk menaiki tangga yang penuh cabaran itu. Kebanyakan orang yang aku lihat dan perhati sepanjang aku mengenali mereka yang berjaya itu, mereka itu menceritakan betapa sukarnya perjalanan hidup untuk menemui kejayaan. Sebab itulah aku mendekati mereka. Orang yang mahu berjaya akan dekati orang-orang yang berjaya sebagai sumber inspirasi. InsyaALLAH, semoga aku dapat mencapai cita-citaku kelak.

Mengenali Dr.Alya pula, beliau seorang yang sangat sederhana. Relax jer orangnya. Kiranya boleh masuk kalau bercakap. Dia buli pasal berat badan aku pun, aku layan jer..kehkehkeh..Pastinya, yang aku perhati, dia suka makan tapi badan kecik macam K.Azwati pun suka makan..Kelebihan mereka, walaupun suka makan, mereka maintain.Aku pulak, lain...Takper..one day,..aku kerja aku amik Jus Mate tu...kehkeh...Paling mengembirakan aku, aku ucapkan terima kasih pada kuasa mereka menemukan kami. Aku dapat rasa, walaupun baru kenal mereka, tapi seolah-olah sudah lama mengenali mereka. Mungkin sebab selalu YM dengan mereka terutamanya Dr.Alya. Beliau pernah marah aku..Ketika aku lalai, itu perkara biasa. Hihiii..sebab salah aku juga. Apapun terima kasih sangat-sangat. Aku berkawan dengan mereka yang lebih kakak daripada aku membuatkan aku lebih matang.

Masa aku sampai tu, aku ke khemah tempat air. Aku tanya, Kak Win ada..nak jumpa Kak Win..menggunakan nama gelaran itu. Tiba-tiba macam aku pernah tengok pula yang lelaki ni..owh, husband dia..jadi tanya lah dia..dan dia masuk ke dalam rumah mungkin beritahu Dr.Alya kot. Kami di jemput untuk duduk di ruang tamu itu. Lepas itu, husband dia tanya aku, ni..Afiti ker...aku cakap jer ya...yang lain..pula, dia cakap tak pernah nampak..huhuhu..Aku cakap sahajalah, Aida kawan aku..Ketika itu muncullah Dr.Alya.

Lepas itu, dia ajak makan. Aku cuba rasa sikit tempei yang dicampur hati ayam. Sedap pulak. Sebenarnya aku tidak makan tempei. Huhu. Tapi, tempei yang kering itu aku tidak suka. Mungkin yang ini fresh lagi kot. Sebab itu sedap tu...Lepas makan-makan, kami sembang-sambang kejap dan aku minta izin, sebab aku tidak sembahyang Zohor lagi. Dalam bilik sempat jumpa ibu saudara Dr.Alya. Aku lupa nama nenek itu. Selepas itu sempat kenal dengan ibu mertuanya.

Boleh tengok suasana kampung. Sempat lagi, aku curi tengok mempelam depan rumah Dr.Alya..Aku bisikkan pada K.Azwati, Ada pokok mempelam umah mereka..sedap ni..hehe..Berborak agak lama jugalah..bertanya khabar itu dan ini...dan sembang-sembang...apa yang disembangkan aku pun lupa. Aku rasa tidak kekok dengan mereka, mungkin kerana blog dan YM yang membantu. Sebab itu tidak ada rasa gementar jumpa Dr.Alya. Aku bangga dengan dia..Ilmu banyak, tapi sederhana. Aku rasa dia seorang pengurus yang baik, kerana aku lihat dalam file yang ditunjukkan oleh beliau. Cara guru di sana menguruskan pelajar-pelajar berdasarkan rekod Syahmie dan Zahin. Patutnya, guru-guru di sini sedemikian juga. Perkembangan pelajar diceritakan secara perinci. Benar, di sana lebih mementingkan perkembangan, di sini peperiksaan.

Lepas turun LRT

Aku dengan Aida

Tunggu K.Azwati

Peace..bila lah agaknya nak sampai niiii...

Banyak homestay di kawasan ni..


Akhirnya, dapat juga jumpa Syahmie ni...Comey sangat rupa orangnya..Tengok dalam gambar macam budak besar, tengok blog dia menulis, macam budak udah besar juga..tapi tengok kat luar, rupa-rupanya kecik lagi budak ni....hurmm..perjalanannya masih jauh kerana usianya sangat muda...dan terlalu muda...Semoga berjaya dik!!!


Zahin dan Syahmie..Masa aku bagi hadiah kat mereka, mereka tanya apa kat dalam tu..aku pun cakap buku. Pastu, tanya lagi, buku english ke B.M...Aku bagi buku B.M..buku itu aku beli di pesta konvo..balik tengok, edition lama..Ish..ish..tidak apalah, yang penting, isi dalamnya..aku rasa patut bagi buku B.M..buku english tu..tak payah cakaplah, mesti berlambak di rumah mereka. Jadi, bagi buku dalam B.M..Mereka cakap tak pandai nak baca buku B.M...Aku cakap, nanti ibu Syahmie dengan Zahin ajarlah...hehhehe...

