Monday, 28 June 2010

She is...

Weh..tido-tido lah!!!Mata aku tak mengantuk pulak. Baju tak gosok lagi.Esok nak pergi library. Hehe. Rajin banget meriahkan blog ni beberapa hari ni. Kesian main blog aku Hungry For Knowledge lama bersarang sesawang. Insan gambar di atas tu, namanya Salmi Bt Muslimin. Sabahan bahhh...Kenapa aku tempek gambar dia..Ni adalah gambar last aku dengan dia..Maybe...Sebenarnya aku dengan dia ni... kenal pada awal kemasukan di UPSI. Serumah, kiranya housemate aku dari sem 1 hingga sem 3.

Kisah perkenalan, aku dapat kunci rumah masa hari pendaftaran. Aku, mami aku dan mak sedara aku panjat naik tingkat dua kolej. Haha..panjat tuu..aka ukahhh..hahaha...Masuk jer rumah tu...sedang duk mengemas baju-baju dalam almari, ternampak la seseorang..dengan beg-beg yang melambak..muka pun macam sedih..muka tak rela...aku terkejut jugak..dia sorang-sorang dari Sabah, tak ada sapa yang hantar..Mami aku pulak cakap...kesiannya...Adoii!Bertambah sedih la budak tu..Mami aku duk sembang-sembang..dengan dia..lepas tu kan..tiba pulak roomate aku..lepas semua family turun ke bawah..aku bertiga, Salmi, Ida dan aku turun cari barang di koop..gitulah kisah kami..Gambar di atas adalah gambar semasa semester 8. Sudah last..Sedar tak sedar semuanya sudah berlalu.Kenangan semalam terasa baru sahaja menyinggah benar hati ini. Moga ketemu lagi Cik Salmi Muslimin yang cun dan sangat berfikiran luas!

Aset

Assalamualaikum.
Buat istikharah. Nampak siapa dalam mimpi.Jika Dia jodohku, maka semua ini adalah urusan Tuhan.

Cita-citaku sebelum usia 30 tahun. Target!

Kerjaya

Rumah

Kereta

Master

Keluarga

Loving Husband

Kids

Tiba-tiba teringat pada seseorang: MOHD HAFIZ BIN OMAR , abang angkatku, ketika susah dan senang...Abe Apihhh!!!!Semua dia tahu pasal kisah hidupku..namun..sekarang menyepi..di mana dia?

Tulisan Arwah Ayahanda











Assalamualaikum.
Aku teringat pada arwah papa aku...................................!
Papa................................!
Papa................................!

Apabila kehilangannya...aku semakin terasa pengorbanannya pada aku dan adik-adik aku
Papa aku seorang yang penyayang
Apabila berbicara tidak pernah sesekali papa meninggikan suara....!
Masa kecil, kalau aku cakap kuat-kuat, papa marah aku, larang aku..jangan cakap kuat-kuat..sampai sekarang sebab itu aku amat sensitif pada komunikasi...
Papaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!Terima kasih atas didikan papa untuk Tie!!!!
Papa, Tie akan balas jasa papa dengan menjadi insan yang berjaya seperti yang papa mahu lihat!
Semangat papa, Tie akan teruskan....Engkaulah bapaku yang amat aku sayangi!!!!
MOHD BASRI BIN OTHMAN
Tempatkanlah bapaku di syurga Mu YAALLAH,sifat pemurahnya, rendah dirinya...suka menolong orang sekelilingnnya..semoga dibalas oleh Mu di syurgaMu YAALLAH!

Naper macam mkin itam nih?huhuaaaaa!!!

Bicara Untuk Arwah Ayahanda

Assalamualaikum. Menyingkap kembali apa yang telah aku tuliskan untuk arwah ayahanda suatu ketika dahulu. Berbicara sendirian dalam hati.

Ayahanda,

Doakanlah juga anakanda ditemukan dengan insan yang benar-benar ikhlas pada diri anakanda. Berbicara tentang jodoh ini adalah perkara yang pasti kerana masa itu akan tiba. Cuma, anakanda berharap anakanda akan berjaya dalam berkerjaya dan juga rumah tangga. Temukanlah anakanda dengan insan yang boleh menjadikan dan mendidik diri anakanda menjadi isteri yang solehah. Temukanlah anakanda dengan seorang yang berada pada agama Allah, berpelajaran dan memahami anakanda, baik pada mata anakanda, seorang yang boleh mendidik anakanda, mampu menegur salah dan silap anakanda dan saling menghargai. Sekurang-kurangnya boleh menjadi imam untuk anakanda. Anakanda masih jahil dan kekurangan ilmu agama. Akibat kelemahan diri, anakanda juga sering terbabas. Masih ingat lagi ayahanda, anakanda ini, mahu bercakap dengan lelaki pun segan ketika ayahanda ada. Anakanda malu tahap kritikal ketika ayahanda tanya pasal bercinta dan semua yang berkaitan dengan lelaki. Kini, tidak lagi mungkin kerana sudah dewasa dan pergaulan anakanda dengan rakan-rakan mendewasakan anakanda. Namun, anakanda masih punyai batas-batas kerana anakanda ingin mencapai iman yang baik di sisi Allah SWT. Semoga Allah SWT temukan anakanda dengan jodoh yang baik. Ayahanda, anakanda teringin pakai tudung labuh seperti ini kembali. Anakanda berharap, anakanda cekal iman untuk bermuhasabah, mencari ilmu Allah dan diperkukuhkan iman. Rindunya ayahanda anakanda ingin bertudung sebegini.Doakanlah anakanda oh ayahanda..Semoga dipertemukan dengan insan yang boleh membimbing diri anakanda pada jalan Allah.Ameen.

Teringat sebenarnya, sebelum arwah ayahanda meninggal ayahanda sebut-sebut pasal perkahwinan, soal jodoh..ketika itu..anakanda tidak terfikir langsung. Anakanda mengelak..buat-buat tak tahu...kerana malu.

Sunday, 27 June 2010

Takut Kehilangan


Sangat terkesan gambar ni..terima kasih zeti buatkan gambar aku dengan papa : NOR AFITI BT MOHD BASRI DAN MOHD BASRI BIN OTHMAN(ambil dari blog zeti)

Aku mendapat jawapan. Kenapa aku takut untuk bercinta?Aku takut KEHILANGAN. Ya, benar aku takut pada kehilangan orang yang aku sayangi. Aku ada kisah kehidupan sendiri, walaupun hakikatnya di dunia ini pertemuan dan perrhubungan pasti adanya kehilangan. Terima kasih Zeti, tulis di blognya...kami sama-sama kehilangan arwah ayahanda..tanggal 12 oktober 2010 aku akan grad..tanggal 12 oktober 2009 adalah tarikh pemergian arwah ayahanda aku MOHD BASRI BIN OTHMAN!Papa...!!!! Akan aku capai cita-cita untuk menjadi anak yang baik, segala didikannya akan aku genggam jadikan azam..akan aku capai cita-cita agar beliau bangga kerana ada anak seperti aku di akhirat kelak...akan aku capai cita-cita hingga peringkat PHD..menjadi manusia berilmu seperti arwah papa mahukan.....dan menjadi manusia yang berjasa pada agama dan bangsa..!!!Usianya hanya 1.9.1963-12.10.2010.Al-Fatihah.

Kehilangan barang-barang menjadi kebiasaan...tidak ada rasa sedih dan dukacita, namun kehilangan manusia..amat mengesankan diri..

Tulisan Zeti di blognya:

Kehilangan insan yang tersayang semestinya memberi kesan yang mendalam dalam hidup. Kekadang terasa bagaikan diri ini tidak mampu meneruskan kelangsungan hidup dek gara-gara kehilangan tersebut. Dalam tempoh kurang setahun, aku menerima beberapa berita kehilangan . Dua orang sahabat baik aku telah kehilangan ibunda dan ayahanda mereka. Tabahnya hati manusia bernama Shuzalina Bte Yunus dan Nor Afiti Bte Mohd Basri. Semoga kalian tabah dengan kehilangan yang tidak terjangka ini. Begitu juga dengan aku, 22 Februari 2010 merupakana tarikh keramat yang tidak akan luput dari kotak ingatan aku kerana aku juga menerima kejutan. Ayah pergi meninggalkan aku tanpa sempat aku bersamanya di saat akhir ayah menghabiskan sisa 2 hidupnya. Begitulah suratan dan ketentuan yang harus aku terima sebagaimana sahabat2ku menerima ketentuan mereka. Tak lupa juga dengan seorang sahabat yang aku kenali di alam maya, kehilangan ibunda tersayang beberapa tahun yang lalu masih memberi kesan yang mendalam dalam hidupnya. Bersabarlah Mohd Nazrul Bin Sarip. Ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku. Kerinduan yang tak tertanggung ini, saya harap awak tabah menghadapinya. Sama2 la kita mendoakan kesejahteraan mereka di 'sana'. Semoga Allah SWT mencucuri roh arwah dan menempatkannya di dalam golongan-golongan mereka yang beriman. Dan semoga Allah SWT memberikan kita semua kekuatan dalam melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab yang ditinggalkan arwah.

Menunggu

Assalamualaikum.

