Wednesday 12 August 2009

Hargai Peluang dan Pengalaman

Alhamdulillah

Hari yang berharga dapat berjumpa seseorang. Dr.Alya dan Prof. Dr. Azhari. Kebetulan beliau pulang dari UK dan Prof.Dr. Azhari dari UPM iaitu bapa angkat Dr.Alya ke UPSI. InsyAllah, siapa sangka untuk berjumpa dengan mereka. Apatah lagi saya ini hanyalah pelajar biasa sahaja , taraf pendidikan, bachelor pun belum habis lagi. Terima kasih atas perkongsian yang bermakna dan aku banyak mendengar. Pengalaman itu yang penting. Tidak rugi mengenali ramai manusia. Kadang-kadang untuk mengenali mereka, semuanya perkara yang tidak dijangka. Inilah kurniaan yang perlu dihargai. Banyak kisah-kisah yang menemukan kami. Hanya simpan dalam diri, jadikan motivasi dan pembelajaran. Bak kata Prof. Dr. Azhari, "Many people do not want to learn and they can't learn ". Ramai orang takut silap, sebab itu tidak dapat belajar. Sebenarnya kesilapan akan jadi pelajaran. Lebih kurang macam itulah kata-katanya. Sungguh berfalsafah. Patutlah Dr. Alya pun berfalsafah juga. Beliau mengigatkan aku untuk menggunakan peluang dengan sebaik-baiknya.

Bagaimana jalan aku dapat kenali mereka? Cuma sebaris ayat sahaja dapat aku katakan. Hidup ini memerlukan kita menghormati orang dan ingin belajar daripada mereka., dengan rasa ingin belajar, kita akan mencari. Itu sahaja yang mampu aku nyatakan.

Dr.Alya mengigatkan aku supaya gunakan peluang sebaik-baiknya. Nombor diri pula, sudah diterangkan padaku dan kenapa aku berjumpa dengan mereka, KERANA INI IALAH AKU. Kaitan no.diri pula, aku ini manusia yang sibuk. Sibuk itu bermakna, aku ini hidup dengan perlu kuat berusaha. Aku tidak boleh merungut bahawa aku ini sibuk. Ya, patutlah, aku sendiri tidak suka apabila orang kata aku ini sibuk. Mungkin itu cara untuk aku tenang. Nombor diri itu mempunyai makna padaku di sebalik kelahiran diri ini. Semua ini pinjaman. Spiritual harus dijaga tambah pula nombor diri untuk tahun ini ialah no.1. Bagaimana ingin mengetahui apa yang perlu dilakukan, ialah di sebalik nombor tersebut yang membantu untuk diri ini menjaga fokus. Perkara yang perlu dilakukan ialah, teruskan seperti yang dibincangkan bersama. InsyAllah. Semoga tercapai hendaknya. Baiklah. Tidak perlu diceritakan semua. Walau bagaimanapun, saya akan kenang jasa mereka hingga ke akhirnya.

Haha..gemuk nya aku..Haaih!Dr.Azhari cakap, badan besar tak kena layang kat angin.Muahaha.

Afiti dengan Dr.Alya... Dr.Afiti?Berangan macam mat jenin jew..hehe..Masa panjang lagi nak sampai ke arah itu. Perlu kuat usaha lagi. Usaha bukan bermakna pelajaran sahaja. Banyak perkara lagi. Biarlah, hanya diri ini yang tahu apa perkara yang patut diusahakan.

Ketika di rumah En.Aziz

Bersama mereka. Lepas makan. Orang hulur makan, aku tak pernah tolak makanan. Ngeh-ngeh..(En.Aziz, isteri beliau (Hajjah Salwa, Saya, Prof.Dr.Azhari, Wawa - anak bongsu Encik Aziz)

Dr.Ahmad Jazimin, Prof. Dr.Azhari, Dr.Alya, En.Aziz. Dunia blogging menemukan kami. Hargainya, kerana ketentuan Tuhan. Mereka sealiran.

Mereka ini banyak mendidik. Sukar mencari pensyarah yang hanya mengajar semata-mata. Namun, saya harus ingat, walaupun mengenali mereka, saya perlu berusaha kuat bukan bergantung harap pada peluang yang ada sahaja kerana saya diciptakan untuk berdikari juga dan berusaha kuat demi mencapai no.6 dan 9. Mencari seberapa yang mampu. Oh Tuhan, tempatkanlah mereka di syurga mu kelak, termasuk ibu bapa, guru-guruku yang banyak mendidikku. Justeru, aku perlu belajar menghargai mereka. Cara berterima kasih hanyalah dengan doa dan mengucapkan terima kasih. Aku tidak jangka untuk mengenali mereka. Aku hanyalah manusia biasa. Justeru, Hargailah ketentuan Tuhan. Tanpa ketentuanNya, aku tidak lalui apa yang dilalui hari ini.

Terima kasih.

P/S- Kamera aku lupa setting. Patutlah gambar kurang baik. Tambah pula mood aku masih di tahap "tidak ada perasaan, lepas frust jadinya tidak bermaya"...tapi bila fikir macam bodoh jer aku ni frust apa ke he..

2 comments:

An NahL said...

tahniah... awak cukup bertuah kerana dapat bertemu dgn mereka.. kesempatan yang saya ada hanya seketika. mungkin tidak sampai 5 minit pun.. tapi tidak mengapa, itulah takdir.. jodoh pertemuan di tangan tuhan.. kita berusaha betul tak? beberapa hari lepas, kak win bagitau dia nak datang pukul 12, alih2 dah tukar waktu la pulak. owhhhhh.... saya cemburu.. :D .. good luck to you..

AFITI said...

terima kasih. khalil, betul. sebenarnya jodoh pertemuan juga dengan dr.alya dan prof.azhari ni.. Kebetulan, encik aziz, dan dr.jazimin itu pensyarah-pensyarah saya dan sudah biasa dengan mereka. Sy pun tggu juga dan sabar sikit sahaja lagi menunggu mereka di bilk profesional.lepas itu, encik aziz menelefon saya, katanya mereka menunggu di luar. kebetulan nak dijadikan crita, kls hari tu pula batal.Mungkin itu ruang TUHAN sediakan. Jadi, mereka ajak terus ke rumah encik aziz. dr.jazimin pun sekejap shj berjumpa krn ada hal. mungkin sudah lama ingin ketemu, dan tidak dirancang pun kenal dr alya dari akhir 2007 or awl 2008, saya pun lupa. Mungkin krn itu, lama sikit tuhan bg pluang..xper..nnti 16hb ni, pergi lah ke rumahnya..InsyAllah