Inspirasi untuk kurus..hehehehe

Sudah 4 kali Dr.Alya angkut air untuk kami ni

Merewang
Kami

Sambil sembang sambil ajak makan kali kedua

Dengan big boss yang nak pergi kubur arwah abahnya.

Bila beliau balik lagi, aku nak ajak Dr.Alya ke Thailand pula. Mungkin ketika itu aku sudah berkerjaya, senang sikit nak bergerak. InsyaAllah. Semoga pulang ke UK dengan selamatnya. Apapun, dapat berjumpa dengan Dr.Alya sememangnya amat bermakna. Terima kasih kerana banyak membantu diri ini. InsyaaALLAh aku akan kenang jasanya. Amat perlu untuk kita menghargai insan-insan yang hadir dalam hidup kita. Pertemuan dan mengapa pertemuan itu terjadi, semuanya Allah lebih mengetahui dan telah Tuhan aturkan sejak dari awal lagi dan Dia jugalah mengetahui sebab musababnya. Maka, aku perlu hargai apa yang telah dipertemukan dan ditemui dan diberikan.

Thursday 13 August 2009

Jalan Hilang Tekanan

Alhamdulillah.

Dalam keadaan jiwa yang tertekan, hambar dan kosong atas yang berlaku walaupun diri cuba bertenang, diri ini mengambil keputusan untuk keluar bersiar-siar. Semalam saya dan Muslim Aida berjalan-jalan mengambil angin di luar. Sengaja keluar untuk release kan fikiran selepas waktu maghrib. Singgah di restoran Shahira. Sudah beberapa hari tidak memasak nasi di rumah. Tidak ada selera. Makan makanan ringan-ringan sahaja.

Aida memesan nasi goreng daging merah. Akibat pelayan tersalah dengar, tiba pula nasi putih dan daging merah. Tidak mengapa, makan ajer...Saya pula, hari-hari dengan kuewtiaw celup. Makan dan makan. Muka pun macam tauke mee celup dah..hehe..Sekadar memenuhkan ruangan dalam perut sebenarnya. Kurang kawW sikit kuewtiaw hari ini. Biasanya sedap. Minta kicap masin dari pelayan. Ok lah sikit. Setelah membayar wang di kaunter, ambil keputusan ke kampus pula. Sengaja ke sana. Menikmati keindahan malam. Lega. Saya dan Aida ada persamaan. Jika tension, keluar. Aku suka suasana malam, kerana tenang, lega dan kurangkan ketegangan. Kebetulan aku dan Aida ketika itu bad mood. Fokus permasalahan pula, lebih kurang sahaja aku dengan dia. Jadi, perkataan jom keluar itu sudah biasa jika ada masalah. Masing-masing sudah faham. Terlajak ke kampus, mengambil gambar di sekitar kampus. Di sana sedang berlangsungnya pesta konvokesyen dan slot pada malam itu Forum Perdana "Ramadhan"

Itulah tabiat saya, jika tertekan, saya suka mengambil gambar, melihat sesuatu yang tenang dan mengembirakan. Malah, keluar..keluar..keluar...cari ketenangan.Itulah intervensi yang aku pilih.

"Problems can be settled. If we are choosing to face the problems, so never turn back and try to settle down it. Intervention is alternative to release our tension. "

Giliran saya yang ambil gambar Muslim Aida

Haip..hehe

Kami

Barisan siswi mendengar Forum Perdana


Aida yang ambil gambar saya nieyh!
Restoran Shahira, makan kuew tiaw celup..hehee

Gambar barisan siswa berkumpul. Saya snap ketika berlangsungnya Forum Perdana di UPSI

Alhamdulillah. Justeru, hargailah hari semalam kerana hari semalam dapat menenangkan sedikit hati kami dan dapat melegakan hati masing-masing. Perlu dihargai juga kawan ni, kerana masing-masing dapat berkongsi masalah. Itulah gunanya kawan. Pembelajarannya, sikap menghormati manusia perlu dipupuk, kelak diri dihormati sebagai sesama manusia. Hormat kerana pangkat dan harta itu hormat yang menjelikkan, namun hormat sebagai manusia itu meninggikan darjat seseorang.