2hb nanti, adik aku dan mami aku akan datang ke UPSI.Adik aku yang bongsu akan mendaftar di UPSI. Alhamdulillah. Kami adik-beradik pakat jadi cekgu nanti.Hehe. Sebenarnya, aku harap dan sentiasa bagi sokongan dan mendoakan kejayaan adik-adik aku. Aku mahu mereka berjaya demi masa depan mereka. Azidi ditawarkan kos Pendidikan Pengajian Malaysia. Pilihan pertamanya. Alhamdulillah lulus ujian medsi, pergi interview juga lulus. Nanti datang umah sewa aku terus. Katanya adik yang tengah akan drive ke sini. Aku sarankan tak payah..baik datang dengan bus je...aku bimbang dengan keadaan sibuk, dahla adik aku yang tengah tu jenis bawak laju-laju mcm jalan dia punya jer...kalau datang dengan bus lagi selamat, tol pun tak payah bayar...4hb baru mendaftar..datang sampai nanti, duk rumah sewa aku dulu...Dr.Kadir suruh pergi rumah dia...tidur kat sana kalau adik dengan mak aku datang...dalam hati, tak payah la...huhu...duduk rumah yang aku duduk ni jer..tak sabar nak makan dan masak untuk mami ngn adik aku...

Bila aku cuti semester, aku balik aku akan sentiasa bercerita pada adik aku yang bongsu ni. Pointer biar tinggi belajar..aku cakap juga situasi2 di universiti macam mana...dan cara belajar...aku siap2 cakap kat adik aku, masuk je semester pertama..kasi 3.8 ke atas terus pointer..jaga pointer terus, sebab sangat penting...untuk dpt first class degree..aku ni kuat main kokurikulum, berpersatuan di UPSi ni..hurmm...apapun, aku sarankan adik aku masuk PALAPES. Aku mula2 daftar nama untuk palapes jugak, tapi, disebabkan aku awal-awal kena jadi jawatankuasa kolej, kena pilih pula..hurmm..apa yang aku tak capai, aku nak suruh adik aku masuk..PALAPES..sebab aku gila sangat badan beruniform sejak dari sekolah lagi...kenangan Anugerah Pengakap Diraja tidak akan aku lupakan sampai bila-bila..jika aku ada anak kelak pun, aku akan suruh aktif koku pakaian seragam ni...

Aku beritahu pada adik aku, tidak kiralah masuk universiti mana pun,...kalau upsi lagi elok..aku pun ada di situ...tambah pula aku kerja kat sini now ni...yang penting jaga pointer nanti senang dapat offer belajar untuk sambung master..then terus sambung belajar untuk PHD...aku tanya juga,adik aku ni..nak jadi cikgu betul-betul ke...nampak gaya pun ada jugak..tapi dia kata dia ada hajat juga untuk jadi pensyarah..elok sangatlah tu...kita dalami bidang dan menjadi tenaga pengajar di universiti kelak. Perjalananmu baru diaturkan..aku akan memantau demi kejayaan adik-adik aku..kerana aku seorang kakak..harus bertanggunjawab demi kejayaan dan kebahagiaan dalam mencapai cita-cita arwah ayahanda yang tidak kesampaian.InsyAllah..kita akan berjaya..Aminnn!!!

Saturday, 26 June 2010

Motivate My Self

Yang itu penting... yang ini juga penting,utamakan mana yang penting dahulu..ikut urutan..pastikan tiada yang tercicir..buat selagi termampu..dan sememangnya mampu!
Mengalah tidak mungkin..........!!!

Jiwa Cinta Takut-takut Juga

Tajuk kat atas tu adalah sub topik buku yang aku baca. Aku sering mencari jawapan kepada takut tidak dapat memberi komitmen. Terima kasih kerana gerakkan aku untuk membaca buku tersebut (Berbunga cinta Aisyah di Hati Rasulullah). Antara intipati yang terkandung dalam buku tersebut ialah:

Lelaki sifat takut memberi komitmen.

Takut terhadap komitmen juga salah satu ketakutan yang dihadapi lelaki dalam membina perhubungan. Takut membina komitmen dengan pasangan bukan bermaksud tidak bersedia bagi membina hubungan secara serius dan bertanggungjawab terhadap pasangan yang dikasihi. Takut terhadap komitmen dilihat dari segi tindakan-tindakan yang akan memberi kepuasan kepada pasangan yang hidup bersama. Kebimbangan berpunca kerana lelaki gusar seandainya apa yang diberinya tidak seperti yang diingini pasangan.

Pengalaman terdahulu terhadap komitmen mungkin menjadi punca wujudnya sifat takut dalam memberi komitmen seterusnya. Mungkin disebabkan oleh ayah dan ibu berpisah, kesilapan-kesilapan terdahulu ataupun pasangan kekasih yang berpisah. Malah, pengalaman-pengalaman melihat peristiwa buruk yang terjadi terhadap jiran, sahabat yang gagal dala memberi komitmen perhubungan juga melempias kepada diri.

Melalui pembacaan aku terhadap buku, maka aku makin memahami jawapan yang pernah aku terima dari Dia. Kesimpulannya, membuatkan aku menjadi manusia yang "lebih memahami" dan berserah kepada ALLAH S.W.T dalam urusan jodoh walaupun dalam hati masih harapkan dia sebagai jodoh aku. Namun, aku juga ada perasaan tidak mengharapkan dia. Jika tiada, hikmah Tuhan yang terselindung sangat besar. Buat biasa2 sudahlah Afiti. Jangan fikir lagi ya..bulan 8, fokus untuk master...dan isi online baik-baik...dan belajar..sambil kerja..jodoh akan datang apabila sudah berkerjaya. Mana-mana lelaki yang pernah mengecewakan aku, (ceh macam banyak jer..padahal sorang je) anggap sahaja mereka kawan. Namun, ego ada juga dalam hati aku, aku takkan berkahwin dengan mereka yang pernah mengecewakan aku. Pergilah kepada mereka yang menerima kita, bukannya yang menghina kita. Lagipun, aku bukanlah orang yang boleh suka hati untuk lempar ke sana ke mari, sebab aku pun ada maruah diri. Tidak perlulah untuk berlebih-lebih dan tidak perlu merayu-rayu kepada orang yang tidak boleh bawa berunding...cari manusia yang ada perasaan dan hati...ya Afiti.....=)

Friday, 25 June 2010

Makaroni Bakar


hehe..agak2 apa neh?
Meh nk jawabkan...ni MAKARONI BAKAR..hehe, aku terpikir resepi baru...MAKARONI TOMYAM ... nk cubalah nanti...tak ada orang buat lg nih makaroni tom yam nih...nanti free nk buat...yey!!!!

Friday, 9 April 2010

Alhamdulillah


Inilah wakil yang membentang kajianku



Inilah gambar yang digunakan untuk ditampal diposter penyelidikan..huhu..

Alhamdulillah.


Langkah yang pertama, dalam keadaan hati yang sederhana dan tidak dijangka, aku telah mendapat pingat Perak untuk kajian yang telah aku laksanakan sempena Hari Penyelidikan dan Inovasi Pelajar 2010. Terima kasih kepada ketua jabatan kerana memberi peluang kepadaku untuk menyertai pertandingan tersebut. Terima kasih juga pada pihak universiti. Terima kasih kepada pembentang yang sudi membentangkan kajianku. Aku jauh di sekolah kerana berpraktikum dan tidak dapat bersama-sama semasa pertandingan tersebut. Pingat emas diperoleh oleh Fakulti Sains. Apa yang aku lakukan bukan untuk diri sendiri, malah niat aku jauh daripada itu untuk memberi sumbangan kepada manusia sejagat. Aku sukakan bidang pengkajian. Allah, tetapkanlah hatiku pada lapangan ini. Aku bukanlah terbaik, tetapi apa yang aku lakukan hatiku adalah untuk kedua ibu bapaku. Aku ingin mereka bangga dan rasa terbalas melahirkanku.
Sesungguhnya ini adalah langkah pertama dan pengalaman untuk aku dalam mencapai cita-citaku untuk bergelar seorang pensyarah kelak.Semoga Tuhan merestuinya untuk aku terus berada dalam lapangan ilmu yang aku cintai ini. Ameen..!!!

Thursday, 4 February 2010

Hati Ini Milik Dia

Bismillahirrahmanirrahim.

Allahumma YaAllah, Ya Latif, Ya Rahim.

Sesungguhnya hidup ini, pasti akan berakhir dengan suatu kebahagiaan yang hakiki jika hidup ini lebih mendekatkan diri pada Allah SWT. Atas segala apa yang manusia inginkan, manusia hajatkan Allah sentiasa memberi peluang dan ruang untuk kita merasainya dengan syarat manusia itu berusaha.

YaAllah Ya Tuhanku, Tuhan Yang Tempat Aku Mengadu dan Memohon Pertolongan. Andai aku ini ditakdirkan untuk menjadi manusia yang perlu berusaha keras, Engkau bantulah aku dalam usaha aku berusaha keras itu Ya Allah. Aku memohon kesederhanaan hati pada Mu agar sentiasa hadir dalam diriku ini. Aku tidak pernah meminta pada diri ini untuk berjaya dalam sekelip mata, hanya aku meminta agar aku dipermudahkan dalam usaha aku ingin berjaya.

YaAllah, aku sentiasa melakukan dosa kepadaMu, ampunkanlah dosaku YaAllah. Ketika aku menulis ini adalah perasaan aku berpegang padaMu YaAllah. Didiklah hatiku ini, lembutkanlah hatiku ini agar sentiasa diberi ketenangan hati yang berpanjangan walaupun diuji dan diduga. Semakin aku melalui kehidupan ini, semakin aku memahami kehidupan ini dan tujuan hidup sebenar YaAllah. Aku tidak mahukan harta yang boleh melalaikan diriku. Berilah hidayah dan cahaya keimanan kepadaku agar aku dapat menjadi mukmin yang sejati. Mukmin yang hatinya sentiasa bersama Allah SWT setiap saat dan setiap perbuatan. Jangan sesekali fikiran aku ini terlupa kepadamu walaupun sesaat, itu sudah cukup membuatkan aku bahagia. Aku bertuah kerana dilahirkan sebagai orang Islam dan bertuhan. Alhamdulillah, nikmat hidup dalam Islam ini sungguh indah. Engkau temukanlah aku dengan rentak hidupku. Jika Engkau berikan aku peluang untuk merasai kejayaan, berikanlah kejayaan yang aku rasai itu sebagai kejayaan yang boleh aku berjalan di jalanMu. Andai kejayaan itu dapat melalaikan aku, lebih baik Engkau jauhkan hatiku untuk mencapainya YaAllah. Aku ini mengimpikan kejayaan hati, dan kejayaan yang lebih bermakna adalah kejayaan yang diiringi keberkatan daripadaMu, kerana aku tidak ingin melihat keturunan aku merasai tempias kejayaanku yang tanpa keberkatan.

