Sunday 27 June 2010

Takut Kehilangan


Sangat terkesan gambar ni..terima kasih zeti buatkan gambar aku dengan papa : NOR AFITI BT MOHD BASRI DAN MOHD BASRI BIN OTHMAN(ambil dari blog zeti)

Aku mendapat jawapan. Kenapa aku takut untuk bercinta?Aku takut KEHILANGAN. Ya, benar aku takut pada kehilangan orang yang aku sayangi. Aku ada kisah kehidupan sendiri, walaupun hakikatnya di dunia ini pertemuan dan perrhubungan pasti adanya kehilangan. Terima kasih Zeti, tulis di blognya...kami sama-sama kehilangan arwah ayahanda..tanggal 12 oktober 2010 aku akan grad..tanggal 12 oktober 2009 adalah tarikh pemergian arwah ayahanda aku MOHD BASRI BIN OTHMAN!Papa...!!!! Akan aku capai cita-cita untuk menjadi anak yang baik, segala didikannya akan aku genggam jadikan azam..akan aku capai cita-cita agar beliau bangga kerana ada anak seperti aku di akhirat kelak...akan aku capai cita-cita hingga peringkat PHD..menjadi manusia berilmu seperti arwah papa mahukan.....dan menjadi manusia yang berjasa pada agama dan bangsa..!!!Usianya hanya 1.9.1963-12.10.2010.Al-Fatihah.

Kehilangan barang-barang menjadi kebiasaan...tidak ada rasa sedih dan dukacita, namun kehilangan manusia..amat mengesankan diri..

Tulisan Zeti di blognya:

Kehilangan insan yang tersayang semestinya memberi kesan yang mendalam dalam hidup. Kekadang terasa bagaikan diri ini tidak mampu meneruskan kelangsungan hidup dek gara-gara kehilangan tersebut. Dalam tempoh kurang setahun, aku menerima beberapa berita kehilangan . Dua orang sahabat baik aku telah kehilangan ibunda dan ayahanda mereka. Tabahnya hati manusia bernama Shuzalina Bte Yunus dan Nor Afiti Bte Mohd Basri. Semoga kalian tabah dengan kehilangan yang tidak terjangka ini. Begitu juga dengan aku, 22 Februari 2010 merupakana tarikh keramat yang tidak akan luput dari kotak ingatan aku kerana aku juga menerima kejutan. Ayah pergi meninggalkan aku tanpa sempat aku bersamanya di saat akhir ayah menghabiskan sisa 2 hidupnya. Begitulah suratan dan ketentuan yang harus aku terima sebagaimana sahabat2ku menerima ketentuan mereka. Tak lupa juga dengan seorang sahabat yang aku kenali di alam maya, kehilangan ibunda tersayang beberapa tahun yang lalu masih memberi kesan yang mendalam dalam hidupnya. Bersabarlah Mohd Nazrul Bin Sarip. Ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku. Kerinduan yang tak tertanggung ini, saya harap awak tabah menghadapinya. Sama2 la kita mendoakan kesejahteraan mereka di 'sana'. Semoga Allah SWT mencucuri roh arwah dan menempatkannya di dalam golongan-golongan mereka yang beriman. Dan semoga Allah SWT memberikan kita semua kekuatan dalam melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab yang ditinggalkan arwah.

1 comment:

mashimaro comel said...

istilahnya, fear of intimacy. akak dulu takut untuk orang rapat dgn akak. bukan cinta je, kawan baik pun sama. sehinggakan kalo ada orang nak rapat, akak buat biasa2 je. dingin. padahal kawan pempuan tu? tu pun akak tak suka.

sbb akak tak mo kehilangan. dan kehilangan itu rasa sakit sangat. akak pernah ada pengalaman ada kawan baik, tapi disebabkan keadaan.. kami berpisah jauh. bila akak cuba contact, cuba nak rapat. (melalui frenster, email, sms) mereka dingin sangat.

sejak tu akak tak mo ada kawan baik. bila ada sorang ni nak jadi kawan baik pun, dia perlu sangat sabar. ikut je ke mana akak pergi (punya nak sangat kawan dgn akak). alih2 mmg terbukti benar, dia tak macam pun kawan2 akak yang terdahulu.

dalam cinta?

haha.. kalo ada orang mengurat akak dulu mmg kena maki la jawabnya.

itu dinamakan fear of intimacy. takut untuk rapat kerana takut akan terasa kehilangan. sebagai seorang kaunselor nanti akan berhadapan dengan kes klien macam ni. banyak gak akak dah jumpa.

harap afiti dapat selesaikan isu ni, insya Allah..

good luck.