~Keep Smiling~

Wednesday 12 August 2009

Hargai Peluang dan Pengalaman

Alhamdulillah

Hari yang berharga dapat berjumpa seseorang. Dr.Alya dan Prof. Dr. Azhari. Kebetulan beliau pulang dari UK dan Prof.Dr. Azhari dari UPM iaitu bapa angkat Dr.Alya ke UPSI. InsyAllah, siapa sangka untuk berjumpa dengan mereka. Apatah lagi saya ini hanyalah pelajar biasa sahaja , taraf pendidikan, bachelor pun belum habis lagi. Terima kasih atas perkongsian yang bermakna dan aku banyak mendengar. Pengalaman itu yang penting. Tidak rugi mengenali ramai manusia. Kadang-kadang untuk mengenali mereka, semuanya perkara yang tidak dijangka. Inilah kurniaan yang perlu dihargai. Banyak kisah-kisah yang menemukan kami. Hanya simpan dalam diri, jadikan motivasi dan pembelajaran. Bak kata Prof. Dr. Azhari, "Many people do not want to learn and they can't learn ". Ramai orang takut silap, sebab itu tidak dapat belajar. Sebenarnya kesilapan akan jadi pelajaran. Lebih kurang macam itulah kata-katanya. Sungguh berfalsafah. Patutlah Dr. Alya pun berfalsafah juga. Beliau mengigatkan aku untuk menggunakan peluang dengan sebaik-baiknya.

Bagaimana jalan aku dapat kenali mereka? Cuma sebaris ayat sahaja dapat aku katakan. Hidup ini memerlukan kita menghormati orang dan ingin belajar daripada mereka., dengan rasa ingin belajar, kita akan mencari. Itu sahaja yang mampu aku nyatakan.

Dr.Alya mengigatkan aku supaya gunakan peluang sebaik-baiknya. Nombor diri pula, sudah diterangkan padaku dan kenapa aku berjumpa dengan mereka, KERANA INI IALAH AKU. Kaitan no.diri pula, aku ini manusia yang sibuk. Sibuk itu bermakna, aku ini hidup dengan perlu kuat berusaha. Aku tidak boleh merungut bahawa aku ini sibuk. Ya, patutlah, aku sendiri tidak suka apabila orang kata aku ini sibuk. Mungkin itu cara untuk aku tenang. Nombor diri itu mempunyai makna padaku di sebalik kelahiran diri ini. Semua ini pinjaman. Spiritual harus dijaga tambah pula nombor diri untuk tahun ini ialah no.1. Bagaimana ingin mengetahui apa yang perlu dilakukan, ialah di sebalik nombor tersebut yang membantu untuk diri ini menjaga fokus. Perkara yang perlu dilakukan ialah, teruskan seperti yang dibincangkan bersama. InsyAllah. Semoga tercapai hendaknya. Baiklah. Tidak perlu diceritakan semua. Walau bagaimanapun, saya akan kenang jasa mereka hingga ke akhirnya.

Haha..gemuk nya aku..Haaih!Dr.Azhari cakap, badan besar tak kena layang kat angin.Muahaha.

Afiti dengan Dr.Alya... Dr.Afiti?Berangan macam mat jenin jew..hehe..Masa panjang lagi nak sampai ke arah itu. Perlu kuat usaha lagi. Usaha bukan bermakna pelajaran sahaja. Banyak perkara lagi. Biarlah, hanya diri ini yang tahu apa perkara yang patut diusahakan.

Ketika di rumah En.Aziz

Bersama mereka. Lepas makan. Orang hulur makan, aku tak pernah tolak makanan. Ngeh-ngeh..(En.Aziz, isteri beliau (Hajjah Salwa, Saya, Prof.Dr.Azhari, Wawa - anak bongsu Encik Aziz)

Dr.Ahmad Jazimin, Prof. Dr.Azhari, Dr.Alya, En.Aziz. Dunia blogging menemukan kami. Hargainya, kerana ketentuan Tuhan. Mereka sealiran.

Mereka ini banyak mendidik. Sukar mencari pensyarah yang hanya mengajar semata-mata. Namun, saya harus ingat, walaupun mengenali mereka, saya perlu berusaha kuat bukan bergantung harap pada peluang yang ada sahaja kerana saya diciptakan untuk berdikari juga dan berusaha kuat demi mencapai no.6 dan 9. Mencari seberapa yang mampu. Oh Tuhan, tempatkanlah mereka di syurga mu kelak, termasuk ibu bapa, guru-guruku yang banyak mendidikku. Justeru, aku perlu belajar menghargai mereka. Cara berterima kasih hanyalah dengan doa dan mengucapkan terima kasih. Aku tidak jangka untuk mengenali mereka. Aku hanyalah manusia biasa. Justeru, Hargailah ketentuan Tuhan. Tanpa ketentuanNya, aku tidak lalui apa yang dilalui hari ini.

Terima kasih.

P/S- Kamera aku lupa setting. Patutlah gambar kurang baik. Tambah pula mood aku masih di tahap "tidak ada perasaan, lepas frust jadinya tidak bermaya"...tapi bila fikir macam bodoh jer aku ni frust apa ke he..

Tuesday 11 August 2009

Anti Cinta?

Bismillahirrahmanirrahim.