Sesungguhnya YaAllah, sungguh indah jika hidup ini aku hanya bertuhankan Allah SWT tanpa sedikit dosa. Namun, aku adalah "insan" yang sentiasa alpa. Ampunkanlah dosaku, berikanlah keberkatan dalam hidupku, tempatkanlah kedua ibu bapaku di tempat tertinggi di syurgaMu, nenek dan adik beradikku, guru-guruku, sahabat-sahabatku dan juga seluruh umat Islam. YaAllah Ya Tuhanku, temukanlah aku insan yang mendidik diri ini dan membimbing aku pada jalanMu, kerana itu yang aku cari untuk kehidupanku. Semoga dalam aku menelusuri hidup ini penuh kesederhanaan hati dan ketenangan, keredhaan dan juga tawakkal. Perkara yang membahagiakan adalah setiap saat hatiku tidak lupa pada Mu Tuhan. Kadangkala aku rebah, tapi, aku bangkit kerana aku percaya aku ada Tuhan yang sentiasa bersamaku jika aku lemah. Tidak mampu kuungkapkan kerana kecintaan pada Tuhan itu adalah segalanya. Aku percaya, jika cinta kepada Tuhan melebihi segalanya, aku akan dipertemukan dengan manusia yang mencintai Tuhan juga kelak dua perasaan itu akan membantu kami di syurga Mu kelak. Aku ingin menjadi anak yang berjasa kepada kedua ibu bapaku, kerana aku ini anak yang beribu dan berbapa dan mereka perlu dihargai. Aku bersyukur apa yang Engkau anugerahkan kepadaku. Didiklah hatiku menjadi manusia yang rendah hati, beriman kepadaMu. Ameen, Ameen YaAllah!

Indahnya hidup ini jika setiap saat hati adalah milik Allah dan aku memohon agar diperpanjangkan selamanya perasaan ini. Ameen Yarabbal A'lameen..........!

Friday, 29 January 2010

Luahan

Assalamualaikum.

Sedih sebenarnya.

We shared too much and she advice myself to be patient for my internship. I told her too much what I felt and everything that was happened. I will continue for my driving licence on Sunday. She do support me to continue my study untill PHd. Love you mum. I will. I will make you and papa proud because have a daughter like me. InsyAllah.

YaAllah, Tuhan sekalian alam, Maha Berkuasa Atas Segalanya. Aku hambamu yang kerdil, terlalu banyak khilaf dan sering rebah. Aku hambaMu yang terlalu hina atas segala kejelikan yang sentiasa dilakukan. Aku berdoa pada Mu Tuhan, permudahkanlah diri ini mencapai hala tuju kehidupan, pandulah diri ini dalam mencapai ilmu Mu dan pupuklah diri ini mencintai ilmuMu. Bantulah aku untuk terus belajar dan memahami hakikat ilmu itu hak milik Engkau. Engkau berikanlah rezeki pada diri ini seadanya jika aku diciptakan sebagai manusia yang perlu berusaha keras untuk mencapai halatuju cita-cita dan menggapai ketertinggian dalam mencapai ilmuMu. Jauhkanlah aku daripada ilmu yang terpesong dan Engkau luruskanlah hatiku ini YaAllah. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Pengampun atas segala dosa kecil dan dosa besar. Aku memohon ampunkanlah dosaku,dosa kedua ibu bapaku,keluargaku, guru-guruku, dan tempatkanlah kami di syurgaMu.

Saturday, 16 January 2010

Hari Rindu Sedunia

Assalamualaikum.

Adeii..dua tiga hari aku jadi angau. Hari rindu semua orang....Baru aku tahu apa makna rindu tu.. Rindu pada keluarga (arwah papa, mami,nenek, adik-adik), rindu pada sahabat-sahabat, cikgu-cikgu, senior-senior, junior-junior, pensyarah-pensyarah. Adoii..awat aku rindu semua orang neh??!!! Nak tahu sapa paling aku rindu?Tak da paling, semua orang aku rindu...sayang + rindu dan semualah. Rindu pada kenangan dan segalanya. Baru aku tahu makna rindu kan sekarang ni...Korang!!!!Korang tahu tak aku rindukan korang niiiii............. Huwaaaaaaaaaaaaa...

Esok pergi semula kat Kapar, Klang..

Hari rindu sedunia

Thursday, 14 January 2010

Buang bapa sendiri, anak beri penjelasan



Ayah Pengacau

KANGAR: “Saya mengaku dia bapa kandung saya tapi kami tidak serasi hidup bersama kerana kehadirannya membawa masalah kepada rumah tangga saya.

“Lagipun, dia memang suka merempat dan hidup sebatang kara. Dulu pun dia duduk seorang diri di Langkawi,” kata lelaki yang mengaku meninggalkan bapanya di pondok bas berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad di sini, 7 Januari lalu.

Ketika dihubungi Harian Metro semalam, lelaki berusia 30-an itu tanpa rasa bersalah mendakwa bapanya, Abdul Rahman Talib, 57, memang suka merempat dan lebih gemar hidup sebatang kara.

“Saya mengaku mengajak dia tinggal ke rumah saya di Perlis selepas lama hidup seorang diri di Langkawi .

“Bagaimanapun, selepas dua minggu bersama, kehadirannya menimbulkan masalah kepada rumah tangga saya. Walaupun dia bapa kandung, pada masa sama saya juga perlu menjaga keharmonian keluarga termasuk isteri dan anak-anak,” katanya.

Menurutnya, bapa dan ibunya bercerai beberapa tahun lalu. Ibunya yang sudah berkahwin lain serta menetap bersama suami baru pula sering bertandang ke rumahnya di Beseri, dekat sini.

“Kekerapan ibu bertandang ke rumah mendorong saya meminta bapa mencari tempat lain untuk dia berteduh,” katanya yang berniaga secara kecil-kecilan di sini.

Ditanya kenapa dia tergamak meninggalkan bapanya yang uzur di tepi jalan, lelaki itu dengan selamba mendakwa memberi alasan bapanya tiada saudara-mara di Perlis kerana berasal dari Langkawi.

“Ketika membawanya dengan kereta, dia suruh saya berhenti dan menurunkannya sebaik terlihat pondok bas di tepi sekolah itu,” katanya. Harian Metro semalam melaporkan seorang warga emas yang baru selesai menjalani pembedahan jantung di Hospital Pulau Pinang terkejut apabila ditinggalkan anaknya bersama bungkusan pakaian di pondok bas terbabit.

Kejadian memilukan itu berlaku apabila Abdul Rahman yang baru dibenarkan keluar dari hospital menjejakkan kaki ke rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis memberi perlindungan kepada Abdul Rahman dengan menempatkannya di Rumah Orang Tua Batu Bertangkup, Chuping, dekat sini, kelmarin.

Beberapa pegawai JKM menemui Abdul Rahman di pondok bas berhampiran SK Datuk Wan Ahmad sebelum membawanya ke pusat perlindungan berkenaan, kira-kira jam 7 malam.

Timbalan Pengarah JKM negeri, Ku Chik Ku Mat Esa, ketika mengesahkan perkara itu, berkata Abdul Rahman mendapat keistimewaan memasuki rumah orang tua Batu Bertangkup kerana faktor kesihatan.

“Dia baru menjalani pembedahan jantung dan memerlukan penjagaan sempurna. Kehidupannya lebih terjamin menetap di sini yang dikhususkan untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas.

“Kami sedih membaca laporan Harian Metro semalam yang mendedahkan perbuatan tidak masuk akal dilakukan seorang anak terhadap bapa kandung sendiri.

“Sebaik mendapat maklumat, saya mengarahkan beberapa pegawai mencari dia sebelum menjumpainya di pondok bas berhampiran sekolah terbabit dan kini Abdul Rahman menetap bersama lapan penghuni lain di rumah perlindungan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, Abdul Rahman turut diberikan bantuan bulanan RM150 selain makan minum percuma disediakan JKM di situ.

Sementara, Abdul Rahman ketika ditemui di rumah orang tua itu bersyukur kerana mendapat perlindungan sewajarnya daripada JKM.

“Saya tak mahu memikirkan perbuatan dia (anak) lagi. Walaupun sedih, saya `menghormati’ perbuatannya membuang saya. Lagipun, mereka sekeluarga tak pernah menghubungi selepas membuang saya di pondok bas itu sejak seminggu lalu,” katanya. - www.hmetro.com.my

Aku cuma nak kata:

Kalau dilihat sekali imbas, ia nya adalah konflik keluarga yang tidak lah seteruk mana sangat. Si anak lelaki tersepit antara isteri, emak dan bapa.

Oleh kerana kita pun tak tahu duduk perkara sebenar nya, tidak boleh lah kita membuat andaian yang tepat tentang apa yang berlaku. Namun begitu, secara umum nya aku berpendapat bahawa keluarga ini yang terdiri dari emak, ayah dan anak lelaki nya memang dari awal lagi ada masaalah. Samaada mereka sedar atau tidak, itu terpulang lah, tapi rasa nya mereka tak sedar dan tidak cuba memulihkan keadaan. Bila si anak berkahwin, maka bertambah tambah lah masaalah.