Cukup. Menyesal tiada guna. Peringatan bagi diriku tentang perkara yang berlaku. Fokus pada niat, kerja, cita-cita dan impian diri dan keluarga agar Allah itu sentiasa memberikan aku hidayah. Menghargai diri-sendiri, bermakna menghargai ciptaan Tuhan yang tiada tolok bandingan keistimewaannya kerana setiap manusia itu penuh keunikan walaupun kadangkala manusia antara manusia itu sering terjadinya perbalahan. Itulah lumrah kehidupan.

Berbicara tentang aspek cinta, amat memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan segalanya. Cinta pada Tuhan kita perlu berkorban menyediakan waktu untuk bersama-sama Tuhan dan melaksanakan ibadah kepadanya. Begitu juga jika ingin berkenalan dengan Tuhan. Namun, pengorbanan kita itu diberi ganjaran yang terbaik berbanding dengan mencintai manusia. Tidak dinafikan, kasih-sayang itu milik semua cuma cinta itu kita perlu berikan pada Allah. Justeru, perkara yang berlalu itu amat memberi pengajaran pada diri ini. Perkara lepas, biarkan berlalu. Insaf. Insaf. Insaf. Bersama kita renungi artikel dari I LUV ISLAM.

Berbicara tentang rindu dan cinta, tidak dapat lari daripada soal hati dan rasa. Ya, rindu dan cinta letaknya di hati - raja dalam kerajaan diri manusia.

Sabda Rasulullah saw: "Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati." Riwayat Al-Bukhari

Ini bermakna, rindu dan cinta yang harus bersemi di hati mestilah rindu dan cinta yang ‘baik'. Barulah hati akan menjadi baik, dan seluruh anggota jadi baik. Tapi jika rindu dan cinta itu ‘jahat' maka jahatlah hati. Akibatnya jahatlah seluruh anggota. Kata orang, "berhati-hatilah menjaga hati." Jangan dibiarkan hati itu penuh dengan rindu dan cinta yang salah... akibatnya terlalu buruk.

Umpama menyerahkan kepimpinan negara kepada seorang yang jahat. Kita tentu tahu apa akibatnya bukan? Pemimpin yang jahat akan melakukan kemungkaran, penzaliman, rasuah dan lain-lain kejahatan yang akan menghancurkan sebuah negara. Maka begitulah hati yang jahat, akan menyebabkan seluruh diri kita terarah kepada kejahatan. Jadi, berhati-hatilah menjaga hati dengan berhati-hati memberi cinta dan rindu.

Sebenarnya, pada siapa kita harus cinta? Pada siapa kita mesti rindu? Mungkin ada diantara kita yang tertanya-tanya. Pada kekasih hati? Atau si dia yang sentiasa diingati. Oh, bukan, bukan... Sebenarnya hati setiap manusia secara fitrahnya mencintai dan merindui Allah. Kenapa dikatakan begitu? Dan benarkah begitu? Baiklah, mari kita fikirkan dan renungkan bersama...

Setiap hati inginkan kasih-sayang, keadilan, kekayaan, keindahan dan lain-lain sifat yang mulia, baik dan sempurna. Tidak ada seorang manusiapun yang tidak inginkan kebaikan, kemuliaan dan kesempurnaan. Ketika dilanda kemiskinan, manusia inginkan kekayaan. Ketika dipinggirkan, kita inginkan kasih-sayang. Ketika dizalimi, kita inginkan keadilan. Baiklah, hakikat itulah bukti yang sebenarnya manusia cinta dan rindukan Tuhan. Justeru, Tuhan sahaja yang memiliki segala-gala yang diingini oleh manusia.

Bukankah Allah memiliki kekayaan yang diingini oleh si miskin? Allah mempunyai kasih sayang yang diidamkan oleh mereka yang terpinggir. Allah Maha Adil dan mampu memberi keadilan yang didambakan oleh yang tertindas. Oleh kerana itulah Tuhan mempunyai nama-nama yang baik (Asmaul Husna), yang menggambarkan keindahan, keadilan, kasih-sayang yang segala sifat kesempurnaan-Nya. Diantara nama-nama Allah itu ialah Al Adil (Yang Maha Adil)? Al Ghani (Maha Kaya)? Ar Rahman (Maha Pengasih)? Dan Ar Rahim (Maha Penyayang)?

Sebutlah... apa sahaja keinginan manusia tentang kebaikan dan kesempurnaan, maka di situ sebenarnya (secara langsung ataupun tidak), manusia sedang merindui dan mencintai Allah. Inilah rasa yang tidak dapat dihapuskan. Selagi manusia punya hati dan perasaan. Rasa bertuhan inilah yang menurut Imam Ghazali, tidak akan dapat dinafikan oleh hati sekalipun kerap dinafikan oleh sifat keegoan manusia.

Inilah benih rindu dan cinta yang telah dibina (‘install') secara fitrah (tabie) dalam diri setiap manusia sejak di alam roh lagi.

Firman Allah: "Bukankah aku ini Tuhanmu? Maka semua (roh manusia) menjawab: ‘Benar, kami (Engkaulah Tuhan kami) menjadi saksi." Al-A'raf : 172

Bahkan, pakar-pakar psikologi manusia juga turut mengakui. Manusia sebenarnya mempunyai keinginan kepada suatu kuasa yang dapat mengatasi segala kekurangan dan kelemahan. Ini memang satu naluri yang semulajadi.

Prof Dr Ramachandran dari California University misalnya, telah menemui ‘Titik Tuhan' - ‘God Spot' dalam sistem otak manusia yang sentiasa mencari makna kehidupan - asal-usulnya, apa maksud kedatangannya ke dunia, dan ke mana akan pergi selepas mati. Dan di hujung semua persoalan itu pasti manusia akan menemui kewujudan Tuhan. Inilah hakikatnya pencarian dan kembara manusia. Inilah asas segala kerinduan dan cinta!

Jadi sedarlah. Apabila hati kita resah dan gelisah inginkan pembelaan, hakikatnya pada ketika itu hati kita sedang merindui yang Maha Adil. Ketika kasih-sayang terputus atau cinta terkandas, kita inginkan sambungan... maka ketika itu sebenarnya kita sedang merindui Ar Rahman dan Ar Rahim (Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Ketika bersalah, kita merintih inginkan keampunan dan kemaafan, maka pada saat itu kita sebenarnya merindui Al Ghafar (Pengampun) dan mencintai Al Latif (Maha Lembut).

Semua keinginan itu hanya akan dapat dipenuhi apabila manusia merapatkan dirinya kepada Allah. Allah yang punya segala-galanya itu. Allah sentiasa mahu dan mampu memberi apa yang diinginkan oleh setiap manusia.

Firman Allah: "Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku akan perkenankan. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan dimasukkan neraka Jahanam dalam keadaan hina." Al-Mukmin : 60

Menerusi nama-nama Allah yang baik inilah seharusnya kita merintih, merayu dan memohon kepada Allah.

Firman Allah: "Allah memiliki Asmaa' ulHusna, maka memohonlah kepadaNya dengan menyebut nama-nama yang baik itu..." Al A'raaf : 180

Manusia hakikatnya tidak punya apa-apa yang diingini oleh manusia lain. Mereka mungkin mahu memberi, tetapi tidak mampu. Ada pula yang mampu memberi tetapi tidak mahu melakukannya. Mungkin hartawan punya harta, tetapi dia tidak punya sifat pemurah. Mugkin ada si miskin punya hati yang pemurah, tetapi tidak memiliki harta yang dipinta oleh si miskin yang lain. Tegasnya, manusia tidak sempurna. Hanya Tuhan yang mempunyai segala apa yang diinginkan oleh seluruh manusia.

Ya, ditegaskan sekali lagi bahawa keinginan manusia kepada satu kuasa yang Maha sempurna ini adalah lanjutan daripada ‘perkenalan' dan ‘percintaan' manusia dengan Allah di Alam Roh lagi (yakni alam sebelum alam dunia ini) . Bukankah sejak di alam roh lagi manusia telah mengetahui dan mengakui akan kewujudan dan keagungan Allah.

Firman Allah: "Bukankah aku ini Tuhanmu? Maka semua (roh manusia) menjawab: ‘Benar, kami (Engkaulah Tuhan kami) menjadi saksi." Al-A'raf : 172

Itulah pertanyaan Allah sekaligus keakuran roh manusia atas pertanyaan itu. Ya, ketika itu semua roh manusia telah mengenali Allah. Bukan itu sahaja, bahkan roh manusia telah mengakui Allah sebagai pemilik, pentadbir dan pengatur alam ini. Inilah yang dimaksudkan cintakan Allah itu adalah fitrah setiap hati. Tetapi soalnya, mampukah cinta itu terus suci dan abadi di dalam hati setiap manusia?

Sungguhpun begitu, perkenalan dan percintaan manusia dengan Allah di alam roh itu kerap tercemar. Sebaik sahaja lahir ke alam dunia, manusia yang dulunya begitu mengenali dan mencintai Allah mula dipisahkan daripada kecintaan dan kerinduannya itu. Yang sejati luntur, yang ilusi muncul. Perkenalan dengan Allah mula dicemari. Manusia mula dipisahkan dari Tuhan. Dan amat malang, kerapkali yang memisahkan anak-anak daripada Allah ialah ibu-bapa anak-anak itu sendiri.

"Setiap anak-anak dilahirkan putih bersih, kedua orang tuanyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani."

Justeru, untuk mengelakkan agar cinta yang suci itu tidak terus dikotori... maka awal-awal lagi apabila seorang bayi dilahirkan, dia terlebih dahulu diazankan dan diiqamatkan. Inilah usaha awal untuk meneruskan perkenalan bayi itu dengan Allah. Tidak cukup sekadar itu sahaja, malah para ibu-bapa juga wajib mengenalkan kepada anak-anak mereka segala sifat kesempurnaan Allah secara mudah tetapi konsisten.