1. Masaalah dengan ibu dan bapa.
2. Masaalah dengan isteri disebabkan ibu bapa.

Itu belum lagi campur dengan masaalah anak anak dan masaalah ekonomi keluarga. Namun begitu sebagai anak, menyampah macam mana pun, jaga dan hormati lah mereka bila mereka sudah tua. Entah lah aku pun tak tahu nasib aku. Aku pun nak masuk 50 dah ni....

Wallahualam!!!!

Sampai hati anak buang bapa sendiri



KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.

Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.

Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.


BUKTI...Abdul Rahman menunjukkan surat pembedahan jantung yang dikeluarkan Hospital Pulau Pinang.

“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.

Mengulas kejadian itu, Abdul Rahman, bekas nelayan dari Kampung Belat Batu, Kuala Perlis berkata, dia sebelum ini menetap seorang diri di Pulau Langkawi selepas berpisah dengan bekas isterinya, Halijah Othman, iaitu ibu kepada anak lelakinya itu.

“Saya bekerja sebagai pembantu kedai makan di pekan Pokok Asam, Langkawi selama lima tahun, tapi anak saya ini minta saya pulang ke rumah menetap dan bekerja bersamanya.

“Lagipun, rumah berkenaan dibeli menerusi duit pampasan rumah yang dibina hasil titik peluh saya sendiri ketika menjadi nelayan satu ketika dulu. Rumah lama kami diambil kerajaan bagi pembinaan landasan kereta api,” katanya.

Abdul Rahman berkata, sebelum ini dia menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi, tetapi bantuan terbabit dihentikan selepas dia mengambil keputusan pulang dan menetap bersama anaknya sejak sebulan lalu.

Katanya, selepas menetap di situ, anak dan menantunya mula menunjukkan sikap dingin, malah dia terpaksa pergi seorang diri ke HPP untuk menjalani pembedahan jantung selepas pengsan di stesen bas di sini.

“Ketika bertarung dengan maut di HPP selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan mereka mungkin sibuk dengan perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.

“Saya terkejut dan hampir tak percaya apabila anak saya itu minta saya keluar apabila pulang ke rumahnya,” katanya.

Abdul Rahman mempunyai seorang lagi anak perempuan yang sudah berkahwin dan kini menetap di Langkawi.

Difahamkan, kakitangan JKM Perlis datang mengambil warga emas itu di pondok bas berkenaan kira-kira jam 7 malam tadi dan dibawa Rumah Kebajikan Batu Bertangkup di Beseri dekat sini. - http://www.hmetro.com.my

Aku cuma nak kata:

Zaman ini nampak nya masaalah masyarakat yang membabitkan institusi keluarga sudah semakin kronik. Kalau sebelum ini, anak yang tidak diundang kelahiran nya dibuang dimerata rata tapi kini anak pulak buang bapa nya sendiri. Sampai hati si anak ye!!.

Kalau mengikut dari apa yang dilapor oleh akhbar seperti diatas, memang lah seorang anak lelaki tidak sepatut nya berbuat demikian terhadap orang tua nya. Sayang kan bini punya pasal, sanggup jadi seorang dayus. Anak lelaki patut ingat bahawa tanggungjawab dia kepada kedua orang tua tidak putus apabila dia sudah beristeri. Kecuali anak perempuan, apabila berkahwin saja, tanggungjawab bapa diambil alih oleh suami anak perempuan tersebut.


Bila baca saja artikel berkenaan aku terus teringat 1 kisah masa aku berusia dalam 12 atau 13 tahun (tahun 70an). Dikampung, aku selalu melihat seorang tua (usia 40-50an) dengan keadaan tidak terurus menjadikan balairaya sebagai tempat rehat dan tidur nya. Aku lihat orang tua ini tidak seperti orang gila dan aku yakin dia normal.


Satu hari aku tanya arwah ayah aku, siapa dan mengapa orang tua itu jadi begitu. Ayah aku kata orang tua itu mempunyai isteri dan anak anak yang berjaya. Anak anak nya tidak memperdulikan nya kerana masa muda dia adalah seorang ayah yang tidak langsung bertanggungjawab. Seorang kaki judi dan kaki mabuk. Masa tu di kampung aku ada 1 kedai cina yang jual arak dan juga tempat orang main mahjong @ bacuk. Yang 'best' nya, kaki mahjong majoriti orang melayu. Orang cina duduk tepi jadi penonton. Kalau tak cukup kaki baru lah orang cina ni 'joint'. Kedai tu pulak dekat dengan masjid. Rasa nya semua orang tahu bagaimana perangai kaki judi dan kaki mabuk. Anak anak dan isteri dia selalu makan penampar dan sepak terajang, apatah lagi bila kalah judi dan sedang mabuk. Isteri nya lah yang terpaksa menyara anak anak dengan menyemat atap. Cuba kita ada lah anak orang tua itu, apa kah yang akan kita laku kan ?. Memang betul, busuk busuk pun bapak kita jugak, tetapi kita tak kena, boleh lah cakap...

Walau bagaimana pun aku harap pakcik yang dalam cerita akhbar diatas tidak lah seperti orang tua yang diceritakan oleh arwah bapa aku.


Kepada anak lelaki yang buang bapa nya ini dan kalau dia terbaca blog aku atau kawan dia ke, tolong bagitahu dia bahawa aku kata dia seorang anak yang paling bodoh dalam dalam dunia kerana:


1.
Anda hanya akan tahu betapa bernilai dan berharga nya seorang ayah atau emak apabila anda telah kehilangan mereka.


2.
Kalau dah isteri menyampah kerana kerenah ayah anda yang sakit, bagaimana pula kalau anda sendiri sakit ?. Tidak kah isteri anda juga akan menyampah jaga anda?. Mungkin kalau anda kaya macam Datuk K, isteri anda tak menyampah lah, malah senyum sumbing kot mintak anda lekas mati supaya dia jadi janda kaya.


3.
Isteri anda bukan lah seorang isteri yang baik (kalau mengikut dari cerita akhbar diatas). Satu hari nanti isteri anda akan menyusahkan anda dan anda akan menyesal tak sudah.


4.
Ayah dan emak tidak ada pengganti. Walau macam mana mereka menyusahkan anda masa mereka dah tua dan sakit, anda diam saja lah.


Sekian coretan aku....Wallahualam!!!!


P/S:

Artikel di atas peringatan dan pengajaran untuk diriku sendiri. Sanggup mereka buang bapa sendiri.

Aku teringat kat arwah papa aku....Papa..............papa.......... = (

Tie ingat ko papa.... Papa!!!!!

Adakalanya kita merindui ayah kita, kita tak mampu nak ucapkan macam mana.... hanya linangan air mata sahaja...yang mengalir....menangis teresak-esak dan tersedu-sedu seorang diri, apabila ada yang ternampak mata merah, hanya jawapan tidak ada apa-apa...

Tuesday, 22 December 2009

Warkah untuk Ayahanda

Assalamualaikum.

Terlalu banyak blog, ada yang tertulis, ada juga yang sempat di jenguk-jenguk. Setiap orang punyai perancangan. Perancangan itu yang akan menjaga fokus. Permudahkanlah urusanku Ya Allah...

Pagi ini, di kala kesenyapan dan kesunyian hanya bertemankan radio online, diri ini ingin meluahkan sesuatu buat ayahanda walaupun ayahanda tiada di bumi ini. Moga ayahanda mendengar suara hati anakanda. Warkah ini aku tujukan buat ayahandaku untuk menyatakan hasrat hati walaupun ayahanda telah kembali kepada Allah SWT.

Ayahanda,

Anakanda sentiasa mengharapkan Tuhan melindungi ayahanda di sana dan tenang bersama insan-insan yang terpilih. Semoga doa anakanda setiap solat mengiringi ayahanda. Kadang-kadang, anakanda hanya sempat menyedekahkan Al-Fatihah dalam keadaan rushing. Namun, anakanda tidak pernah tinggalkan hadiah selepas solat untuk ayahanda semenjak ayahanda pergi.

Ayahanda,

Tidak lama lagi, anakanda bakal tamat pengajian. Mencapai cita-cita dan berkerjaya. Bulan 8 akan bergraduat. Pengajian anakanda akan anakanda teruskan juga selepas ini demi mencapai cita-cita dan harapan ayahanda juga. Alhamdulillah, jalan-jalannya anakanda telah nampak dan semakin menghampiri anakanda. Anakanda sangat bercita-cita untuk mencapai ke arah itu. Terima kasih ayahanda kerana mendidik diri ini cinta kepada ilmu ketika anakanda masih lagi kecil. Anakanda target sebelum anakanda berusia 30 an, anakanda sudah mendapat doctorate. Doakan anakanda ayahanda...semoga jalan dipermudahkan.

Ayahanda,

Adik di Jerteh, anakanda akan cuba berhubung. Mungkin masa jadi kekangan, kelak anakanda akan berjumpa. Buat pengetahuan ayahanda di sana, Mariah di Jerteh baru sahaja menghabiskan SPM, Azidi pula STPM. Azidi insyaAllah, anakanda beri jaminan, akan masuk universiti kelak berdasarkan keputusan-keputusan peperiksaan, pointer yang sentiasa 3.00. InsyAllah anak-anak ayahanda ini akan berjaya semuanya!Riduan pula, akan masuk semester 4 dan akan teruskan pengajian pada bulan April nanti. Sekarang ini tengah extend dahulu. Mungkin perjalanannya sedikit lambat, tapi InsyAllah akan berjaya juga. Mungkin dirinya perlukan masa dan masih tercari-cari. Pak Su ada berjumpa dengan Mariah di asrama, kata Pak Su, Mariah cemerlang dalam pelajaran dan mungkin akan ke Matrikulasi, duduk di kelas 5 Sains 1. InsyAllah akan berjaya. Bangga dan gembira anakanda mendengarnya kerana zuriat ayahanda semuanya akan mengikut jejak cita-cita ayahanda yang tidak kesampaian itu. Ayahanda, maafkanlah anakanda atas segala salah dan silap, kekasaran bicara sepanjang ayahanda hidup dan segala salah silap yang lain.