Sabda Rasululah: "Awal-awal agama ialah mengenal Allah."

Alangkah indahnya jika semua itu berjalan lancar. Sejak kecil lagi putik cinta dan rindu Allah itu tumbuh, berbunga dan akhirnya berbuah apabila menjelang dewasa. Malangnya, ramai anak tidak diperkenalkan kepada Allah oleh ibu-bapanya. Sebaliknya, didedahkan kepada unsur-unsur yang melindungi kebesaran Allah. Seringkali, didikan, ajaran, malah lagu, filem, bahan bacaan yang didedahkan kepada anak-anak menggugat perkenalannya dengan Allah.

Akibatnya, kerinduan dan kecintaan yang sedia ada di alam roh itu tidak bersambung, bahkan tercemar. Cinta terputus di tengah jalan. Setiap manusia memiliki hanya satu hati, tidak dua, tidak tiga. Bila cinta Allah dicemari, cinta yang lain datang mengganti. Dua cinta tidak akan berkumpul di dalam satu hati. Hanya satu cinta akan bertakhta di dalam satu jiwa. Bila cinta Allah terpinggir maka terpinggir jugalah segala kebaikan dan kesuciannya. Maka yang tumbuh selepas itu ialah cinta selain Allah seiring suburnya segala kejahatan dan kekejiannya!

Bagaimanakah caranyanya membersihkan semula hati yang telah dicemari dan diracuni? Cukupkah hanya dengan ucapan dan penyesalan? Ya, usaha untuk membersihkan hati adalah usaha yang sukar. Tetapi hanya itulah satu-satunya jalan. Tidak ada jalan mudah untuk mendapat cinta itu semula. Setiap cinta menagih pengorbanan. Begitulah jua cinta Allah.

Sabda Rasulullah: "Iman itu bukanlah angan-angan, bukan pula ucapan, tetapi sesuatu yang menetap di dalam dada, lalu dibuktikan dengan perbuatan."

Perjuangan itu pahit, kerana syurga itu manis. Kecintaan kepada Allah terlalu mahal. Bayangkan untuk mendapat cinta seorang wanita yang rupawan, jejaka yang hartawan, putera yang bangsawan, itupun sudah terlalu sukar, maka apatah lagi untuk mendapat cinta Allah zat yang Maha Agung dan Maha Sempurna itu.

Siapa tidak inginkan kecantikan, harta, nama dan kuasa? Semua itu mahal harganya. Namun semua itu tidak ada nilainya jika dibandingkan dengan cinta Allah - sumber segala kekayaan, kecantikan, kuasa dan keagungan. Cintakan gadis yang cantik, kecantikan akan luntur. Cintakan harta yang banyak, harta akan musnah atau ditinggalkan. Cinta pada kuasa, suatu hari pasti dijatuhkan atau berakhir dengan kematian.

Namun cinta Allah, adalah cinta yang hakiki, sejati dan abadi. Keindahan Pencipta (Khalik) tidak akan dapat ditandingi oleh ciptaannya (makhluk). Keagungan, kekuasaan dan kekayaan Allah akan kekal abadi selamanya. Bila kekasih di kalangan manusia sudah berpaling, maka sedarilah bahawa Allah tetap melihat dengan pandangan rahmat-Nya. Apabila kita mencintai Allah, kita hakikatnya akan memiliki segala-galanya. Inilah cinta yang tidak akan terpisah oleh kejauhan, kematian dan kemiskinan. Sebaliknya bila kita kehilangan cinta Allah, kita sebenarnya telah kehilangan segala-galanya.

Sekiranya kita telah disukai oleh seorang raja, maka anda akan turut disukai oleh pelayan-pelayannya, dikurniakan pangkat, dijamin makan-minum, bebas di bergerak di istananya dan macam-macam lagi kurniaannya. Maka begitulah sekiranya seorang yang mencintai Allah. Para malaikat akan menjaganya. Orang-orang soleh turut mendoakannya. Rezkinya akan dipenuhi dengan segala kecukupan dan keberkatan. Apa nak dihairankan? Bukankah ‘talian hayat' kekasih-kekasih Allah ini sentiasa terhubung kepada satu kuasa yang tiada tolok bandingnya!

Hadis Qudsi: Allah swt berfirman: "Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil. (Sahih Bukhari)

Namun begitu, seperti yang ditegaskan sebelumnya, cinta Allah yang begitu agung dan suci, pasti ada tagihannya. Jalan mencintai Allah tidak semudah yang disangkakan. Sudah adat, setiap yang mahal, sukar mendapatkannya. Bandingannya seperti pasir dengan permata. Pasir, murah harganya... kerana ia boleh dicari di merata-rata. Sebaliknya, permata begitu tinggi nilainya, maka perlu menyelam ke dasar lautan untuk mendapatkannya.