Ayahanda,

Doakanlah anakanda selepas praktikal nanti, anakanda dapat peluang pekerjaan di UPSI untuk sementara. Biarlah apa kerja pun, anakanda ada matlamat ingin berada di persekitaran UPSI sebagai mood untuk anakanda. Sayang anakanda pada UPSI tempat bermulanya langkah mengejar cita-cita yang tinggi. Selepas itu, doakanlah anakanda untuk posting sekitar UPSI dan berdekatan mana-mana universiti juga kerana memudahkan anakanda untuk menyambung pengajian kelak sambil bekerja. Ayahanda, yuran untuk sambung master murah ayahanda. Jika ayahanda ada di bumi ini, pasti ayahanda dapat menyara dan akan menyuruh anakanda sambung terus kelak. Sedih juga ayahanda. Tidak mengapa, mungkin anakanda fikir untuk berdikari juga sambil bekerja. Ibunda pun bersetuju ayahanda. Mungkin inilah yang terbaik. Anakanda rancang untuk ambil mode B untuk master nanti. Mungkin seawal yang mungkin kerana anakanda ada target. Sebelum berusia 27, anakanda ingin grad untuk Ijazah Sarjana dan meneruskan peringkat seterusnya. Ayahanda, anakanda akan berusaha. Anakanda berjanji. Malah, doakan kesihatan anakanda dari jauh ayahanda. Sekarang ini, anakanda terseliuh kaki dan telah baik namun bukan sepenuhnya. Walaupun sudah dekat sebulan, tapi kaki masih terasa sengal dan sakit juga kadang-kadang terhenjut tiba-tiba juga ketika berjalan. Ibunda tidak tahu, anakanda tidak beritahu. Masa anakanda telefon ibunda beberapa hari lepas, ibunda menyatakan rasa tidak sedap hati termasuk adinda Azidi. Ketika itu barulah anakanda beritahu. Ibunda katanya risau dan menyuruh cepat-cepat pergi mengurut. Tidak mengapa ayahanda, anakanda pandailah ikhtiar sendiri. Anakanda tidak pulang, mencari rezeki, pengalaman untuk diri agar dipermudahkan perjalanan seterusnya.

Ayahanda,

Sayangnya anakanda pada ayahanda tidak dapat digambarkan. Baru kini anakanda menyatakan ketika ayahanda telah tiada. Anakanda masih ingat ayahanda menangis dan sambil berkata " Aku ni..sayang semua anak-anak aku" ketika itu ayahanda bermonolog dan teringat juga ayahanda katakan kepada kami "Papa saye sumo.. anok-anok... papa". Sebak ayahanda apabila ingat kata-kata ayahanda. Anakanda tahu, cita-cita ayahanda untuk mendapat pelajaran tinggi hingga doctorate tidak tercapai, InsyAllah anakanda akan sambung kerana itu juga keinginan anakanda dan menjadi semangat untuk anakanda. Ayahanda, doakan kami adik-beradik berjaya dalam hidup dan berbakti serta berada dalam agama yang baik, Islam ini. Ayahanda pernah menangis ketika kali pertama anakanda berjaya dalam UPSR. Ketika itu air mata ayahanda menitis. Kemudian, anakanda pernah nyatakan pada Ma juga, anakanda ingin pergi lihat anakanda grad di UPSI.Namun,kini hanya tinggal kenangan.

Ayahanda,

Doakanlah juga anakanda ditemukan dengan insan yang benar-benar ikhlas pada diri anakanda. Berbicara tentang jodoh ini adalah perkara yang pasti kerana masa itu akan tiba. Cuma, anakanda berharap anakanda akan berjaya dalam berkerjaya dan juga rumah tangga. Temukanlah anakanda dengan insan yang boleh menjadikan dan mendidik diri anakanda menjadi isteri yang solehah. Temukanlah anakanda dengan seorang yang berada pada agama Allah, berpelajaran dan memahami anakanda, baik pada mata anakanda, seorang yang boleh mendidik anakanda, mampu menegur salah dan silap anakanda dan saling menghargai. Sekurang-kurangnya boleh menjadi imam untuk anakanda. Anakanda masih jahil dan kekurangan ilmu agama. Akibat kelemahan diri, anakanda juga sering terbabas. Masih ingat lagi ayahanda, anakanda ini, mahu bercakap dengan lelaki pun segan ketika ayahanda ada. Anakanda malu tahap kritikal ketika ayahanda tanya pasal bercinta dan semua yang berkaitan dengan lelaki. Kini, tidak lagi mungkin kerana sudah dewasa dan pergaulan anakanda dengan rakan-rakan mendewasakan anakanda. Namun, anakanda masih punyai batas-batas kerana anakanda ingin mencapai iman yang baik di sisi Allah SWT. Semoga Allah SWT temukan anakanda dengan jodoh yang baik. Ayahanda, anakanda teringin pakai tudung labuh seperti ini kembali. Anakanda berharap, anakanda cekal iman untuk bermuhasabah, mencari ilmu Allah dan diperkukuhkan iman. Rindunya ayahanda anakanda ingin bertudung sebegini.Doakanlah anakanda oh ayahanda..Semoga dipertemukan dengan insan yang boleh membimbing diri anakanda pada jalan Allah.Ameen.



Ayahanda,

Semoga ayahanda tenang di sana. Ayahanda Mohd Basri bin Othman (binti Mariam, di alam kubur, barzakh), dikurniakan ketenangan dan kehidupan yang bercahaya di sisi Allah SWT.Anakanda doakan juga ayahanda adalah insan terpilih kerana sikap dermawan ayahanda yang tinggi ketika sepanjang kehidupan ayahanda. Anakanda juga doakan ayahanda berada di syurga yang akan kita bertemu kelak. Ameenn...!Hanya pada Allah kita kembali. Justify Full

Friday, 11 December 2009

Doakan Saya

Assalamualaikum

Kesempatan masa yang ada ini, doakan saya untuk memulakan bisnes kecil-kecilan ini dengan rezeki yang berkat. Saya perlu hargai masa saya dengan melaksanakan bisnes secara kecil-kecilan.

Education+ writing+beauty+travel+business = Synonim with Myself

Saya ingin menjadi manusia yang berjaya dan berjasa kerana banyak yang telah diharungi cabaran dan kesukaran hidup, maka saya diciptakan sebagai manusia yang perlu survival untuk hidup. Hidup ini hanya sekali, masa tidak akan kembali dan kita akan mati. Maka pinjaman masa oleh Allah ini akan saya berjuang dan semoga perjuangan saya itu diberi pahala oleh ALLAH SWT.

Sunday, 6 December 2009

Meaning Picture

Assalamualaikum..

Tidak ada apa yang dapat dicoretkan..cuma gambar ini memberi makna..Saya menghargainya.


Monday, 30 November 2009

Jatuh Cinta Kerana Blog

Assalamualaikum.

Tiba-tiba jatuh cinta pada seseorang kerana blog. Blog yang sangat bermakna menggambarkan tuan empunya diri. Haihhh!Teruk-teruk betul aku neh.Haha..Ni blognya...Aku Sebutir Pasir. Jangan silap paham plak...jatuh cinta pada penulisan dalam blog laahhh..huhuuh

Sunday, 29 November 2009

Aku Yang Merasa

Assalamualaikum. Tajuk aku yang merasa adalah sempena dengan bait-bait diri ini dengar ketika ingin menulis. Maka, tajuk ini amat sesuai untuk entri kali ini. Alhamdulillah atas nikmat yang diberikan dan rezeki yang diberikan walaupun dengan kadar yang sederhana. Sekurang-kurangnya diri ini masih dapat meneguk air teh yang bergula berbanding insan-insan lain yang lebih dhaif.

Perhitungan waktu.

Sedar tidak sedar cuma sebulan sahaja lagi bakal menjengah tahun 2010. Bermakna diri ini akan menginjak usia 24 tahun. Benarkah?Terasa masih kecil, dan masih lagi sweet 19. Walhal masa itu sudah berganjak pergi. Jadi, ada apa dengan waktu? Banyak persoalan dan permainan, perhitungan, perancangan dan pelaksanaan ketika ini dalam menghadapi tahun 2010 / masa depan. Terasa seperti kilat yang menyambar, begitu juga dengan masa yang cepat berlalu. Tidak sempat untuk diingat apa yang berlaku sebelum-sebelum ini dan sekecil-kecil aktiviti yang dilakukan juga tidak sempat untuk diingat. Maklumlah, diari aktiviti hari-hari sebelum ini tidak diperincikan. Namun, kerana masa juga telah banyak mendewasakan diri ini. Ayahanda juga telah sebulan lebih kembali kepadanya. Tanggal 12 Oktober 2009, jam 5-6 pagi telah berlalu. Siapa sangka untuk ayahanda pergi menghadap Illahi lebih awal. Perginya secara mengejut, hilangnya tiada ganti. Semoga ayahandaku Mohd Basri Bin Othman ditempatkan di syurga nan indah di sana. Sepanjang kehidupannya seorang yang pemurah, mengasihani, tidak pernah mengatakan cerca orang dan tidak berkira dan amat mengambil berat pada anak-anak. Terima Kasih. Kehilangannya memberi kesan mendalam pada diri ini. Belum sempat untuk ayahanda melihat diri ini berjaya menerima Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan juga PhD. Belum sempat untuk ayahanda melihat diri ini berjaya, berkeluarga, belum sempat untuk ayahanda melihat diri ini berkerjaya, belum sempat untuk ayahanda melihat generasi-generasi yang diri ini bakal lahirkan. Belum sempat untuk segalanya kerana Tuhan lebih menyayangi diri ayahanda Mohd Basri. Sebak ketika ini, air mata mengalir laju. Terhenjut-henjut bahu menahan sebak. Semuanya kerana waktu. Mungkin blog ini adalah teman untuk meluahkan apa yang dirasai dalam hati ini. Apa yang bermain dalam fikiran ini, hidup perlu diteruskan dan diri ini akan membanggakan kedua ibu bapaku. Diri ini mengerti, kenapa diri ini berada dalam bidang ini, selaras dengan minat dan juga keinginan diri ini, malah arwah ayahanda juga pernah menyatakan doanya untuk diri ini bergelar seseorang dalam bidang kaunseling kelak. Puncanya?Arwah ayahanda sangat rapat dengan rakannya yang juga sebagai seorang kaunselor di hospital. Ketika di semester 5, ayahanda pernah menyatakan agar diri ini menyambung peringkat master/ sarjana setelah tamat degree kelak. Kerana masa, semua ini akan dicapai jika Tuhan masih membenarkan diri ini menghirup O2.

Kerana masa, diri ini banyak berdikari dalam mencapai kehendak dan keinginan. Mungkin didikan dan pengalaman dalam hidup ini yang banyak mendewasakan diri ini. Kerana masa, ayahanda Mohd Basri bin Othman iaitu seorang yang gemar menulis bercita-cita diri ini menjadi seorang penulis kelak. Karangan yang diri ini pernah tulis disimpan oleh arwah ayahanda. Diri ini terjumpa dalam diari ayahanda dan terjumpa karangan ketika diri ini menulis ketika kecil dahulu. Ayahanda aku ini seorang yang sangat hebat orangnya. Seorang yang mempunyai instinct/naluri yang amat kuat. Apa yang aku fikirkan, arwah boleh mengagaknya. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, namun tidak ayahanda Mohd Basri Bin Othman. Suatu ketika dijulang, suatu ketika diri ayahanda disisihkan. Segalanya kerana peredaran masa yang berlalu. Semua ini menjadi pemerhatian, pengajaran kepada anakanda. Tanda kasih anakanda pada ayahanda ialah anakanda akan memegang amanah untuk menjaga diri ini agar menjadi manusia yang berguna. Biarlah ayahanda pergi dengan keadaan ini, dan ramai yang menyesal kerana tidak berbuat baik pada ayahanda ketika ayahandaku sakit. Kerana masa, diri ini pernah membasuh baju dan pakaian ayahanda ketika di tingkatan empat dan memasak untuk ayahanda makan itu sudah menjadi kebiasaan. Kerana masa, ayahanda sangat memewahkan diri ini sebelum berlakunya perpisahan dengan ibu diri ini. Arwah ayahanda suka menulis, dan suka membaca. Diri ini masih ingat ketika ayahanda keseorangan, diri ini pernah membasuh najis ayahanda di rumah tempat ayahanda tinggal. Seingat diri ini, ketika itu ayahanda berusia 42 tahun. Ayahanda marah-marah ketika itu walaupun sedang sakit. Namun, hati ini kuat mengatakan dia itu ayah diri ini. Tidak mengapa walaupun ketika itu diri ini takut dimarahi. Kedua-dua adik yang ketika itu tidak berani mendekati ayahanda ketika ayahanda sedang marah. Namun, hati ini kuatkan semangat. Jasa ayahanda perlu diingat, kerana banyak yang ayahanda korbankan demi melihat kesenangan anak-anak suatu ketika dahulu. Ketika di alam persekolahan, diri ini agak lupa diri dengan kesenangan. Masih ingat lagi, diri ini minta RM 200, ayahanda dengan mudah-mudah berikan. Pulak tu, diberi lebih lagi. Mahu pakai motosikal ketika tingkatan tiga, ayahanda belikan...Macam-macam kerenah diri ini ketika dahulu. Sungguh mengada-ngada. Kelak, anakanda ada generasi, anakanda tidak akan mudah-mudah senangkan mereka kelak, cukuplah sekadar bersederhana dan biar mereka tahu menghargai. Apa yang berlaku, diri ini hanya mampu mengucapkan terima kasih atas apa yang ayahanda berikan dan kasih sayang ayahanda pada diri ini. Namun, diri ini tidak sempat memberikan apa-apa untuk diri ayahanda, tidak sempat menyara dan tidak sempat ayahanda merasa wang daripada anakanda ini. Cuma, anakanda sedar, keinginan besar yang tidak ayahanda capai, diri ini akan ke arah itu. Anakanda akan capai dan berusaha untuk ke arah cita-cita ayahanda itu. Diri ini sedar ayahanda dahulu walaupun SPM pangkat 1, ayahanda tidak berpeluang ke arah itu kerana kemiskinan ayahanda. Tidak mengapa, anakanda akan tebus kelak.

Ayahanda ingin melihat anakanda menjadi seorang penulis juga anakanda akan warisinya, kerana anakanda sedar anakanda punyai bakat seperti ayahanda. Doakan dari jauh ayahanda. Ketika anakanda berada di semester 1, anakanda demam, ayahanda dapat tahu, anakanda tidak ada duit, ayahanda hantar, kerana anakanda tahu, ayahanda punyai naluri yang kuat dengan anakanda ini. Terima Kasih ayahanda. Kerana masa, anakanda akan berusaha mencapai cita-cita besar ini dan menjadi seorang manusia yang berpelajaran tinggi. Doakan anakanda dari jauh. Yang pasti, setiap kata-kata ayahanda adalah emas, setiap butiran apa yang terkeluar dari bibir ayahanda semuanya akan menjadi realiti. Tidak pernah menjadi angan-angan pun. Terima kasih ayahanda MOHD BASRI BIN OTHMAN. Masa untuk anakanda meraih kejayaan akan digarap dengan keazaman yang kuat. InsyaALLAH. Tuhan bantulah aku dalam mencapai cita-citaku. Bantulah aku untuk pergi sejauh yang mungkin dalam mencari ilmuMu, murahkanlah rezeki pada diri ini, pimpinlah aku pada jalanMU, temukanlah aku dengan bakal suami yang beragama, elok budi pekerti, bersederhana dan berilmu kelak. Jauhkanlah aku dari kekejian, jauhkanlah aku dari fitnah, hasad dengki, riak dan takbur. Ampunkanlah dosaku yang sentiasa aku terbabas. Ampunkanlah YAALLAH. Tempatkanlah ibu bapaku di syurgamu, datuk dan nenekku di syurgaMu dan juga seluruh umat ISLAM.Ameen.

Melayan Perasaan

Sedar tidak sedar begitu panjang perenggan perhitungan waktu di atas. Diri ini melayan perasaan, mengumpul kekuatan. Diri ini akan melaksanakan beberapa agenda ketika cuti ini. Berikanlah fokus pada diri ini, kumpulkan tenaga dan jauhkanlah rasa kepenatan dan kebosanan terhadap kerja-kerja bakal dilakukan ini. Diri ini akan bekerjasama dengan seorang rakan dalam menghasilkan buku dengan bantuan seorang pensyarah kelak. Ya..buku bakal diri ini tulis dihasilkan...Buat permulaannya dengan bekerjasama dengan rakan...kerana inilah doa ayahandaku..aku temuinya...Kajian dan pembacaan amat penting untuk menghasilkannya..sebab itu diri ini tidak pulang...jika pulang..pastinya agenda lari kelak..Cuti ini juga, diri ini mengambil keputusan untuk bekerja. Semoga kelulusan untuk menjadi pembantu kepada pensyarahku ini diluluskan. Kasihanilah aku Tuhan...Niatku untuk mengumpul duit untuk praktikal nanti..dan menampung diri ini..Ya..kerana diri ini ingin berdikari...sudah malu untuk meminta dengan ibu di kampung..tidak mahu menyusahkan ibu...Malah, diri ini ingin memberi ruang kepada diri ini untuk bersendiri...Malah, jika di sini senang untuk akses maklumat...senang pula untuk berhubung kerana jika ada novel yang ingin penulis anakanda edit, dapat juga memberi pendapatan pada anakanda. Memang, diri ini murah rezeki kerana diri ini percaya diri ini tidak akan mati kelaparan. Itu pegangan yang sentiasa tersemat dalam diri ini. Rasanya cukuplah coretan untuk kali ini.

"Aku hadir dalam kesederhanaan hati, aku hadir dengan jiwa yang kental, aku hadir kerana ingin menjadi seseorang kelak, aku hadir kerana aku ingin memberi khidmat pada manusia lain yang memerlukan bantuan aku juga kelak. Kerana, susah senang, aku pernah merasainya. Hakikat rasa, hanya orang itu sahaja yang merasainya. SUBHANALLAH, ALLAH YANG MAHA AGUNG...! Biarlah bulan bicara sendiri, biarlah bintangkan menjadi saksi. Cukup derita sampai di sini. Aku berhak mencapai kesenangan dengan usahaku ini dan kurniaan Allah." Sesungguhnya aku menghargai apa yang telah berlaku dalam hidup ini. Kerana masa lalu menjadikan aku hari ini.

Sekian.

Tuesday, 10 November 2009

Terluah Air Mata Tumpah Ke Bumi

Alhamdulillah syukur.

Siapa sangka manusia yang kerdil, banyak dosa kepada Tuhan, sering teralpa telah dimudahkan oleh Tuhan yang masih menyayangi diri ini. Berjujuran air mata menitis tatkala mengenang kasih dan sayangnya Tuhan pada diri ini. Rasanya baru semalam aku mengambil STPM, tapi hari ini aku sudah hampir tamat demi segulung ijazah. Terasa bagai mimpi dan tidak terasa pula berat yang dilalui walaupun hakikatnya amat getir buat diri ini. Bukan mudah untuk menjadi senang dan bukan senang untuk menjadi susah.