Tidak ada kesukaran, tidak ada ganjaran. Begitulah jua dengan cinta Allah yang hakikatnya jauh lebih tinggi nilainya daripada intan atau permata. Justeru, pasti ada ‘harga' atau mahar yang mahal terpaksa dibayar untuk mendapatkannya.

Untuk mendapat cinta Allah kita perlu berkorban. Cinta dan pengorbanan sudah sinonim dan tidak sekali-kali dapat dipisahkan. Kita perlu membayar harga cinta itu dengan segala yang ada pada kita - masa, tenaga, harta bahkan nyawa. Namun apa yang lebih penting bukanlah masa, tenaga atau sesuatu yang berbentuk lahiriah. Itu cuma lambang sahaja. Yang lebih penting ialah hati di sebalik pengorbanan itu.

Lihat sahaja hati yang dimiliki oleh Habil berbanding Qabil dalam pengorbanannya untuk Allah. Hati yang bersih akan mengorbankan sesuatu yang terbaik untuk Allah. Lalu kerana ketulusan hatinya, Habil mengorbankan hasil ternakannya yang terbaik untuk Allah. Manakala Qabil pula menyerahkan hasil pertanian yang kurang bermutu untuk membuktikan cintanya yang tidak seberapa. Lalu ini menjadi sebab, Allah menolak pengorbanan Qabil, sebaliknya menerima pengorbanan Habil.

Kita bagaimana? Sudahkah kita mengorbankan segala yang terbaik hasil dorongan hati yang baik? Ke manakah kita luangkan masa, usia, tenaga, harta kita yang terbaik? Untuk kebaikan yang disuruh oleh Allah atau ke arah kejahatan yang dilarang-Nya? Tepuk dada tanyalah hati, apakah ada cinta yang mendalam di dalam hati itu?

Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya ALLAH tidak melihat gambaran lahir amalan kamu dan rupa kamu tapi ALLAH melihat hati kamu". Riwayat Muslim

Pengabdian kita kepada Tuhan adalah bukti cinta kepada-nya. Pepatah Arab mengatakan:
"Setiap orang menjadi hamba kepada apa yang dicintanya."

Maksudnya, pengabdian adalah umpama ‘hadiah' yang kita ingin berikan kepada Allah sebagai bukti cinta kita. Ia mesti didorong oleh hati yang bersih. Tidak dicemari riyak dan syirik. Maha suci Allah daripada dipersekutukan oleh hamba-Nya dengan sesuatu. Jika amal itu dicemari oleh kekotoran hati - riyak (syirik kecil), sifat menunjuk-nunjuk, syirik besar - mempersekutukan Allah) maka amalan itu tidak bernilai walaupun ia seluas lautan atau setinggi gunung.

Sebaliknya, jika hati seseorang itu ikhlas, amalnya yang sekecil manapun akan menjadi besar dan bernilai di sisi Allah. Insya-Allah, ‘hadiah' itu akan diterima oleh Allah.

Firman Allah: "Barang siapa yang ingin menemui Tuhannya, hendaklah dia beramal soleh dan tidak mempersekutukan Allah dengan amalannya itu." Surah Al-Kahfi: 110

Hakikatnya Allah Maha Kaya dan DIA tidak mengkehendaki apa jua manfaat daripada hamba-hamba-Nya sekalipun amalan dan kebaikan yang mereka lakukan. Maha Suci Allah daripada bersifat miskin - punya keinginan untuk mendapat manfaat daripada para hamba-Nya. Amalan dan kebaikan yang dilakukan oleh manusia bukan untuk Allah tetapi manfaat itu kembali kepada manusia semula.

Bila kita solat misalnya, solat itu manfaatnya akan dirasai oleh kita juga. Firman Allah:
"Sesungguhnya sembahyang itu akan mencegah daripada kemungkaran dan kejahatan." Surah Al-Ankabut: 45

Ya, solat akan menyebabkan kita terhalang daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Itulah manfaat solat. Itu amat berguna kepada diri manusia. Manusia yang baik akan dikasihi oleh manusia lain. Hidup yang selamat daripada kemungkaran dan kejahatan, adalah hidup yang tenang, aman dan bahagia.

Begitu juga apabila Allah menyuruh kita melakukan sesuatu atau melarang kita melakukannya, itu adalah kerana Allah ingin berikan kebaikan kepada kita bukan untuk-Nya. Inilah rasionalnya di sebalik pengharaman riba, arak, zina, pergaulan bebas, pendedahan aurat dan lain-lain. Susah atau senangnya untuk manusia bukan untuk Allah. Tegasnya, jika patuh, manfaatnya untuk manusia. Jika engkar, mudaratnya juga untuk manusia.