Aku hanya percaya pada suatu perkara sahaja, melalui pendidikan kita mampu mengubah kehidupan. InsyAllah kejayaan bakal mengiringi kerana aku punyai Tuhanku, Allah SWT

Wednesday, 19 August 2009

Pertemuan Kali Ke -3

Assalamualaikum.

Demam sudah hampir kebah. Semalam birthday Sa. Kenapa terlalu excited semalam. Begitu konfius. Budak rumah juga hairan. Demam tapi meriah semacam. Kami sambut sederhana tapi memang vouge. Lawak pun ada. Aku sempat rakam gelagat kami. Owh baru perasan. Rupanya aku suka gelak. Oh, tidak. Terkekek-kekek aku gelak. Begitu rupanya. Tidur dan tidur. Kelas katanya tidak ada hari Rabu. Apa lagi. Betul atau tidak kelas batal aku tidak pasti. Jadi, housemate aku pun tidak pergi juga. Maknaya tidak ke kelas satu rumah.

Pagi bangun sembahyang subuh. Jam dekat 6.45 pagi. Sudah seperti jam 7.30 pagi jer aku tengok. Owh, masih awal. Selesai sahaja, aku sambung tidur. Bangun sahaja jam sudah dekat pukul 1. Mak aih..penangan ubat selesema yang ditelan begitu kuat. Aku mesej Kak Suraya yang kerja di kedai cermin mata.

"Salam, kak, kalau saya masuk kerja pukul 2 boleh tak?" Sebabnya aku mahu bersiap-siap mungkin lambat sedikit menunggu bas.

"Wasalam, Afiti, hari ni giliran orang lain kerja, Afiti kerja esok. "

Alamak, terlupa pulak, aku tidak kerja hari ini. Jadi, aku rasa ingin ke kampus. Mahu ke libry. Selesai solat Zohor, aku turun menunggu bas. Tidak ada pulak. Alamak!Baru teringat. Kebetulan. Rupanya hari ini aku ada meeting. Patutlah rasa ingin ke kampus jer. Aku cuba menyemak dari inbox. Meeting Rakan Exco Akademik untuk program Eksplorasi Buku. Aku dipertanggungjawabkan untuk mengacarakan majlis seketika sebelum diserahkan kepada moderator. Kami berbincang beberapa agenda lagi. Tiba-tiba sebelum selesai meeting di bilik mesyuarat Pusat Islam, terpapar panggilan daripada Dr.Alya. Meminta izin seketika.

Owh, beliau di UPSI berjumpa Dr. Jazimin. Kebetulan pula, hari ini aku free. Memang selalu kebetulan jer bila Dr.Alya datang ke UPSI. Sudah lah free. Bila aku terlalu free aku jadi sangat risau pula. Kebetulan juga aku mahu ke fakulti untuk berjumpa Dr.Fauziah mengambil pengesahan modul aku. Terjumpa Zeti dia ingin menghantar tugasan Subjek Kanak-kanak. Cuba menghubungi Dr.Alya kembali. Tidak dapat pula. Harap dapatlah berjumpa. Lalu bilik Puan Naza, kebetulan beliau pula ada. Kelibatnya tidak ada, tapi bagi salam ada pula yang menjawabnya. Aku pun masuklah, dia pula tanya kenal atau tidak pelajar semester lima yang nama sekian..sekian...Aku cuba dapatkan nombor pelajar itu atas urusan penghantaran tugasan. Selepas itu, rancak pula bersembang-sembang. Seronok pula. Katanya ada kelas jam 5. Aku pula mencelah, kebetulan Dr.Alya datang. Aku cakap sahajalah, seeloknya golongan sealiran tenaga ini berjumpa. Balasnya, You are very good...kembang kempis hidung aku..tapi itulah beliau yang sentiasa menghargai pelajar-pelajar. Alhamdulillah. Beliau ada menyatakan hasratnya, jadi akulah yang akan bantu beliau untuk menjadi tukang tulisnya kelak. Biarlah rahsia tentang itu. Rancak pula berbincang tentang perkara yang dipelajari dalam kelas hinggalah pengalaman beliau yang lain.

Baik dengan pensyarah ini bukan tujuan membodek, cuma yang pasti bodek itu bukan diriku!Pastinya aku ingin belajar daripada mereka dan sememangnya aku suka mendengar dan berkongsi. Kadangkala bukan semua orang faham apa yang ingin kita maksudkan kerana ada manusia ini mempunyai peringkat pemahaman masing-masing. Perbincangan yang tidak dirancang dengan Puan Nazariah itu, alhamdulillah memberi makna kepadaku sebagai pelajar yang suka mencari. Aku pun tidak tahu kenapa aku terlalu rileks. Itulah yang aku nyatakan kepada Puan Naza. Bagiku kerja yang ada tidaklah berat sangat. Cuma terasa sangat rileks....YaALLAH...semoga rasa tenang ini tenang yang bermakna. Puan Naza berlalu ke kelas, aku pula melangkah ke library. Begitu hendaknya. Harapan dalam hati, semoga Dr.Alya dan Puan Naza dapat berjumpa kelak. Bagiku mereka mempunyai persamaan. Mungkin Dr.Alya akan seperti Puan Naza juga kelak.

Alhamdulillah, Puan Naza dan Dr.Alya berjumpa sudah. Di dewan kuliah K menyaksikan pertemuan ini. Muni ikut sekali, kerana berjumpa Dr. Alya di perpustakaan kebetulan singgah untuk mengambilku seperti yang dijanjikan di sana. Owh, husbandnya datang bersama, En.Adib.

Semoga apa yang berlaku pada hari ini membawa kepada titik permulaan untuk kami kelak. InsyAllah. Semoga pertemuan dan perhimpunan pada hari ini bukan perhimpunan biasa tetapi perhimpunan yang bermakna. InsyAllah! Sudah 3 kali aku bertemu beliau. Mungkin bertemu kembali kelak. Rencana kehidupanku ini bukan aku yang tentukan, cuma aku adalah orang yang terlibat dalam rencana Tuhan itu berdasarkan tindakan dan diriku yang dilahirkan di bumi ini. Syukur!


Sunday, 16 August 2009

Ke rumah En.Adib dan Dr.Alya

Assalamualaikum.

Tanggal 15/07/09, Sabtu, aku telah ke Banting. Aku pun tidak jangka sebenarnya aku akan ke sana. Tidak lah dirancang, tetapi semuanya kerana gerak hati untuk pergi. Konfius untuk pergi juga sebenarnya. Memang perangai aku buat keputusan on the spot dan angkat kaki, jalan. Tiket beli pada hari kejadian juga. Sebelum itu, sembang dengan Najwa. Dia yang bertanya aku pergi ke tidak. Ketika itu rasa dalam hati untuk pergi. Ketika buat keputusan untuk pergi, mulalah hubungi K.Azwati, dan beritahu Dr.Alya. Dengan izin Allah, aku hubungi K.Azwati, dan berjanji dengan beliau untuk pergi bersama-sama. Itu pun aku tidak tahu nama sebenar beliau. Yang aku tahu ialah Arteeza melalui YM dan blog. Orangnya cantik, tau! Aku mengajak housmate aku, Aida. Aku pernah bercerita kepadanya aku mengenali Dr.Alya. Jadi, dia pun ikut aku, mahu melihat juga, siapa Dr.Alya yang aku maksudkan itu.

Dari Tanjong Malim (10.30 pagi) ke Pudu menaiki bas dan ke Kelana Jaya dengan menaiki LRT. Sebelum itu, aku ke kedai dahulu bungkus hadiah untuk biras Dr.Alya. Sebenarnya, ke rumah beliau atas undangan adik ipar beliau berkahwin dan ada majlis. Asalnya, aku juga mahu bertemu mata dengan arwah bapa mertua beliau jika ada kesempatan, selepas Dr.Alya memberikan kad jemputan. Itupun jika aku berkesempatan pergi. Itu niat aku. Namun, tidak sempat, cuma dapat melihat dalam gambar arwah sahaja yang ditunjuk oleh Dr.Alya. Semoga arwah berada dalam ketenangan di sana. Ameenn...!!!

Berbalik pula pada kisah ke sana, sebenarnya rancang untuk tidur di sana. Namun, dalam keadaan seperti itu, aku rasa tidak elok pula kerana tuan rumah ada kematian. Tambah pula, rakan yang aku ajak, Aida ada peperiksaan. Sebab itulah mengambil keputusan untuk balik sahaja. Apapun, gembira juga pergi ke sana. Jauh juga rasanya perjalanan. Kak Sham memang pembaca peta yang bagus. Hehe. K.Azwati pula memang pemandu yang mengikut gerak hati. Hihiii...K.Azwati cakap, dia macam dah lama kenal aku. Kahkah..Mungkin sama-sama suka bercakap.Hohoho...Bagus juga, dunia blogging dan YM, aku dapat jumpa mereka. Alhamdulillah. Kenal bukan sebarang kenal. Orang hebat-hebat pula tu..tambah aku paling muda..Paling muda pun dah macam tua dari mereka pulak dah..badan aku ni...hehehe...Tidak mengapa, body datin katakan..kahkah...Aku boleh kenal kampung orang dan lihat keluarga Dr.Alya secara real. Apa yang aku suka, struktur binaan rumah orang di sana. Ada buat homestay lagi tu..Rumah tangga tinggi, aku suka tengok walaupun sebenarnya, aku takut tangga. Huhuhu..Rumahnya seperti rumah orang Perak juga. Kiranya dari Tanjong Malim sampai ke Kampung Endah.