Namun, walau sesukar mana sekalipun kita berusaha menghampirkan diri kepada Allah, kita akan merasa mudah jika Allah sendiri memberi bantuan-Nya. Jika Allah sudah permudahkan, walaupun seberat mana sekalipun, kita akan mampu mengatasinya. Allah akan permudahkan kita dengan mengurniakan sifat sabar, istiqamah, syukur dan redha kepada-Nya. Lihatlah sejarah perjuangan para Rasul dan nabi serta sahabat-sahabat Rasulullah... kita akan tertanya-tanya mengapa mereka sanggup menderita, tersiksa bahkan terkorban nyawa untuk mendapat cinta Allah?

Renungilah betapa Sumayyah rela mengorbankan nyawanya. Begitu juga Mus'ab bin Umair, Hanzalah, Jaafar bin Abi Talib, Abdullah ibnu Rawahah... mereka semuanya telah syahid di jalan Allah. Apakah itu susah buat mereka? Mereka sangat menghayati apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW:

"Jagalah Allah, nescaya engkau akan temukan DIA di hadapanmu. Kenalilah Allah ketika dalam keadaan lapang nescaya DIA akan mengenalmu dalam keadaan sempit. Ketahuilah segala sesuatu yang luput daripadamu tidak akan menimpamu dan sesuatu yang menimpamu tidak akan dapat luput darimu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu menyertai kesabaran, kelapangan itu menyertai kesempitan dan kemudahan itu menyertai kesukaran." Riwayat Ahmad, Hakim, Thabrani, Ibnu Sunni, Ajiri dan Dhiya'agal

Mereka sesungguhnya merasa bahagia dalam mengharungi penderitaan, merasa mulia dengan mengorbankan nyawa. Ini semua mudah buat mereka kerana Allah telah melembutkan hati-hati mereka. Benarlah bila hendak seribu daya, bila mahu sejuta cara. Kemahuan dan keinginan mereka itu hakikat didorong oleh Allah. Untuk itu, mintalah simpati dari Allah untuk memudahkan kita mendekatkan diri kepada-Nya.

Bagaimana memohon simpati daripada Allah? Tidak lain dengan cara berdoa kepada-Nya. Doa itu adalah senjata orang mukmin. Maksudnya, doa ialah alat atau ubat yang paling mustajab dan mujarab untuk mendapat hati yang lunak dengan Allah. Namun harus diingat, doa bukanlah usaha ‘pemberitahuan' kehendak-kehendak kita kepada Allah ( kerana tanpa diberitahupun Allah sedia mengetahui), namun doa hakikatnya usaha ‘penyerahan' diri kita kepada-Nya.

Orang yang berdoa ialah orang yang mengakui segala sifat kehambaannya di hadapan kekuasaan Allah. Apakah sifat-sifat kehambaan itu? Antaranya, rasa lemah, hina, jahil, miskin, berdosa, hodoh dan segala sifat-sifat kekurangan. Berdoa ertinya kita menyerah pasrah kepada Allah. Kita nafikan segala kelebihan diri. Yang kita akui hanya sifat keagungan dan kebesaran Allah. Lalu kita inginkan hanya bantuan-Nya. Kita tagihkan simpati, kasihan dan keampunan-Nya sahaja.

Hanya dengan mengaku lemah di hadapan Allah kita akan memperolehi kekuatan. Hanya dengan mengaku miskin di hadapan Allah kita akan dikayaka-Nya. Tegasnya, hanya dengan merasai segala sifat kehambaan barulah kita akan mendapat kekuatan, kemuliaan dan kelebihan dalam mengharungi hidup yang penuh cabaran ini.

Bila Allah telah hadiahkan kasih dan rindu-Nya kepada kita, kita akan merasa kebahagiaan dan ketenangan yang tiada taranya lagi. Dalam apa jua keadaan kita akan mendapat ketenagan. Susah, kita sabar. Senang, kita syukur. Kita bersalah, mudah meminta maaf. Jika orang meminta maaf, kita sedia dan rela pula memaafkan. Alangkah bahagianya punya keikhlasan hati yang sebegini?

Itulah hakikatnya syukur - pada lidah, hati dan amalan. Syukur dengan lidah, mengucapkan tahmid (pujian) kepada Allah. Syukur dengan hati, merasakan segala nikmat hakikatnya daripada Allah bukan daripada usaha atau ikhktiar diri kita. Tadbir kita tidak punya apa-apa kesan berbanding takdir Allah. Dan akhirnya syukur dengan tindakan, yakni menggunakan segala nikmat daripada Allah selaras dengan tujuan Allah mengurniakan nikmat itu.

Jika Allah berikan harta, kita gunakan ke arah kebaikan dan kebajikan. Jika diberi ilmu, kita mengajar orang lain. Diberi kuasa, kita memimpin dengan adil dan saksama! Syukur itulah tujuan utama kita dikurniakan nikmat. Ertinya, kita kembalikan nikmat kepada yang Empunya nikmat (Allah).