Paling yang aku respek, ketika berborak dengan Kak Azwati, dia ada ceritakan pada aku, dia ada rakan, masa SPM dapat pangkat 2 sahaja, sekarang tengah buat Phd. Aku pula membalas dengan cerita seorang Profesor di UPSI. Profesor itu pernah menceritakan ketika aku mengikuti bengkel sambung pengajian untuk peringkat Master dan Phd. Profesor itu bukanlah pandai, tetapi dia kuat berusaha. Itulah katanya. Masa SPM dia tidak lulus Bahasa Inggeris dan mengambil STPM sebanyak 3 kali. Itulah yang jadi semangat pada aku. Orang-orang yang berjaya dan pernah berjaya masing-masing ada cabarannya. Cuma, orang tidak mengetahui siapa kita dan betapa susahnya usaha kita untuk menaiki tangga yang penuh cabaran itu. Kebanyakan orang yang aku lihat dan perhati sepanjang aku mengenali mereka yang berjaya itu, mereka itu menceritakan betapa sukarnya perjalanan hidup untuk menemui kejayaan. Sebab itulah aku mendekati mereka. Orang yang mahu berjaya akan dekati orang-orang yang berjaya sebagai sumber inspirasi. InsyaALLAH, semoga aku dapat mencapai cita-citaku kelak.

Mengenali Dr.Alya pula, beliau seorang yang sangat sederhana. Relax jer orangnya. Kiranya boleh masuk kalau bercakap. Dia buli pasal berat badan aku pun, aku layan jer..kehkehkeh..Pastinya, yang aku perhati, dia suka makan tapi badan kecik macam K.Azwati pun suka makan..Kelebihan mereka, walaupun suka makan, mereka maintain.Aku pulak, lain...Takper..one day,..aku kerja aku amik Jus Mate tu...kehkeh...Paling mengembirakan aku, aku ucapkan terima kasih pada kuasa mereka menemukan kami. Aku dapat rasa, walaupun baru kenal mereka, tapi seolah-olah sudah lama mengenali mereka. Mungkin sebab selalu YM dengan mereka terutamanya Dr.Alya. Beliau pernah marah aku..Ketika aku lalai, itu perkara biasa. Hihiii..sebab salah aku juga. Apapun terima kasih sangat-sangat. Aku berkawan dengan mereka yang lebih kakak daripada aku membuatkan aku lebih matang.

Masa aku sampai tu, aku ke khemah tempat air. Aku tanya, Kak Win ada..nak jumpa Kak Win..menggunakan nama gelaran itu. Tiba-tiba macam aku pernah tengok pula yang lelaki ni..owh, husband dia..jadi tanya lah dia..dan dia masuk ke dalam rumah mungkin beritahu Dr.Alya kot. Kami di jemput untuk duduk di ruang tamu itu. Lepas itu, husband dia tanya aku, ni..Afiti ker...aku cakap jer ya...yang lain..pula, dia cakap tak pernah nampak..huhuhu..Aku cakap sahajalah, Aida kawan aku..Ketika itu muncullah Dr.Alya.

Lepas itu, dia ajak makan. Aku cuba rasa sikit tempei yang dicampur hati ayam. Sedap pulak. Sebenarnya aku tidak makan tempei. Huhu. Tapi, tempei yang kering itu aku tidak suka. Mungkin yang ini fresh lagi kot. Sebab itu sedap tu...Lepas makan-makan, kami sembang-sambang kejap dan aku minta izin, sebab aku tidak sembahyang Zohor lagi. Dalam bilik sempat jumpa ibu saudara Dr.Alya. Aku lupa nama nenek itu. Selepas itu sempat kenal dengan ibu mertuanya.

Boleh tengok suasana kampung. Sempat lagi, aku curi tengok mempelam depan rumah Dr.Alya..Aku bisikkan pada K.Azwati, Ada pokok mempelam umah mereka..sedap ni..hehe..Berborak agak lama jugalah..bertanya khabar itu dan ini...dan sembang-sembang...apa yang disembangkan aku pun lupa. Aku rasa tidak kekok dengan mereka, mungkin kerana blog dan YM yang membantu. Sebab itu tidak ada rasa gementar jumpa Dr.Alya. Aku bangga dengan dia..Ilmu banyak, tapi sederhana. Aku rasa dia seorang pengurus yang baik, kerana aku lihat dalam file yang ditunjukkan oleh beliau. Cara guru di sana menguruskan pelajar-pelajar berdasarkan rekod Syahmie dan Zahin. Patutnya, guru-guru di sini sedemikian juga. Perkembangan pelajar diceritakan secara perinci. Benar, di sana lebih mementingkan perkembangan, di sini peperiksaan.

Lepas turun LRT

Aku dengan Aida

Tunggu K.Azwati

Peace..bila lah agaknya nak sampai niiii...

Banyak homestay di kawasan ni..


Akhirnya, dapat juga jumpa Syahmie ni...Comey sangat rupa orangnya..Tengok dalam gambar macam budak besar, tengok blog dia menulis, macam budak udah besar juga..tapi tengok kat luar, rupa-rupanya kecik lagi budak ni....hurmm..perjalanannya masih jauh kerana usianya sangat muda...dan terlalu muda...Semoga berjaya dik!!!


Zahin dan Syahmie..Masa aku bagi hadiah kat mereka, mereka tanya apa kat dalam tu..aku pun cakap buku. Pastu, tanya lagi, buku english ke B.M...Aku bagi buku B.M..buku itu aku beli di pesta konvo..balik tengok, edition lama..Ish..ish..tidak apalah, yang penting, isi dalamnya..aku rasa patut bagi buku B.M..buku english tu..tak payah cakaplah, mesti berlambak di rumah mereka. Jadi, bagi buku dalam B.M..Mereka cakap tak pandai nak baca buku B.M...Aku cakap, nanti ibu Syahmie dengan Zahin ajarlah...hehhehe...

Inspirasi untuk kurus..hehehehe

Sudah 4 kali Dr.Alya angkut air untuk kami ni

Merewang
Kami

Sambil sembang sambil ajak makan kali kedua

Dengan big boss yang nak pergi kubur arwah abahnya.

Bila beliau balik lagi, aku nak ajak Dr.Alya ke Thailand pula. Mungkin ketika itu aku sudah berkerjaya, senang sikit nak bergerak. InsyaAllah. Semoga pulang ke UK dengan selamatnya. Apapun, dapat berjumpa dengan Dr.Alya sememangnya amat bermakna. Terima kasih kerana banyak membantu diri ini. InsyaaALLAh aku akan kenang jasanya. Amat perlu untuk kita menghargai insan-insan yang hadir dalam hidup kita. Pertemuan dan mengapa pertemuan itu terjadi, semuanya Allah lebih mengetahui dan telah Tuhan aturkan sejak dari awal lagi dan Dia jugalah mengetahui sebab musababnya. Maka, aku perlu hargai apa yang telah dipertemukan dan ditemui dan diberikan.

Thursday, 13 August 2009

Jalan Hilang Tekanan

Alhamdulillah.

Dalam keadaan jiwa yang tertekan, hambar dan kosong atas yang berlaku walaupun diri cuba bertenang, diri ini mengambil keputusan untuk keluar bersiar-siar. Semalam saya dan Muslim Aida berjalan-jalan mengambil angin di luar. Sengaja keluar untuk release kan fikiran selepas waktu maghrib. Singgah di restoran Shahira. Sudah beberapa hari tidak memasak nasi di rumah. Tidak ada selera. Makan makanan ringan-ringan sahaja.

Aida memesan nasi goreng daging merah. Akibat pelayan tersalah dengar, tiba pula nasi putih dan daging merah. Tidak mengapa, makan ajer...Saya pula, hari-hari dengan kuewtiaw celup. Makan dan makan. Muka pun macam tauke mee celup dah..hehe..Sekadar memenuhkan ruangan dalam perut sebenarnya. Kurang kawW sikit kuewtiaw hari ini. Biasanya sedap. Minta kicap masin dari pelayan. Ok lah sikit. Setelah membayar wang di kaunter, ambil keputusan ke kampus pula. Sengaja ke sana. Menikmati keindahan malam. Lega. Saya dan Aida ada persamaan. Jika tension, keluar. Aku suka suasana malam, kerana tenang, lega dan kurangkan ketegangan. Kebetulan aku dan Aida ketika itu bad mood. Fokus permasalahan pula, lebih kurang sahaja aku dengan dia. Jadi, perkataan jom keluar itu sudah biasa jika ada masalah. Masing-masing sudah faham. Terlajak ke kampus, mengambil gambar di sekitar kampus. Di sana sedang berlangsungnya pesta konvokesyen dan slot pada malam itu Forum Perdana "Ramadhan"

Itulah tabiat saya, jika tertekan, saya suka mengambil gambar, melihat sesuatu yang tenang dan mengembirakan. Malah, keluar..keluar..keluar...cari ketenangan.Itulah intervensi yang aku pilih.

"Problems can be settled. If we are choosing to face the problems, so never turn back and try to settle down it. Intervention is alternative to release our tension. "

Giliran saya yang ambil gambar Muslim Aida

Haip..hehe

Kami

Barisan siswi mendengar Forum Perdana


Aida yang ambil gambar saya nieyh!
Restoran Shahira, makan kuew tiaw celup..hehee

Gambar barisan siswa berkumpul. Saya snap ketika berlangsungnya Forum Perdana di UPSI

Alhamdulillah. Justeru, hargailah hari semalam kerana hari semalam dapat menenangkan sedikit hati kami dan dapat melegakan hati masing-masing. Perlu dihargai juga kawan ni, kerana masing-masing dapat berkongsi masalah. Itulah gunanya kawan. Pembelajarannya, sikap menghormati manusia perlu dipupuk, kelak diri dihormati sebagai sesama manusia. Hormat kerana pangkat dan harta itu hormat yang menjelikkan, namun hormat sebagai manusia itu meninggikan darjat seseorang.

~Keep Smiling~